sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 30 November 2012

APAM DEWA

Mama nak buat apam dewa bila kawan mama datang nanti. Lantas anak dara saya menjawab dengan selamba " pengaruh HINDU tu". Saya gelak. Mentang-mentanglah dia ambil subjek Sejarah dan mama dia tak pilih sejarah untutk SPM dulu. Di dalam hati " budak-budak sekarang ni mana kenal kuih dulu-dulu, belum disebut nama KEA ANG, HALUA MASKAT, BEA KANG, PAK NGAH BALIK, SERABAI, TAHI ITIK, LOK LIK, TEPUNG PASUNG.. Kalau net bak, khasidah, dan asam GUPAL (sesekali tak ada kaitan dgn RAJAGOPAL..) masih ada dijual  di bazaar Ramadhan.
Berbalik kepada Apam Dewa ni. Maklumlah orang dulu-dulu kalau cantik dan jarang atau menjadi juadah istimewa mesti nama pun macam kelas. Apam ni mempunyai warna yang cantik penuh warna warni, berbau harum dan lembut. Tanpa merjerin atau lemak dan penyediaannya melalui cara mengukus. Rasanya taklah semegah Cheese Cake, Red Velvet atau piza.  Namun citarasa dulu memang penuh kesederhanaan. Namun ada kelas tersendiri.
*** Kalau saya atau anda tak ketengahkan kuih sebegini.... pupuslah.  Tapi saya sedih juga sebab tak dapat kesan pemilik utama resepi ni. Saya salin dah lama dulu. Anak-anak saya suka Apam Dewa (Namun saya percaya anak saya suka makan apa sahaja yang mama dia masak..sedap atau tidak, pasti dimakannya ). Marilah kita baca resepi dan usah baca aja..WAJIB cuba.
6 biji telur ( orang dulu-dulu guna telur itik)
2 sudu besar jus oren sunquick
1  cawan penuh gula / 1 cawan + 2 sudu besar  lagi
1 sudu kecil ovelat
2 cawan tepung gandum
3 jenis pewarna makanan ( saya guna biru, hijau, merah)
Cara Membuat:
Sediakan pengukus dan didihkan air.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
Pukul telur, gula, ovelat dan oren sunquick hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup dan balikkan sehingga rata.
Bahagikan  adunan kepada 4 bahagian dan  3 bahagian diwarnakan manakala satu bahagian saya biarkan dengan warna asal.

Masukkan ke dalam loyang selapis demi selapis. (Curah di tengah-tengah loyang)
Bila dah siap bolehlah mencorakkannya dengan  ambil sebatang lidi dan gariskan dari tengah loyang ke luar.


Kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana.
Inilah hasilnya
Selamat Mencuba.
Apam Dewa boleh dimakan begitu sahaja atau boleh disediakan sos kastad atau dicicah dengan air teh/ kopi pun boleh.

6 ulasan:

kak long mira berkata...

wah..besnyer...nampak menyelerakan!!
nak wak jugok la esok..hee..


**lama tak jumpa tok su kan??

Tanpa Nama berkata...

Xde letak air ker kak

fouzie berkata...

Kak long Mira
kena cuba.. kalau buat lebih..tapau sini sikit :)
blh jumpa tok su sini...

fouzie berkata...

Mmg tak perlu letak air.. kalau dah cuba..nanti respon balik yer..
ramai yg dah cuba dan menjadik..
ada akak sorang tu guna resepi ni & dah mula jual tau...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,harini saya buat 2kali. Mnjdi.. Da mcm kek pun ada.tp knp ✗ naik bhgian tgah?gebu dah gebu.. Cuma tgah ✗ naik..

fouzie berkata...

kalau di bhg tengah tak naik, biasanya pengukus terlalu panas, lps ni perlahankan sedikit api periuk pengukus. Cuba lagi..