sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 21 November 2014

Kari Terung Dayak

Dah lama tak pos resepi
Terung dayak atau terung assam atau juga dikenali sebagai terung iba.  Terung asli dari sarawak.  Memang tidak sia-sia bagi yang suka mencuba seperti  saya ni.  Selagi halal, saya akan cuba. Teruja sangat nak merasa kelainan masakan dan hasil hutan dari Negeri Bumi Kenyalang.  Nak tahu lanjut tentang terung dayak?
saya pun rujuk di sini

Dr Fouziah Mohd

Inilah rupa terung dayak .. seperti terung biasa yang bulat tetapi mempunyai tekstur yang lebih keras.  Berwarna oren dari luar hingga ke dalam. Pembiakan pun melalui biji benih (...tapi baru tahu cara pembiakan setelah makanan hadam dengan selamatnya di dalam tubuh badan ni......tak sempat nak selamatkan walau sesudu biji benih...kisahnya...)
Bukan sahaja boleh dimasak kari, kerabu, masak asam dll...






KUASA PERCAYA

Catatan ringkas
Semalam, Selasa, 18 Nov 2014, saya ke SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu untuk pengesahan persekolahan anak tingkatan 1 tahun 2015.
Luahan hati anakku..mama..Baiz tak nak sekolah ni. Sebab apa? Baiz belajar bersungguh-sungguh untuk ke sekolah lain. Sekolah asrama penuh.  Saya pun menerangkan tentang prosedur, feeder school, tentang peluang dan ruang untuk berjaya ada di mana-mana. Saya juga menceritakan sesuatu yang mengejutkan yang selama ini mungkin dia lupa... ITU SEKOLAH MAMA DARI TINGKATAN 1 HINGGA 3. Iya ker mama? Masih segar nama-nama hebat iaitu Cikgu Johari Ismail, Cg Kifayatullah Mat Said, Cg Aminah Mamat, Cg Roiham, Cg Abdullah, Cg Ismail Mat sharif, Cg Abdullah, Cg Rani, Cg Shamsudin, Cg Yusuf, Cg Yusuf Ali, Cg Husin..Cg Ruby, ingatan kepada mereka masih segar dan tidak ku lupakan doa buat mereka setiap kali selepas solat. Tidak lupa Mrs Lynn Clancy  dari Australia dan Christhopher John Greenland dari UK yang mengajar bahasa Inggeris.
  Jam menunjukkan 1.46 petang, saya melangkah ke pejabat sekolah. Suasana sunyi mengundang tanda tanya, ke mana semua orang ni? Saya terus melangkah ke pejabat lalu memberi salam.  Alhamdulillah salam saya disambut oleh seorang kakak cleaner. Semua guru dan staf ada mesyuarat terangnya sambil tangan memegang penyapu. Saya menerangkan urusan yang hendak saya lakukan. lantas saya berkata ..
Tak apalah kak nanti saya datang lagi.  
 oooh..nak pengesahan masuk ke sekolah ini ke? 
 Iya kak.
Tak apa.. saya boleh tolong.. balasnya sopan.
Dalam kepala saya..dalam hati kotor saya ni...biar betul.. apa yang dia boleh buat..
Berbalik kepada kisah tadi... saya sambung cerita sedikit lagi...
Kakak cleaner tu soal saya..
Ada bawa surat tak?
Ada.. ni..sambil menghulurkan surat..
Biasanya ada disertakan borang
Saya pun menbelek-belek di celah beg tangan..lantas menghulurkan satu set borang.  
Saya tak isi apa-apa maklumat pun lagi (muka simpati..)
Tak apa.. apa yang penting, surat ni dan salinan kad pengenalan.
Owhh..saya tak bawa salinan kad pengenalan anak
Tak pun kalau puan bawa surat beranak..pun boleh
alaaa....pun saya tak bawa (sesungguhnya.. saya tak baca pun apa kehendak surat tu... apa yang saya tahu perlu daftar sebelum 20hb November 2014).
tetiba saya teringat sesuatu 
Tapi kad pengenalan anak saya ada saya bawa ni...( sekali lagi saya mencari-cari dalam beg tangan saya yang dipanggil BEG DORAEMON oleh anak-anak..apa tak.. semua di dalam tu.. gula-gula,beg duit,  pen, brooch, tisu, pensil, gunting, ubat, ketip kuku, buku, telefon. alat-alat mekap, kadang-kadang ada kerepek pisang, roti, air...aahhh...macam-macam..)
Saya tolong buat salinan
Borang-borang lain tu, puan perlu isi dan bawa bersama salinan keputusan dan sijil seperti dalam surat tu yer...pada 1 hb Januari nanti.  Datang nanti untuk pendaftaran.
Lagak saya semasa itu, seolah-olah mendengar arahan guru besar.
Saya terkejut bila dia tahu dan mahir semua prosedur untuk menyelesaikan masalah saya.  Saya terkejut dan teruja. Penyampaian maklumat oleh seorang tukang cuci begitu jelas dan sangat sopan. 
Penafian jawatan dan tugas bukan perkara yang saya hendak kongsikan di sini.Kenapa saya berkata begitu? Keadaan berbeza yang pernah saya temui di tempat kerja saya.. atau di mana-mana tempat lain.  Pekerja hanya tahu dan akan bertanggungjawab terhadap skop kerja mereka sahaja. Jika diminta bekerja lebih atau menunjukkan ringan tulang..... haaaa... jagalah kau nanti... asyik-asyik kena suruh laaa.. Itulah realiti mentaliti masyarakat pada hari ini.  Kadang-kadang lebih baik buat tak tahu daripada menunjuk pandai. Virus ini perlu dibendung dalam masyarakat kerana nilai dalam diri akan hakis...seterusnya hancur...habis...
Saya teringat satu kata-kata.. U Suggest U Suffer.. oowwwhhh... kejamnya.. 
Saya yakin tentang kuasa PERCAYA dalam pentadbiran yang membolehkan seorang pekerja bekerja dengan baik dan meneruskan tugas orang lain atau rakan sekerja sekiranya salah seorangnya cuti, sakit, atau ke tandas.  Bayangkan jika saya perlu datang sekali lagi, dalam keadaan hujan lebat, sibuk dan masa yang suntuk hanya untuk mengesahkan persekolahan. 
APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEKERJA ATAU MAJIKAN?
MAMPUKAH ANDA LAKUKAN PERKARA YANG KECIL BERSAMA-SAMA?