Bulan Ramadhan ni... semua masakan yg dilihat... terliur..apa lagi kalau ke bazar Ramadhan.. Nasib baik bukan amalan saya sekeluarga ke bazar Ramadhan untuk membeli lauk-pauk. Pergi juga sesekali, setakat hari ni baru dua kali pergi. Kalau boleh dan sempat masak sendiri..apa lagi hayun aja....janji ada jaudah untuk berbuka. Kalau nak makan yang susah dan pelik-pelik tu..tunggu hari cuti (ada ke masakan yg susah sangat.....??) Biasanya 1 jam memasak boleh siap 3 atau 4 jenis lauk pauk. Semalam kami berbuka dengan STEAMBOAT dan WANTAN goreng dan sup wantan. Apa yang saya nak kongsikan kali ni ialah cara membuat kulit wantan untuk digoreng dan dijadikan sup. Nak dapatkan kulit yang ada logo halal JAKIM agak susah di kampung saya ni. Cuba resepi ni tau..
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A- pukul sedikit
secubit garam
setitis pewarna kuning telur
air secukupnya
tepung jagung
Masukkan telur ke dalam tepung gandum + garam
Uli dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit ( jgn lupa letak sedikit pewarna)
Uli sehingga bancuhan tidak meletak pada tangan.
Teruskan menguli selama 20 minit.
Rehatkan doh selama 10 minit dlm bekas bertutup/ tutup dengan kain lembap
Keluarkan doh dan uli lagi selama 10 minit
Bulatkan kecil-kecil- sebesar duit syiling 50sen atau mengikut saiz yg dikehendaki ( saya buat kulit berbentuk bulat-- kalau nak segiempat pun boleh--segitiga pun boleh--- apa bentuk pun boleh---it's yours..kan :))
Tabur tepung jagung atas papan canai dan Canai nipis-nipis.
Sapu tepung jagung dikedua-dua belah.
Boleh terus digunakan atau simpan kulit dalam peti ais.
Inti Wantan
Isi udang
telur
garam
lada sulah
(saya juga gunakan isi ketam, bebola udang dan isi ayam-anda boleh masukkan apa-apa yang ada- tak salah)
Ambil sekeping kulit wantan dan masukkan inti ditengah-tengah
lipat / pusingkan agar kemas
Pastikan inti tak terkeluar
Kalau nak sapu sedikit air pun boleh tetapi inti ni dah cukup telur dan terus meletak kepada kulit.
Bolehlah digoreng atau dimasukkan ke dalam sup
Saya makan wantan ni bersama steamboat...memang SERASI BERSAMA..
OOPpps...lupa ..ada sosnya
Saya akan pos dalam masakan steamboat nanti... tunggu...
5 ulasan:
EEEmmm... nampak sedap je wantan tu... tq 4 ajar cara nak buat wantan ni.. memeang dah lama cari resepi ni.. follow la blog ni pula ye...
http://farid-kehidupan.blogspot.com/
Alhamdulillah..dpt jgk rspi buat kulit wantan ni. dh lama tringin nk buat. jazakillah Dr Fouzie..
Wah... Tq kongsi resepi ni... Nk try la...
Assalam..tq share .actly cri mcm mcna buat inti tp dh ade resipi kulit ni sy mtk tmpt share yer. Tq
Catat Ulasan