sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 26 September 2012

KISAH DALAM BAS-Kena Kencing......

Nak ke mana? ( ish....... dah tahu bas ni nak ke Kl..Kajang) sapa seorang kakak penumpang yang baik, ramah di sebelah saya.  Dia sambung lagi perbualan setelah mendengar sepatah jawapan daripada saya.  Bas sekarang ni memang ikut masa betul, kalau lambat ditinggalnya...saya membalas dengan senyuman ( memanglah akak.. kena ikut jaduallah, bukan kapal terbang saja kena ikut jadual).Kakak tadi membahasakan dirinya Kak Lah. Saya membetulkan tempat duduk, maklumkah kedua-dua kami saiz XL.... biasa duduk dengan orang muda..selesa sikit.  Ini dah bergesel peha. Bila menaiki bas dan memerlukan masa yang panjang saya perlu rehat secukupnya.  Tolonglah.. saya tak suka bercakap malam-malam begini...nak tidurlah... Saya nak makan sekejap sebab tak sempat dinner tadi  dan tidur. Esok pagi dah ada perjumpaan dengan penyelia.  Nak edit... print...binding..tapi yang paling tak tahan kena tegur banyak-banyak ( heee.. ego tinggiku tergugat...)

Kemesraan yang dipamerkan membuat saya yakin dan mula rancak berbual...mengantuk pun dah berkurang. Sambil berbual saya berkongsi roti cream dengan Kak Lah tadi..  Saya tekun mendengar kisah hidupnya, kisah anak-anaknya..kisah cucunya yang sakit..kisah mengapa dia balik ke Terengganu sekejap sahaja. Sesekali saya meneguk air mineral, nikmatnya rezekimu Ya Allah.. Simpati saya kepada Kak Lah tadi tiba-tiba meningkat. Dia cukup peramah dan bijak memulakan topik baru perbualan ( Bab mula perbualan ni saya memang GAGAL.. tak pandai....).Terdetik juga di hati kalau sedang sedih kenapa wajah dan suara ceria?. Saya dapat agak suara dia tu boleh didengari sekurang-kurangnya 4 baris ke depan dan ke belakang.  Atau mungkin dia seorang yang HAPPY GO LUCKY- macam saya (???). Manusia ni ada dianugerahkan Allah suara yang lantang....saya akur...


 Selepas dah agak mengenali Kak Lah.. baru saya sedar yang suaranya agak perlahan berbeza dengan awal tadi. BINGIT. Maklumlah kisah ibu tunggal, menghadapi masalah kewangan untuk menyara hidup, menjaga cucu yang sakit, anak-anak bekerja kilang dan tinggal menyewa di Bandar Baru Bangi.Sempitnya hidup dia berbanding dengan aku ni... sekurang-kurangnya saya ada suami, anak-anak yang sihat dan rumah... Kak Lah kesempitan hidup nak beli tiket balik ke Terengganu dan datang semula ke Bandar Baru Bangi  pun terpaksa meminjam dengan adik-beradik. Saya rasa simpati. Kesian Kak Lah.. sabarlah Kak Lah.. iya ker Kak lah..itulah kata-kata yang keluar dari mulut saya. Selepas tu mata saya berpinar tiba-tiba..betul ke apa yang saya dengar?Kak Lah nak...nak pinjam duit...

Kesian. ( saya nak tolonglah... dapat pahala...). Tapi ada kisah yang menyebabkan saya terhenti untuk terus mendengar ceritanya..Bergetar jantung hati saya. Bukan sedikit nak dipinjamnya RM2000 sahaja ...WWwooooowwww... dia tak tahu dlm handbag saya ada RM120 aja..hehehehe..handbag mcm mahal... Hampir tersedak saya dibuatnya. Kalau saya banyak duit tentu saya ke McDonald beli set burger dan ayam goreng untuk dijadikan makan malam.  Tadi saya makan roti yang berharga RM0.70 sahaja.Air mineral RM 1.00.
 Dgn kisah-kisah sedihnya.. KakLah memerlukan duit dengan segera..(hati saya terasa nak cakap..saya akan tolong ya.. sikit pun tak apa kan? Tak perlu bayar..sebab sedikit sahaja... RM 200 ..boleh tak Kak Lah?? Kira sedekah...)
Saya tahu dia terbayang selepas turun daripada bas saya akan segera ke MKD= MESIN KELUAR DUIT (ATM laaa...)
Saya terbayang wajahnya sedikit ceria tetiba hanya senyum tak habis...sekelumit sahaja sebab hanya rm200 saja yang saya beri sedangkan dia memerlukan rm1800 lagi
kesiannya dia....

Saya perhatikan riak resahnya bila saya menyoal dengan lebih banyak tentang diri dia bagi mendapatkan penjelasan. Saya nak melawat sendiri cucunya dan nak jumpa anak-anaknya.

Maklumlah saya guru kan... kalau pelajar jawab soalan tak tepat pun..saya akan tanya lagi..biar jelas.
Sekali lagi ..bila saya minta nak ke rumah dia untuk jumpa ahli keluarga dia..mulalah Kak Lah gelisah tak keruan..
berdalih sana-sini
sah..sah
Sekarang saya cuba mengawal situasi dan persoalan demi persoalan yang diajukan oleh saya  menjadikan Kak Lah mengantuk tetiba... saya rasa lucu dan senyum sendirian dalam kegelapan malam. Macam-macam manusia ni. Biarlah Kak Lah melayan mimpinya dan saya terus berfikir...
adakah saya prospek mangsanya?
atau memang dia betol2 memerlukan?
saya terlena dalam mimpi indah menabur duit kepada kanak-kanak ( heeee...)
Saya terjaga bila sampai di  Hentian Kajang, saya sempat menyapa Kak Lah dan meminta maaf sebab tak dapat menolongnya. Mata saya mengiringi Kak Lah dalam sejuk udara pagi.

....... Kesian dia.
......  atau dah ramai yang menjadi mangsanya.

kesian kepada mangsa dia.. (jika ada...)
Mangsa itu mungkin juga orang yang lebih baik daripada saya dan pengajaran penting untuk diri saya usah terlalu melayan karenah orang yang baru dikenali.
Perjalanan seterusnya banyak mengajar saya .. rupanya saya insaf masa tu saja..
saya hampir tertipu dengan kaedah lain yang digunakan oleh pemangsa
tunggu....kisah saya yang lain

Selasa, 25 September 2012

MALAM PERTAMA..bersediakah?

MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH
Oleh : Amru Alhaz Bin Adnan

Setiap detik pasti  ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke  alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (????? ??????) oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di  dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).

Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."

Dr A’idh  Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:

Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.

Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Umar bin Abdul Aziz pernah  berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.

Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang  telah bersurai kecuali  beliau dan beberapa orang sahabatnya yang  masih tidak berganjak dari kubur tersebut.  Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya,  sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang.  Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada  jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.

Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.

Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku.  Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.

Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba   ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.

Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara:

Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran  adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan  juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”(Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta,  pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.


Artikel ini pada asalnya ialah teks khutbah yang yang ditulis untuk terbitan JAKIM dan telah disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel. 
*** artikel ini juga saya petik daripada laman web Masjid Negara** moga dapat dimanfaatkan oleh kita

Menyambut Kelahiran dalam Islam


Menyambut Kelahiran Dalam Islam 
Kepada adik-adik, rakan-rakan yang sedang dan akan melahirkan anak.. Acu baca artikel ini. Bukan untuk kaum Hawa saja... Kaum lelaki lagi diutamakan. Bukan sahaja tahu nak bawa ke hospital tapi apakah tindakan seterusnya yang perlu dilakukan.  zuriat) 

Semua bahan dalam artikel ini saya perolehi daripada mereka yang lebih arif web site masjid negara.http://www.masjidnegara

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
Aktiviti :1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman aya t 14 :
A014
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).





2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah A-li-'Imran :
A036

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu".

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya".

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita".

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.



Selasa, 4 September 2012

Potong Alat Sulit? Sanggupkah?

Dah lama tak menjenguk ruang blog ni.... kurang 1 hari sebulan..lama tu. Bila agaknya nak menulis secara konsisten. Lepas mood raya ni, Insya Allah. Mana tak nya.. open house sana-sini, kenduri kahwin setiap hujung minggu, majlis kesyukuran, house warming dll.. apa yang melegakan sedikit kepala saya ni bila hard cover tesis dah dihantar ke fakulti  3 September 2012 ( ...Ya Allah...permudahkanlah usaha ku ini..moga dapat konvo Oktober ni..)

Dalam kemalasan sana-sini hati tersentak dengan berita yang yang hangat dan hangit dalam akhbar hari semalam.KERAT  ALAT SULIT TEMAN LELAKI - BALAS DENDAM SEBAB CURANG. Ngeri saya baca...... ishhhh....saya pandang  lelaki setia di sebelah saya..kalau dia buat hal... nak buat macam tu ke???? Ishhhh....nauzubillah..macam-macam penyelesaian yang baik bukannya nak cari penyelesaian yang membawa lagi banyak masalah.
Kisah yang berlaku di PERU ni mengisahkan Huaman Julia Munoz berusia 41 tahun. Akibat dendam terhadap Ramon Arias Apayco yang berusia 46 tahun (bukan remaja lagi ni.....) maka ZZZUUUUUPPPsss.... si Julia ni pun kerat alat sulit teman lelakinya ( bukannya suami...) semasa Ramon sedang tidur.  Bayangkan celik mata dah tak ada...... dah macam iklan biskut chipsmore. Ini kes balas dendam dan berang kerana main kayu tiga yang trajis. Kalu dah dikerat tu dan diletak sebelah si Ramon tu ...kira dapat jumpa lagilah... ini tak si Julia ni.. keras betul hati dia..dahlah kerat ..lepas tu buang ke dalam mangkuk tandas. Hati-hati kepada kaum lelaki yang berjumpa dengan wajah di bawah ni....
Kisah yang lebih kurang sama pernah berlaku di California, pada bulan Julai 2011. Si Catherine Kieu Becker ni melakukan jenayah terhadap bekas suaminya.  Diberinya dadah, kemudian diikat dan dipotong kemaluan bekas suaminya itu ( Agaknya.. nak tunggu tidur tak tidur-tidur.. sebab tu diletakkan dadah..agak sayalah...). Hasil potongan telah dibuang ke dalam tong sampah.  Kejamnya.....

Apa yang akan dipaparkan selepas ini agak berlainan sedikit dengan kedua-dua kisah di atas... seorang lelaki yang menceroboh rumah Monju Begum di Dhaka, Bangladesh telah menerima padahnya .Insiden ini melibatkan jiran Monju yang bernama Mozamel Maq Mazi yang cuba untuk merogolnya.Monju ni telah memotong membawa keratan alat sulit jirannya itu ke balai polis sebagai bukti.

Rentetan peristiwa yang berlaku menunjukkan betapa penting nafsu syahwat disalurkan ke arah yang betul dan pentingnya ikatan perkahwinan yang halal, aman dan damai. Saya sangat percaya akibat tekanan yang hebat yang bergolak akan menghasilkan sesuatu tindakan diluar jangkaan.  Dikala ditimpa masalah, akal yang pendek dan pengaruh nafsu jahat akan mengatasi segala yang baik dan hasilnya akan memudaratkan bukan sahaja pelaku, mangsa tetapi juga masyarakat. Namun begitu latihan dan kekuatan dalam menghadapi masalah sangat penting agar setiap orang mempunyai ruang dan ketepatan akal untuk membuat keputusan dalam keadaan tertekan.

Sebagai orang Islam dan mempunyai kekuatan diri sudah tentu lebih tenang dalam menghadapi masalah.. kalau dah tak suka buat apa tunggu lagi...cari jalan..keluar dari situasi tersebut. Usah melakukan jenayah untuk menyelesaikan masalah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui segala yang berlaku.