sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 8 Julai 2012

CEKUR

Cekur udang Gamit... Tanam cekur gali kunyit  ada juga versi.. Cekur udang gamit, minta cekur beri kunyit...
bait dia atas adalah pantun untuk kanak-kanak yang popular semasa saya kecil..sambil mengajar anak-anak kecil menggenggam tangan..sambil mengalunkan pantun tu.
Pengaruh tumbuhan cekur ni juga terdapat dalam pantun ni.. .. pantun pengajaran dan kelakar pun ada... Baca ya...
Penawar batuk si daun cekur,
Sengal tulang ubatnya halia,
Petani tua kerbau seekor,
Bongkok tiga  tak jumpa kaya.

 Kaempferia ariety L  atau di Thailand dikenali sebagai proh hom, Indonesia menamakannya Kencur, di Filipina..mintaklah Dusol dan di China namanya Shan nai.Semenjak dulu lagi cekur menjadi sebahagian daripada puluhan ribu tanaman yang dekat dengan masyarakat negara kita ni. Cekur bukan sahaja berdaun hijau malah ada yang berdaun merah pekat / maroon.  Ada soalan : Cekur dan cekur manis sama ke? Sama sekali berlainan daripada segi rupa, bau, warna dan rasa... Di laman rumah saya ada juga pokok cekur manis ni. Entri lain akan saya siarkan. Saya menanam 2 jenis cekur yang mempunyai bau yang sama tetapi bentuk dan warna daun berbeza. Cekur dalam gambar di atas mempunyai daun berwarna hijau, berbunga putih dan ungu. Manakala yang ditunjukkan dalam gamabr di bawah ni pula mempunyai daun berwarna merah gelap dan berbunga ungu.

Cekur ni merupakan sepupu-sepapat halia, lengkuas dan kunyit iaitu mempunyai rizom (isi berakar) yang menjadi agen pembiakannya.  Berdaun lebar dan cekur putih berdaun lebih kecil.  Penanamannya boleh dilakukan secara berpasu atau boleh juga ditanam di atas  batas.  Rizom yang matang boleh dipungut sekitar 10-11 bulan. Sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan lasak.
Cekur turut digunakan secara meluas dalam masakan tradisional seperti dalam Masakan ikan keli dengan cekur.  Daunnya juga boleh dimakan mentah dan dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk.  Kalau nak dicelur pun boleh tetapi seketika sahaja. Kepada peminat kerabu, daun cekur menjadi ramuan 'mesti " untuk membangkitkan bau.
Tumbuhan herba ni mempunyai banyak kegunaannya  sebagai ubatan. Rawatan untuk luka, batuk, mengeluarkan angin, penyakit reumatik, mempercepatkan bisul pecah, kelemumur, batuk, sakit pinggang, dan rawatan selepas bersalin. Kanak-kanak pada zaman dahulu disapukan dengan bedak sejuk yang dicampurkan dengan asahan isi cekur yang telah dikeringkan...wangi bayi....
 Pokok cekur mempunyai nilai bukan sahaja dalam perubatan tetapi juga sesuai dijadikan  hiasan. Perhatikan bunga cekur, sangat cantik tetapi ni tak tak tahan lama.  Daunnya juga boleh menjadi tarikan utama lanskap. Boleh Tanam secara rapat sebagai pemisah di  dalam taman.
*****Kenalilah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi di persekitaran kita semua..yukkkk....
          Kepada sesiapa yang memerlukan anak cekur ni bolehlah contact saya. Sedikit-sedikit tu              adalah..FOC. Kalau nak banyak kena masuk tender..ok..jugak. :)


Tiada ulasan: