Kreatif betul manusia ni......
Memang tak sama dan jauh sama sekali dengan ciptaan Nya.
Bila manusia yang lemah yang cipta pasti banyak kekurangan dan mudaratnya.
Penggunaan bahan kimia tidak dapat dielakkan.. tetapi sebagai pengguna kita semua boleh elakkan..atau kurangkan...cari alternatif lain.
Kalau dilihat contoh daun pisang ni, mungkin masyarakat Melayu kurang menggunakannya sebagai alas makanan, tetapi kaum India menjadikan daun pisang sebagai pelapik makanan yang popular di kebanyakan restoran. Memang cantik ciptaan ini.
Alasan kekurangan serta kesukaran mendapatkan daun pisang sebenar/asli menjadikan alasan kepada peniaga untuk menggunakan daun pisang tiruan ni. Murah dan Berbahaya untuk kesihatan Itulah nilai harga yang dibayar. Hidangan lazat di atas daun pisang ini juga menghidangkan bahan kimia berbahaya kepada diri kita.
Perhatikan jika pelapik ini digunakan untuk meletakkan makanan panas...bahan kimia daripada plastik, kertas kitar semula dan pewarna hijau itu akan menjadi sebahagian daripada mudarat yang percuma untuk diri sendiri. Berbanding dengan daun pisang asli. Sama-sama kita lihat kelebihan daun pisang:
- Mengeluarkan bau yang wangi (Nasi lemak yang diletakkan di dlam daun pisang pun sama....wangi..menambah selera).
- Daun pisang asli mengandungi polyphenol yang hampir sama dengan khasiat teh hijau.
- Mengandungi bahan yang membantu sistem penghadaman dan menyembuhkan ulser.
- Membantu dalam proses duretik dan sistem buah pinggang.
- Bebas kimia.
- Mudah diuraikan.
- Bebas pencemaran alam.
Bahagian lapisan atas daun pisang mengandungi bahan anti-bakteria yang boleh membunuh bakteria dalam makanan dan mencegah penyakit. Wajar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penggunaan daun pisang tiruan ni... dan di pihak saya...
Dah nampak peluang bisnes ni....
Mari kita usahakan kebun pisang...
jual daun.... jual buah...
Bila nak mulakan?
*** saya termenung sambil mengunyah nasi lemak beralas daun pisang..:)
di depan saya ada lepat berbalut daun pisang, juga pulut panggang..juga menggunakan daun pisang.
di depan saya ada lepat berbalut daun pisang, juga pulut panggang..juga menggunakan daun pisang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan