Pada satu pesta, kelihatan kanak-kanak berlarian, bebas dan lepas. Pengunjung sibuk melihat gerai jualan dan pameran. Gerai makanan menjadi tumpuan iutama, tak kalah dengan gerai jualan permainan kanak-kanak ternyata juga mendapat perhatian.
Kelihatan di tengah-tengah laluan orang ramai seorang penjual belon berdiri gah di sisi balang gas dan tangannya diikat dengan beberapa biji belon melambai-lambai ke arah pengunjung. Keramahannya menyapa pengunjung adalah anugerah. Sangat menarik perhatian. Perangkap yang menjadi. Maklumlah, kanak-kanak dan belon sangat sinonim dan membawa simbol kegembiraan. Malah dalam banyak acara belon tetap menjadi pilihan untuk dijadikan hiasan, hadiah, gimik acara dan dilepaskan ke udara. Belon juga popular dalam sukaneka, acara tiup belon, belon berisi air dan duduk di atas belon.
Kelihatan seorang kanak-kanak yang semenjak tadi lagi sedang memerhati. Dia jalan mengelilingi penjual belon dengan wajah yang teruja. Belon yang dijual ada pelbagai warna. Beliau meneliti...meneliti..dan meneliti lagi belon-belon yang indah itu. Tangan kecilnya memegang belon-belon .. satu ...satu.. wah..cantiknya. Anak matanya membesar keterujaan.
Setelah beberapa lama...Penjual kehairanan, lantas bertanya samada dia hendak membeli belon atau tidak.
"Anak ada duit atau tidak?" Penjual ingin menghadiahkan satu belon kpd kanak-kanak tadi. Suara kecil bertanya, " Pak cik, belon mana yang paling kuat dan boleh terbang tinggi ke udara?"
Penjual tersenyum dan menjawab, "Sama sahaja wahai anak." Kanak-kanak tadi membulatkan anak mata," betul ke pak cik?"
Kanak-kanak tadi termenung....dia terus membelek belon-belon yang terikat.
"Pak Cik, saya mahu belon yang paling kuat, terbang paling tinggi.". Sambil tersenyum penjual belon menjawab, "Anak pilihlah sendiri..."
Kanak-kanak itu mencapai belon yang dikehendakinya, ternyata belon itu paling kuat dalam fikiran beliau.
"Pak cik, saya mahu yang ini...". Penjual mencapai gunting dan memberikan kepada kanak-kanak itu lantas berkata
"Kekuatan belon bukan bergantung kepada warna..."
Kanak-kanak tadi tersenyum, mula meragui kata-kata penjual belon. Penjual belon berkata, "pilihan anak adalah tepat dengan tanggapan anak sahaja."
Kanak-kanak tadi memandang dan keraguan semakin menebal. Penjual belon merendahkan badan dan melutut searas dengan ketinggian kanak-kanak tadi, "anak, warna bukan penghalang bagi belon untuk naik lebih tinggi tetapi udara di dalamnyalah yang akan membawa belon ini tinggi bebas di udara,"
Anak comel tadi petah menjawab," Tapi yang ni kuat, saya tahu, mama saya belikan pun warna begini." Penjual belon merendahkan suara, "warna bukan penghalang ..begitu juga dalam kehidupan ini... kesusahan,kemiskinan, masalah, bangsa, keturunan, pangkat, bukan halangan dalam kejayaan." Penjual belon tahu yang anak kecil itu tidak faham sepenuhnya tapi dia yakin tidak terlalu awal untuknya bercerita seketika.
"Ooo..anak pilih belon warna hitam." Anak itu menjawab, "Iya belon ini tak mudah pecah bila naik ke udara, boleh terbang tinggi." Penjual belon mengesat peluh dengan tuala yang semenjak tadi tersangkut di bahu, "belon ini tidak bermakna jika hanya sebiji belon tanpa udara yang pak cik masukkan ke dalamnya." Kanak-kanak tadi tersenyum, "Saya nak yang ni, berapa harga belon ni." " satu ringgit sahaja nak." kanak-kanak itu berlari riang sambil memegang erat tali belonnya yang terbang tinggi di udara.
Kehendak dan dalaman diri seseorang sangat penting dalam
menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang. Ketentuan Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh adalah segala-galanya. Kehendak itu umpama udara yang dimasukkan ke dalam belon, kualitinya dan kuantitinya. Pengisian yang baik membolehkan seseorang terbang tinggi dengan gahnya. Halangan perlu diketepikan dan sentiasa mencari peluang tanpa merosakkan jasad, akal, rohani dan emosi diri sendiri.
saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Isnin, 20 Mac 2017
Isnin, 13 Mac 2017
Buah Binjal - nilai sahabat dan kota janji
catatan pada 10 Mei 2016 tertangguh pos hingga hari nii 14 mac 201
Post ringkas setelah tinggalkan ruang catatan blog wonderful life. Saya berehat? Tidak, masih menulis catatan perjalanan melalui pengalaman dan pemerhatian di ruang lain.
Bau yang menyucuk hidung dan kesunyian pagi menyambut langkah saya ke bilik seawal. Baru saya teringatkan sesuatu yang saya tinggalkan semalaman.
Jam di dinding menunjukkan jam 7.30 pagi. Tak mungkin saya makan apa yang ditinggalkan semalam. Seawal pagi begini...
Saya beralih langkah ke meja kerja. Beginilah bila semua bertugas di luar daerah. Suasana sunyi dan tiada usikan atau gelak tawa...ohh..alangkah... sambil tangan pantas menekan kekunci komputer ..menyiapkan tugas dan melakukan tugas rutin.
Masuk daripada rehat dan lelap seketika membuat saya lebih segar dan ceria. Sekali lagi...Hidung saya menangkap bau yang kurang menyenangkan tadi. Saya lupa selupa-lupanya., sudah lupa bahawa hanya tinggal saya dan pembantu pejabat sahaja pada hari ini.
Dari jauh terdengar butir perbualan yang tenggelam timbul dari bilik pantri. Rancak dan disulami tawa. Perasaaan ingin tahu menemukan saya dengan seorang sahabat yang sering kelihatan dari jauh, bertegur sapa sekadar-kadar di jalanan dan bila bertemua hanya bercakap tentang kerja. Juga menemukan saya dengan punca bau wangi dan menyucuk hidung yang masih berada di dalam plastik.BUAH BINJAL... RM 3 untuk 3 biji ( bukan nilai harga jadi ukuran...bagaimana kita menilai di sebalik harga sangat bermakna...).
Di atas meja ada sebekas kuah rojak.. Ya Allah..syukur Ya Allah ..kau temukan aku ini dengan orang yang baik dan pemurah. Baru saya teringat semalam semasa membawa buah binjal seorang pekerja pembersihan menegur saya dan saya mempelawanya untuk mengambil sebiji tetapi ditolaknya dengan baik. Mulut peramah saya ni hanya berkata, sedap jika dimakan dengan Colek ( kuah rojak..orang Pantai Timur sebut COLEK..bukan CULIK..). rezeki saya , pekerja titipkan kepada saya dalam bekas yang cantik dan beg kertas yang indah. Syukur Alhamdulillah.
Sambil menyampuk perbualan pembantu pejabat dan rakan saya itu, tangan ni pantas membuang kulit buah binjal (..orang Pantai Timur tak sebut Kopek..kopek bagi kami ialah buah dada...hati-hati ke Terengganu atau Kelantan )
Petang semalam juga menemukan ruang yang santai berbincang, berkongsi cerita tentang menghargai.juga tentang zaman kanak-kanak menjejak remaja di kampung. rakan saya
Opps sebab apa tajuk pos BUAH BINJAL.. pos saya sebelum ini tentang sambal buah binjal. Kami berbual tentang sesuatu yang eksotik..BUAH BINJAL... bukan tentang resepi yang banyak di sana-sini.
mengingati dan menepati janji sangat mendalam di hati.

Langgan:
Catatan (Atom)