sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Selasa, 6 Ogos 2013

KUIH LIDAH

Jom buat kuih raya... 2 tahun lepas saya terapkan tema tradisi semasa beraya.... hampir 100% tadisi. Makanan tradisi seperti nisan nyiur,coklat nisan, semang, biskut sagu, sagun, gegetas, kuih siput, putu kacang dll...meriah lagi bila dodol dihidangkan juga kepada tetamu.  Anak-anak muda asyik bertanya... kuih apa ni... nasib baik saya tak labelkan. Ada tetamu yang tak pernah tahu ada kuih-muih yang saya hidangkan. Saya tak sediakan kerusi...kauuuu... duduk bersimpoh... ayu sangat atau bersila. Saya belikan juga tikar mengkuang untuk dibentangkan agar mood tradisi tu selari dengan makanan yang dihidangkan. Kami sekeluarga cukup seronok.  Tetamu nak makan tart, kuih moden...maaf... maaf zahir batin, tak disediakan. Tahun ni saya bercadang nak guna konsep sama tapi anak-anak dah tersasul (..beyul ke istilah ni...) membuat kuih moden yang kebanyakannya ada mentega atau marjerin, dah berbalang-balang disediakan  mereka.  Apa nak buat kena tangguh ke tahun depan nampaknya.  Salah satu kuih yang saya sediakan ialah kuih LIDAH, ada yang panggil kuih KAPAL TERBANG, ada yang panggil kuih GEGETAS LAPIS, kuih TIRAM..apa-apa pun inilah rupanya...
Dr Fouziah Mohd


Cara nak menyediakannya pun senang sangat-sangat, sambil menonton TV pun siap. Bahan-bahannya pun mudah didapati. 
500g tepung gandum
4 sudu marjerin
1 biji telur
1st garam
Gula aising
air sejuk secukupnya
Untuk melapis- 1/2 cawan minyak + 3 sb tepung ubi
 
Gaul tepung gandum dan marjerin sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan telur dan uli sehingga sebati sambil masukkan air sedikit demi sedikit
Uli sehingga doh tidak melekat
Canai nipis dan sapukan dengan bancuhan minyak dan tepung ubi tadi
Dr Fouziah Mohd
Gulung
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
 potong mengikut ketebalan yang dikehendaki, lagi nipis dan kecil..lagi cute kuih raya anda
Dr Fouziah Mohd
setiap kepingan yang telah dipotong tadi dicanai sehingga nipis... hasilnya dari kanan ke kiri..(gambar di bawah..)

Dr Fouziah Mohd
Saya sediakan saiz macam tuan rumah XXL... kalu saiz S ...solid.. satu suap sebiji. Tu dia , yang dah siap dicanai
Dr Fouziah Mohd
Apa lagi..goreng dengan api yang sederhana dan minyak penuh..deep fry
Dr Fouziah Mohd


Sejatkan 
Taburkan gula aising sehingga rata
simpan di dalam bekas kedap
... dan hidangkan kepada tetamu
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari saya sekeluarga :)



Tiada ulasan: