Bulan Ramadhan ni... semua masakan yg dilihat... terliur..apa lagi kalau ke bazar Ramadhan.. Nasib baik bukan amalan saya sekeluarga ke bazar Ramadhan untuk membeli lauk-pauk. Pergi juga sesekali, setakat hari ni baru dua kali pergi. Kalau boleh dan sempat masak sendiri..apa lagi hayun aja....janji ada jaudah untuk berbuka. Kalau nak makan yang susah dan pelik-pelik tu..tunggu hari cuti (ada ke masakan yg susah sangat.....??) Biasanya 1 jam memasak boleh siap 3 atau 4 jenis lauk pauk. Semalam kami berbuka dengan STEAMBOAT dan WANTAN goreng dan sup wantan. Apa yang saya nak kongsikan kali ni ialah cara membuat kulit wantan untuk digoreng dan dijadikan sup. Nak dapatkan kulit yang ada logo halal JAKIM agak susah di kampung saya ni. Cuba resepi ni tau..
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A- pukul sedikit
secubit garam
setitis pewarna kuning telur
air secukupnya
tepung jagung
Masukkan telur ke dalam tepung gandum + garam
Uli dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit ( jgn lupa letak sedikit pewarna)
Uli sehingga bancuhan tidak meletak pada tangan.
Teruskan menguli selama 20 minit.
Rehatkan doh selama 10 minit dlm bekas bertutup/ tutup dengan kain lembap
Keluarkan doh dan uli lagi selama 10 minit
Bulatkan kecil-kecil- sebesar duit syiling 50sen atau mengikut saiz yg dikehendaki ( saya buat kulit berbentuk bulat-- kalau nak segiempat pun boleh--segitiga pun boleh--- apa bentuk pun boleh---it's yours..kan :))
Tabur tepung jagung atas papan canai dan Canai nipis-nipis.
Sapu tepung jagung dikedua-dua belah.
Boleh terus digunakan atau simpan kulit dalam peti ais.
Inti Wantan
Isi udang
telur
garam
lada sulah
(saya juga gunakan isi ketam, bebola udang dan isi ayam-anda boleh masukkan apa-apa yang ada- tak salah)
Ambil sekeping kulit wantan dan masukkan inti ditengah-tengah
lipat / pusingkan agar kemas
Pastikan inti tak terkeluar
Kalau nak sapu sedikit air pun boleh tetapi inti ni dah cukup telur dan terus meletak kepada kulit.
Bolehlah digoreng atau dimasukkan ke dalam sup
Saya makan wantan ni bersama steamboat...memang SERASI BERSAMA..
OOPpps...lupa ..ada sosnya
Saya akan pos dalam masakan steamboat nanti... tunggu...
saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Isnin, 6 Ogos 2012
PAI LABU
Puasa kena kurangkan bercakap..heeee..jadi..hari ni tak nak tulis banyak... apa yang pasti kena cuba resepi ni.Bahan-bahan untuk pai ni mudah didapati dan mudah disediakan. Ini resepi berbuka pada minggu lepas, balik dari tarawih sempat lagi kami sekeluarga habiskan pai ni...
Bahan untuk kulit/ doh
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar mentega
3 sudu besar shortening
3 sudu gula
air sejuk secukupnya
Gaul tepung dengan mentega dan shortening sehingga menjadi spt serbuk roti (berderai......)
Buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengaul dan menguli
sehingga menjadi doh yang licin dan mudah dibentuk.
Rehatkan doh dalam peti ais selama 20 minit.
Canai doh mengikut saiz loyang pai anda.
lenser dgn mentega dan alas loyang dengan aluminium foil untuk mudah mengeluarkan pai bila masak nanti.
Cucuk dgn garfu atau lidi di bhg tapak doh supaya kulit pai nanti tak mengelembung pada bahagian tengah.
Bakar 20 minit suhu 180 C.
Sementara tu boleh siapkan inti.
Ni bahan-bahan untuk intinya
1cwn susu
3 cwn isi labu lecek (labu boleh dikukus/ jika nak rebus pastikan sejat dahulu air rebusan bagi mengelakkan inti menjadi lembik)
3 biji telur- dipukul sedikit
secubit garam
4 sudu besar gula
sedikit esen vanila
campur kesemua bahan dan kacau sehingga rata
Bila kulit pai dah masak..
masukkan inti dan teruskan membakar sehingga 20 minit
Kemudian ambil aluminium foil dan tutup bahagian atas inti pai tu (ini bagi mengelakkan inti pai daripada hangus)
Teruskan membakar lagi selama 20 minit lagi (tapi kena check juga sebab masa dan jenis oven berbeza..kalau tak keras lagi teruskan membakar dan...
pada bulan yg mulia ni beri kepada jiran atau sahabat
...... atau tapau untuk dibawa ke ofis ( kpd yg uzur tu..eheemmmm....)
selamat mencuba.....

Langgan:
Catatan (Atom)