sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 23 Julai 2012

CAPATI dan KARI


Hari-hari rasa berbeza.. rupa berbeza..menyajikan hidangan memerlukan 'kepintaran'.  Tahniah kepada ibu-ibu atau bapak-bapak yang menyediakan hidangan untuk keluarga. PINTAR..Bayangkan dengan roti sebuku pun  boleh diperbagaikan... goreng, kukus, hancurkan, salut, reneh, apit dll. Apatah lagi kalau dapat kalau dapat tepung.. uli dan jadikan apa sahaja. Kalau malas memang tak akan jadi apa pun. Mood saya memasak macam tengkujuh tapi kala sepoi-sepoi bahasa tu....eheeemmmm.... :). Hari ni angin bertiup kurang kencang. Sambil bermalas-malas saya lihat dalam bekas tepung.. rupanya banyak stok tepung yang saya simpan...bukan saja banyak, tapi berjenis-jenis tepung tersimpan. ( Ini lebihan stok masa mood saya macam tsunami hari tu ). Sambil belek pembungkus tepung tu duk fikir nak buat apa hari ini... semalam dah buat roti, sebelum tu roti jala... kuih dadar pun sudah... Terdengar lagu hindustan di THR... alaaaalaaa... capati jugak terlintas di kepala ni. Nah.. capati mari...
Senang dan cepat disediakan 

bahan-bahan capati
tepung attar
garam
air suam
-- gaul tepung attar dan garam kemudian uli sambil tambah air sedikit demi sedikit
--Uli sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
-- biarkan lebih kurang 30 minit ( sambil tu boleh masak kuah kari...)
--  taburkan tepung atas papan canai, bulatkan doh dan canai sehingga nipis
-- tak perlu goreng dengan minyak banyak..hanya perlu lenserkan sahaja kuali dan bakar sehingga mengelumbung bahagian tengah roti. balikkan dan  dah siap pun.. teruskan dgn roti yang seterusnya..

kari ayam
1 mangkuk sedang ayam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hiris halia- bila dicincang =1 sudu besar
2 sudu kecil halba campuran
1 cawan air asam jawa 
serbuk kari+secubit serbuk kunyit + cili( kalau suka pedas)+ air kacau sehingga menjadi pes
1 cawan santan atau susu cair .
2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
garam
daun kari
sesudu kecil gula
caranya
panaskan minyak
tumis bawang merah sehingga wangi dan garing, masukkah bawang putih, halba campuran, halia dan daun kari, tumis lagi sehingga wangi.
masukkan pes kari- kacau rata sehingga wangi
masukkan air asam jawa
masukkan ayam+ garam+gula- gaul dan biarkan isi ayam kecut
kemudian masukkan santan ( saya guna pati santan..sebab tu kena tambah air, kalau yang perah sendiri tak perlu tambah air lagi) + air
biarkan sehingga kuah pekat sedikit
rasa dan hidangkan ...

Rabu, 18 Julai 2012

ITU hanya CUBAAN.. DUGAAN...

Termenung bila memikirkan ..what's next.. hanya Allah yang tahu.Semalam saya ke bandar untuk mandapatkan tiket bas ke Kajang....siap semua urusan...Ya Allah..terlupa beli tiket...zuuupppp...terus U-Turn. Alhamdulillah ..selamat..dapat perjalanan bas jam 10.30 malam. Itu dugaan yang pertama.
 Bila dah menjejak kaki ke dalam bas malam tu..masuk aja terus hidungku ni tercium bau minyak diesel yang mencucuk-cucuk hidung. Sakit kepala..  Ish..penumpang lain tak perasan ke? Saya beritahu pemandu dan pemandu tu terus check di bahagian belakang. Jam 10.40..pemandu memaklumkan bas 'macam tak elok' dan tak berani nak ke KL dan Kajang.  Ok... Keselamatan diutamakan dan itu yang penting. Selepas agak lama menunggu, pukul 11.10 akhirnya saya meneruskan perjalanan  dengan bas baru yang tak baru sangat.  Bayangkan brek bas berbunyi... ngeri... tapi bas meneruskan perjalanan (Pemanadu dan mekanik dah check tu..nak sedapkan hati).  Mulanya saya degilkan mata tak nak tidur.. akhirnya tewas... entah-entah saya berdengkur sepanjang perjalanan.  Sampai aja di Hentian Putra..seorang penumpang turun untuk ke tandas.. punyalah lama... kami menunggu dengan sabar..sakit perut agaknya... Bas sampai ke destinasi saya sekitar jam 6.40pg.. masing-masing berlari ke surau berhampiran untuk solat.. hujung-hujung waktu dah.. Apa yang kesiannya..pemandu tak dapat park bas disebabkan syarikat lain blok lalunnya.  Pemandu tu bagus.. alahh..tinggal aja dan terus ke surau. Kan bagus begitu.  
Sampai di kolej jam 8.30 pagi, terus ambik bilik dan mandi. Bersepahnya bilik.. pengotor betol penghuni sebelum ni, tisu merata-rata. botol ait ada atas meja.. bawah meja..bawah katil.  Bila dah bersihkan baru rasa lega. Selesa sangat, lagi pun best sebab dah lama tak ke kolej dan fakulti.. rupanya ada juga yang masih ingatkan saya ni ( perasan sikit...).  Kerika bersiap-siap untuk ke fakulti. Mandi manda dah siap, tak nak buang masa. Saya capai baju dan sterika. Apasal ni.. suam-suam kuku aja sterika ni.. sebelum ni ok aja.. dugaan lagi.. Small matter..saya melangkah dengan penuh bergaya ke fakulti dengan tudung dan baju yang tak bergosok. Terasa diri ini seperti penjual ikan di tepi sungai.... be your self... cool... 
Masa yang ada saya semak kerja dan siapkan power point untuk viva.   Ya Allah..sekali lagi dugaan datang... saya tersilap bawa tesis.. WHAT?????.... tesis lama dan yang belum diedit yang saya bawa... meraung sendirian.. sabar-sabar.. soft copy kan ada.. baca yang tu dulu...tapi nak discuss dengan lecture kena print dan binding. Macam mana nak binding..kereta tak bawa... esok dah nak jumpa lecture. Sempat tak nak binding jahit ni...  Asyik melayan perasaan, datang seorang adik Ina tanya samada saya nak lunch atau tidak.. bungkus aja... baru selesai breakfast dengan kek hadiah Kakak (anak sulong saya) .. sedap kek tu.. apa nama.. entahlah....asalkan kek..ok...  Sesekala saya membasah tekak dengan air mineral. 
Mu'azim dah lama melaungkan azan zohor ( saya musafir ni..). Semasa nak ke bilik solat tetiba kakiku ni terasa ringan dan tak selesa.. Dugaaan yang entah ke berapa.... kasut ku KOYAK..dah ternganga macam mulut buaya lagi.. separuh hari saya berselipar jepun yang cukup selesa dan ringan selain daripada pengudaraan yang baik.  Sabar..ini dugaan.. bila lagi nak diuji.  Selepas ni nak ke pejabat, kaki adik-adik pelajar yang ada di sini saiz 5 dan 6.. saya saiz 8. 
Dengan muka penuh keyakinan saya melangkah perlahan ( nak cover kasut ternganga....hehhehe) ke pejabat. Baik budi bahasa Kak Yam dan Kak Zizah membuat saya bersyukur sangat.  Mereka cukup sabar dengan karenah pelajar (termasuk saya.. yang kerap telefon..sma dll). Tup..tup... Terasa nak jatuh jantung hati.. bila dapat tahu nama pengerusi Viva saya nanti.   (dalam hati cakap..matilah aku kali ni.. akal cakap lain.. ). Saya teringat kata-kata Dr Januddin Awang bila present cuba express bukan impress kajian . Saya terfikir juga.. it's mine...  Seorang pensyarah baik hati dan humble dengan sukarela nak bawa saya ke kedai kasut.. Syukur, Alhamdulillah. Thanks Mas.. Tetiba hujan turun dengan lebat..kilat sabung-menyabung...guruh berdentuman.. (waahh..macam filem dulu-dulu ni..tapi ini kenyataan). Saya terduduk di sofa.. mood untuk membaca dan membetulkan powerpoint dah hilang separuh jalan.. sehingga jam 6.16 petang barulah kami dapat ke kedai kasut.  Hikmahnya ..dapat kasut baru.. 
Insya Allah suamiku akan poskan dengan bas tesis yang sebenarnya..moga dipermudahkan Nya.. perut dah kenyang...mata dah mengantuk... nak tidur..tidur lena-lena... semoga esok saya masih bernafas dan saya dapat menyelesaikan segala kesukaran yang melanda dengan senyuman.. segalanya mempunyai hikmah yang saya tak nampak.. segalanya menguji kesabaran saya menempuhi kehidupan seorang pelajar tua. 
Rupanya banyak lagi dugaan hebat lain yang pernah saya tempuhi sebab itu saya boleh lalui dengan tenang.  saya sangat membutuhkan doa kalian..Sama -samalah kita berdoa agar segala usaha saya untuk memperolehi Ijazah Phd tercapai dan saya dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 
 Walaupun viva masih jauh namun saya merasakan begitu hampir.. JUMAAT 9.30 Pagi di Bilik Telesidang, Fakulti Pendidikan, UKM.  Doakan saya..doakan agar dipermudahkan oleh Nya viva saya... moga doa kalian dimakbulkan Allah swt. Aamiin... :)

Khamis, 12 Julai 2012

Buah gajus=jambu golok=ketereh= ter're masak lemak

Tak sabar nak share dengan anda apa yang saya masak beberapa minggu lepas ( ini tak sabar pun boleh tangguh berminggu-minggu ..kalau sabar agaknya tahun depan baru dapat post....). Masakan yang special dan RARE...
Apa tak nya.. buah jambu golok ni dah mencecah rm8 satu kg..nak cari pokok ( di kampung saya) bukan main susah nak jumpa. Kalau dulu berlambak-lambak dan saya buat main-main ...  campakkan ke sana sini. Buat halau ayam atau kambing yang masuk ke kawasan rumah.  Lagi satu yang saya gemar ..letakkan buah jambu golok ni di atas jalan..bila kereta atau motor pijak.... bersorak kami. Tapi kalau jambu golok berwarna merah saya suka, cantik. Jambu biasa warna kuning langsung tak ada harga.. bila musim sotong barulah masing-masing mengambil buah jambu golok ni untuk dimasak.  Bab yang paling seronok ..bila saya dan adik-beradik akan memulas/ tanggalkan biji jambu golok tu ( kami namakan KASI..)...yang tinggal di pokok hanya buahnya sahaja... buah togel... biji tu disimpan..dikeringkan dan dibakar di dalam tin minyak masak atau tempurung... lepas tu diketuk dengan kayu untuk mengeluarkan biji jambu golok tu.  Masa membakar tu..akan kedengaran suara ibu dari dapur " Jaga-jaga sikit..meletup biji tu..kena muka nanti..." itulah saya dan rakan-rakan seangkatan di kampung mendapatkan biji jambu golok atau biji gajus yang harum serta wangi hasil usaha sendiri. Sekarang ni berlambak biji gajus di pasaraya atau pasar minggu.
 Niat asal nak cerita tentang masakan tetapi terbabas kepada biji jambu golok yang harum dan wangi yang dihasilkan sendiri dulu-kala. Terfikir oleh saya.. pengalaman sebegitu tak akan berulang lagi ( agaknyalah...) sebab nak cari pokok jambu golok pun sudah sukar..amat sukar... terlalu sukar. Insya Allah lain kali saya masukkan entri tentang pokok gajus ni dengan detail.  Jom lihat apa yang saya dah masak.. Orang Terengganu namakan.. SAYUR JAMBU GOLOK.  Buah ni saya dapatkan percuma setelah menghabiskan masa yang lama untuk mengait buah jambu golok tu, semasa tu saya membeli ayam segar.. semasa lunch... sebelum nalik ke rumah saya ke tempat menjual ayam segar... terdapat sepohon pokok jambu golok, saya minta untuk membeli tetapi pekerja kedai tu cakap ..akak kait sendirilah.. Setelah muka berputus asa saya dicam oleh salah seorang pelanggan..dengan baik dan murah hati dia sudi hulurkan bantuan untuk mendapatkan jambu tu. Alhamdulillah moga dimurahkan rezeki Nor.  Kalau harapkan saya, nescaya saya pulang dengan ayam sahaja.
Proses  memasaknya pun perlu sabar..tak boleh campak-campak aja... mula-mula potong buah jambu golok.

Selepas tu celurkan hingga lembut
Selepas itu, perah sehingga kering untuk membuang air jambu yang kelat tu.

Saya campurkan dengan kacang panjang... boleh aja masak jambu golok sahaja ( anak saya tak suka jambu golok ni..so..dia akan kacang... save masa untuk memasak kuah lain..)
Masukkan ikan panggang tawar yang ditumbuk, bawang merah, santan ke dalam periuk bersama-sama kacang panjang dan jambu golok tadi. Masak hingga sempurna rasa garamnya.Lazat dengan rasa manis buah jambu golok + ikan + kacang rasa lemak santan tu dan masin sikit...
Ini dah berada dalam kategori WAJIB cuba...

Selasa, 10 Julai 2012

PERBUATAN MELAMPAU

MARAHHHH...GERAM...
TAK MENJAGA SENSITIVITI

Inilah kesan bila ruang yang diberi adalah oleh saya..anda dan kita semua...
Kesan daripada kebebasan, kejatuhan moral orang Islam.
Masyarakat lain melihat apa yang kita buat. Terutama dalam penerimaan terhadap sesuatu perkara yang bercanggah dengan Islam sebagai contoh mendedahkan aurat. Perbuatan masyarakat kita yang terang-terangan  melanggar hukum secara meluas, tanpa segan silu dan menjadikannya sebagai cara hidup memberikan gambaran bahawa ianya dibolehkan, tak salah. Perlabelan yang terbentuk dalam pemikiran orang bukan Islam..ohhhhh...itu tak apa.. orang islam pun lakukan....orang Islam ok aja...
Mereka boleh katakan bahawa ... ada orang Islam yang membeli arak... biasalah bagi orang Islam... ada orang Islam yang melihat iklan arak tersebut.. tak ada apa-apa masalah pun.. BIASAlaaaa...Orang Islam ok aja.. masakan kami pun orang Islam makan sama....
Bila ada berita yang disiarkan mengenai iklan arak sempena Ramadhan yang melampau di sebuah pasaraya ...barulah kita semua nak celik mata dan tersentak.  

 Disebalik kisah tersebut.... masyarakat Islam telah dilabelkan sebagai SEMUA BOLEH dalam apa juga perkara. Boleh campur-aduk halal dan haram. Boleh dedah sana-sini seperti foto di bawah ni....Tetapi kita tak sensitif..... Saya tak terkejut ..suatu hari nanti iklan hari raya dan ramadhan disiarkan baju mandi... 3 pieces... special OFFER lagi untuk persediaaan raya... 
atau SPECIAL OFFER... hidangan pagi dan tengahari sempena Ramadhan.. potongan 30%...
nak melenting ker..atau adakah sesiapa yang nak melenting  .. atau barulah nak melenting seketika.
Dalam kes yang lain,  bila model, artis Islam berpakaian  menjolok mata, lucah.. kita boleh terima dengan baik malah disanjung, dipuja. Lihat contoh Majalah Lucah ala Malaysia yang diluluskan ni...Monggaa...Jika imej sebeginilah yang ditonjolkan... dan masyarakat bukan Islam melabelkan bahawa orang Islam BOLEH dedah aurat...kepada siapa nak kita marahkan. Paling penting sekali, marahlah diri sendiri..kaum kerabat kita... pemimpin... ulama..
Apa nilai yang nak dipegang
Ada orang Islam yang membuat orang bukan Islam keliru... apa nilai Islam yang sebenarnya
... SALAH SIAPA?
Pasaraya itu memang bersalah tetapi apa tindakan kita untuk membetulkan keadaan
TERUS MEMBELI DI SANA atau BOIKOT... macam mana nak boikot jika ekonomi kita bergantung kepada mereka..makan minun kita mereka yang bekalkan?  Cuba kita sama-sama fikir..
Bila mereka menguasai segala keperluan kita... suka hati merekalah untuk beri apa yang mereka bekalkan.. ADIL KAN?
Peristiwa iklan arak yang berlaku di The Stor Seri Ptaling.... Kecoh satu Malaysia
Alasan tidak disengajakan bukalah alasan yang kukuh tetapi mereka tidak mendapat gambaran ..apa Ramadhan yang sebenarnya.. apa yang orang Islam boleh dan tak boleh..( sebab mereka nampak orang Islam SEMUA BOLEH..)
Apa tindakan kita??

Hebahkan..sama-samalah kita betulkan keadaan.. betulkan diri kita semua... orang-orang di bawah jagaan-jagaan kita.
Apa yang berlaku adalah  amaran untuk ingatan..
Apa yang berlaku adalah  cetusan  untuk berfikir
Usah menjadi masyarakat yang melatah bila dicucuk.. lupa bila dipujuk..ditepuk...
selepas itu tak melatah lagi... senyap...baik...angguk kepala... 



Ahad, 8 Julai 2012

CEKUR

Cekur udang Gamit... Tanam cekur gali kunyit  ada juga versi.. Cekur udang gamit, minta cekur beri kunyit...
bait dia atas adalah pantun untuk kanak-kanak yang popular semasa saya kecil..sambil mengajar anak-anak kecil menggenggam tangan..sambil mengalunkan pantun tu.
Pengaruh tumbuhan cekur ni juga terdapat dalam pantun ni.. .. pantun pengajaran dan kelakar pun ada... Baca ya...
Penawar batuk si daun cekur,
Sengal tulang ubatnya halia,
Petani tua kerbau seekor,
Bongkok tiga  tak jumpa kaya.

 Kaempferia ariety L  atau di Thailand dikenali sebagai proh hom, Indonesia menamakannya Kencur, di Filipina..mintaklah Dusol dan di China namanya Shan nai.Semenjak dulu lagi cekur menjadi sebahagian daripada puluhan ribu tanaman yang dekat dengan masyarakat negara kita ni. Cekur bukan sahaja berdaun hijau malah ada yang berdaun merah pekat / maroon.  Ada soalan : Cekur dan cekur manis sama ke? Sama sekali berlainan daripada segi rupa, bau, warna dan rasa... Di laman rumah saya ada juga pokok cekur manis ni. Entri lain akan saya siarkan. Saya menanam 2 jenis cekur yang mempunyai bau yang sama tetapi bentuk dan warna daun berbeza. Cekur dalam gambar di atas mempunyai daun berwarna hijau, berbunga putih dan ungu. Manakala yang ditunjukkan dalam gamabr di bawah ni pula mempunyai daun berwarna merah gelap dan berbunga ungu.

Cekur ni merupakan sepupu-sepapat halia, lengkuas dan kunyit iaitu mempunyai rizom (isi berakar) yang menjadi agen pembiakannya.  Berdaun lebar dan cekur putih berdaun lebih kecil.  Penanamannya boleh dilakukan secara berpasu atau boleh juga ditanam di atas  batas.  Rizom yang matang boleh dipungut sekitar 10-11 bulan. Sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan lasak.
Cekur turut digunakan secara meluas dalam masakan tradisional seperti dalam Masakan ikan keli dengan cekur.  Daunnya juga boleh dimakan mentah dan dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk.  Kalau nak dicelur pun boleh tetapi seketika sahaja. Kepada peminat kerabu, daun cekur menjadi ramuan 'mesti " untuk membangkitkan bau.
Tumbuhan herba ni mempunyai banyak kegunaannya  sebagai ubatan. Rawatan untuk luka, batuk, mengeluarkan angin, penyakit reumatik, mempercepatkan bisul pecah, kelemumur, batuk, sakit pinggang, dan rawatan selepas bersalin. Kanak-kanak pada zaman dahulu disapukan dengan bedak sejuk yang dicampurkan dengan asahan isi cekur yang telah dikeringkan...wangi bayi....
 Pokok cekur mempunyai nilai bukan sahaja dalam perubatan tetapi juga sesuai dijadikan  hiasan. Perhatikan bunga cekur, sangat cantik tetapi ni tak tak tahan lama.  Daunnya juga boleh menjadi tarikan utama lanskap. Boleh Tanam secara rapat sebagai pemisah di  dalam taman.
*****Kenalilah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi di persekitaran kita semua..yukkkk....
          Kepada sesiapa yang memerlukan anak cekur ni bolehlah contact saya. Sedikit-sedikit tu              adalah..FOC. Kalau nak banyak kena masuk tender..ok..jugak. :)


Jumaat, 6 Julai 2012

HIDANGAN PENGANTIN

Selepas tak pos sebarang entri selama 17 hari ni, AKIBAT dihambat...dikejar...dipaksa....diikat, dikurung dan segalanya (.harap-harap menjadi alasan yang lojik bagi saya yang kepenatan ni...  ) maka hari ini saya menjengah blog ni, mencatat cerita lama tetapi masih baru..kisah hidangan pengantin baru ( kan dah cakap masih baru tadi..walaupun dah lama berlangsung..awal Jun hari tu). Entah-entah pengantin perempuan dah hamil sebulan....
Bila bercerita pasal makanan dan memasak ni, sakit jadi sihat, mengantuk jadi segar, malas jadi rajin..macam tu sekali.. kenyang jadi lapar..ini yang paling bahaya ni... Seingat saya, saya dah acap kali jadi bidan terjun, tapi kalau dah kerap tak dipanggil bidan terjun pula kan..dah jadi bidan pelatih kot dalam memasak hidangan pengantin ni. Kali pertama dulu semasa perkahwinan adik ipar...dah beranak 3 dah dia sekarang. Payah juga,  sebab dalam menyediakan makanan ni bukan sahaja nampak cantik tetapi rasa pun kenalah seiring dengan rupa. Usah nanti nampak kuih macam-macam warna tapi rasa sama, yang berbeza hanya warna sahaja....haru... Perlu ada nilai seni dan kreativiti dalam menyediakan hidangan pengantin, maklumlah bukanya pro..apa yang ada dalam peti ais dan dibeli oleh keluarga pengantin yang diguna.  Kalau pro tu boleh buatkan list keperluan ..."nah keluarga pengantin, tolong dapatkan semua keperluan ni yer..". atau kita sendiri beli untuk memenuhi kehendak kita .Perlu juga sabar sebab nanti ramai yang nak komen itu..ini.. suruh buat mereka tak nak...( sabar aje lah.....).Mari sama-sama melayan mata dengan hidangan yang telah disediakan. Kesemua hidangan ini mendapat touch-up daripada anak2 sedaraku Ira n Azie (hebat dua-dua ni..boleh buka bisnes ni). Azie pandai buat deco seperti bunga ros daripada tomato, Ira pula menghasilkan the best Laichikang i ever drink..

Ini hidangan pertama yang disediakan iaitu Siakap Kasih Hati.  Ikan ni menggunakan cara masakan seperti ikan 3 rasa tetapi kali lebih banyak lagi rasa, macam-macam rasa.

Yang ni Puding Lautan Permata Hati.  Lihat di dalam puding tu ada permata dan di bahagian bawah berwarna biru, sesuai dengan nama Lautan Permata Hati.  Puding ni mudah disediakan dan sedap.Gambar bawah tu gulai ayam.


Ayam Madu Kasih (bukan sesekali..bermadu ya.. pengantin teruna.... biarkan ayam sahaja yang bermadu).Versi ayam panggang ala Madu Kasih ni cukup mudah disediakan.  Saya cuma rebus bersama rempah ratus sehingga masak tapi AWAS usah terlebih masak.  Kemudian disapu dan diperap dengan perapan (madu dll) panggang dan hidangkan. Terasa sedikit kejam bila saya hidang tapi tak disertakan dengan garfu atau pisau untuk memotong... hehehhe..pengantin dan keluarga hanya memandang sahaja. Ish..kalau saya jadi pengantin mahunya saya tarik peha ayam tu dengan rakusnya..peduli apa..terliur punya pasal. Harap-harap selepas majlis sempatlah mereka merasa.

Jambangan  Semarak Cinta . Dari mana datangnya nama ni.?? Cuba lihat gubahan tembikai yang saya buat tu..bulat-bulat , merah, merah gelap dan hitam daripada anggur menggambarkan semarak cinta yang mendalam. WOW... Pemegang bakul tembikai tu bercorak hati.  Bahagian bawah saya hiaskan dengan orange berbentuk bakul dan potong rencong serta lebihan anggur.
Tautan Kasih.Gubahan udang ni cukup bertaut dengan bahan-bahan lain seperti lobak merah...cili...nenas. Apa yang penting rasanya yang meletop. 

 mmmm....sejuk, segar dan berkhasiat air laichikang made by Ira. Sebelah kiri tu gulai daging.
ps: Kalau nak tempah untuk perkahwinan sendiri, anak, adik atau abang, just inform me  :)