sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 18 Ogos 2013

SAMBAL KERANG MELETOP

Masakan ini saya sediakan dua hari yang lalu, bila balik kenduri dan membeli-belah tu, macam-macam idea keluar daripada anak-anak.  Bila melihat mamanya ada di rumah, lagi menjadi-jadi.... Anak saya yang sulong tu pulak sering gunakan ayat killer, " ma, masa kakak ada di rumah ni lah boleh makan macam-macam, bila di tempat orang nanti..hari-hari makan roti... cornflakes...sedih tauuu...dah lah kakak balik 2 bulan aja..." Tersentuh hati ni... layan ajalah selagi termampu sediakan. Sepakat makan malam minta mama masakkan nasi lemak kerang (...saya pun perlahan-lahan memegang perut saya yang berlipat-lipat ni...berderet-deret makan nasi lemak, nasi minyak, nasi tomato, nasi beryani, makan durian pula memanjang-manjang...bila nak surut lemak di perut ni..alahaiiii...). Selain daripada sambal kerang MELETOPPS saya sediakan juga resepi mengikut selera saya SAMBAL BILIS PETAI. Kalau tak share apa yang saya masak..rugi jugak tau..ilmu ni...
Dr Fouziah Mohd

250 isi kerang
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cm halia
5 sudu besar cili serbuk/kisar
10 biji cili api
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar belacan bakar
1 sudu besar pes asam jawa
1 cawan gula melaka yang diracik
4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
minyak untuk menumis 
 Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
Kisar cili api dan satukan dengan cili kisar/cili serbuk
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia tadi sehingga wangi dan garing
Masukkan cili kisar + cili api kisar
Goreng lagi sehingga garing
Masukkan belacan- goreng lagi
Masukkan gula melaka- kacau sehingga sebati
Campurkan pes asam jawa, sos tiram, daun pandan
Masukkan isi kerang dan masak sehingga sebati dan kalau perlu bolehlah tambahkan sedikit air.
Rasakan asam garam---> jemput makan.. 


boleh digandingkan dengan nasi lemak simple ni

Nasi Lemak
2 cawan beras biasa
1 cawan beras bashmati
1 cawan pati santan pekat
3 1/2 cawan air
1 cm halia
2 helai daun pandan
2 sk garam
- basuh beras sehingga bersih
- masukkan pati santan dan air
- masukkan garam dan daun pandan
- masak macam biasa- bila dah separuh masah, jangan lupa kacau nasi lemak tu agar santan sekata.

MOM KUE TEOW

Syawal tak sampai lagi separuh... puasa sunat belum berkesempatan dilaksanakan. Mood raya masih terasa, tetapi kemalasan masih jugak membelenggu diri. Dalam hati terasa, kalau berterusan bekerja lagi best kot (...kot aja ...) atau berterusan cuti lagi best kot... Apa-apa pun saya perlukan rehat dan akan bercuti selama beberapa hari. Dalam bab memasak pula, susah nak cari cuti, cuti pun memasak, tak cuti pun memasak. Setelah saya masakkan lauk ala kadar, saya gagahkan diri menyediakan Mom Kue Teow  untuk ahli keluarga saya berbuka puasa sunat syawal.Pembaca bolehlah cuba, ada rasa lemak-lemak lagi tau... sedap...
2 mangkuk besar kue teow (2 bungkus)
3 cawan udang
1 cawan isi kerang
1 cawan bebola ikan- dibelah 2
8 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar belacan yang telah dibakar
4 sudu besar cili boh/serbuk
5 sudu kacang tanah yang telah digoreng
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 kiub pati ikan bilis
8 sudu kicap manis
1 biji telur
1 cawan daun kucai yg telah dipotong
3 cawan taugeh
5 sudu besar minyak bijan
4 cawan air / stok
garam
1 sb gula
- Kisar kepala udang dengan 1 cawan air dan tapiskan airnya.(sebahagian udang saya tak tanggalkan kepalanya)
- Kisar kacang tanah dan belacan dengan air tapisan tadi.
- Potong halus bawang merah dan bawang putih- tumis
- Masukkan cili boh,sos tiram, sos cili dan kicap manis.
- Bila sudah wangi dan garing, masukkan bahan kisar tadi (kacang tanah + belacan)
-Tumis lagi sehingga wangi.
- Masukkan udang, bebola ayam, isi kerang, pati bilis- biarkan seketika sehingga udang masak.
- Keluarkan udang sahaja- elakkan daripada terlebih masak.
-Masukkan 4 cawan air
- pukul telur dan masukkan ke dalam kuali- kacau sedikit
-masukkan daun kucai, taugeh dan kue teow- tak perlu lama bagi mengelakkan daripada meresap dan kembang.
**rasa dahulu..masin, manisnya....
-Angkat dan renjiskan dengan bijan bijan.
-Inilah hasilnya.
- kalau suka boleh tabur cili potong dan perah limau nipis.
Dr Fouziah Mohd


Sabtu, 17 Ogos 2013

Makan Nasi Ala Kampung di Restoran Cikgu

KELANTAN = BUDU..jika tidak..tak sah..kalau orang Kelantan tak makan budu, terasa sedikit  banyak kejanggalannya. Kami sekeluarga ni peminat budu walaupun bukan orang Kelantan tetapi pernah menetap di Kelantan selama 9 tahun. Sehingga kini, sudah menjadi satu kemestian jika ke Kelantan, makan nasi ala kampung yang ada ulam-ulam, budu dan ikan singgang.
Kali Ini entah kali ke berapa kami ke Kota Bharu, beberapa bulan lepas tak sempat makan di situ sebab dah makan di Pak Ya Sup Gear Box di Pasir Putih.  Kali ini memang saya tak sediakan sarapan yang berat... nak makan lebih sikit di Restoran Cikgu. Lokasi Restoran ini amat strategik kerana dikelilingi  tempat membeli-belah seperti pasar Siti Khadijah, Bazaar Tg Anis, muzium, masjid dan pusat kraftangan. Penat meronda-ronda dan shopping....boleh merasa selera orang Pantai Timur.
 Jom layan gambar yang telah saya rakam...
Dr Fouziah Mohd
Percaya atau tidak..
 kos makanan dan minuman kami hanya RM33.00.
ayam 2 ketul besar, ikan keli saiz XXXL 1 ekor, ikan patin 1 potong, ulam 3 pinggan, masak lemak kubis 1 pinggan, ikan cencaru saiz XXL goreng 1 ekor, budu 2 pinggan (tempoyak+mangga, bawang dll..), air sirap bandung 1 jug besar, nasi 6 pinggan

Dr Fouziah Mohd

 Ulam pucuk gajus/ketereh/jambu golok pun ada, ulam kacang bendi celur juga memikat selera... pucuk ubi keleek/seteller celur pun ada tau...cicah dengan budu...phewwwww....
Dr Fouziah Mohd
 Tenguk tu..saiz ikan keli..besarrr..panas-panas dan garing lagi.
Sedikit sahaja masalah bila nak makan di sini, terpaksa menunggu tempat duduk kosong.... Namun begitu ianya bukanlah masalah yang membuat kami serik ke sana.
Kepada peminat nasi + ulam + budu + sambal belacan, jomlah melayan selera anda.Kalau nak belanja saya sekeluarga, beritahu aja.....saya sudi :)


Selasa, 6 Ogos 2013

KUIH LIDAH

Jom buat kuih raya... 2 tahun lepas saya terapkan tema tradisi semasa beraya.... hampir 100% tadisi. Makanan tradisi seperti nisan nyiur,coklat nisan, semang, biskut sagu, sagun, gegetas, kuih siput, putu kacang dll...meriah lagi bila dodol dihidangkan juga kepada tetamu.  Anak-anak muda asyik bertanya... kuih apa ni... nasib baik saya tak labelkan. Ada tetamu yang tak pernah tahu ada kuih-muih yang saya hidangkan. Saya tak sediakan kerusi...kauuuu... duduk bersimpoh... ayu sangat atau bersila. Saya belikan juga tikar mengkuang untuk dibentangkan agar mood tradisi tu selari dengan makanan yang dihidangkan. Kami sekeluarga cukup seronok.  Tetamu nak makan tart, kuih moden...maaf... maaf zahir batin, tak disediakan. Tahun ni saya bercadang nak guna konsep sama tapi anak-anak dah tersasul (..beyul ke istilah ni...) membuat kuih moden yang kebanyakannya ada mentega atau marjerin, dah berbalang-balang disediakan  mereka.  Apa nak buat kena tangguh ke tahun depan nampaknya.  Salah satu kuih yang saya sediakan ialah kuih LIDAH, ada yang panggil kuih KAPAL TERBANG, ada yang panggil kuih GEGETAS LAPIS, kuih TIRAM..apa-apa pun inilah rupanya...
Dr Fouziah Mohd


Cara nak menyediakannya pun senang sangat-sangat, sambil menonton TV pun siap. Bahan-bahannya pun mudah didapati. 
500g tepung gandum
4 sudu marjerin
1 biji telur
1st garam
Gula aising
air sejuk secukupnya
Untuk melapis- 1/2 cawan minyak + 3 sb tepung ubi
 
Gaul tepung gandum dan marjerin sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan telur dan uli sehingga sebati sambil masukkan air sedikit demi sedikit
Uli sehingga doh tidak melekat
Canai nipis dan sapukan dengan bancuhan minyak dan tepung ubi tadi
Dr Fouziah Mohd
Gulung
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
 potong mengikut ketebalan yang dikehendaki, lagi nipis dan kecil..lagi cute kuih raya anda
Dr Fouziah Mohd
setiap kepingan yang telah dipotong tadi dicanai sehingga nipis... hasilnya dari kanan ke kiri..(gambar di bawah..)

Dr Fouziah Mohd
Saya sediakan saiz macam tuan rumah XXL... kalu saiz S ...solid.. satu suap sebiji. Tu dia , yang dah siap dicanai
Dr Fouziah Mohd
Apa lagi..goreng dengan api yang sederhana dan minyak penuh..deep fry
Dr Fouziah Mohd


Sejatkan 
Taburkan gula aising sehingga rata
simpan di dalam bekas kedap
... dan hidangkan kepada tetamu
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari saya sekeluarga :)