sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Selasa, 28 Februari 2012

Pokok Kandis- warisan alam





Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
Manis lagi senyuman Tuan


Dulu-dulu bila disebut buah kandis sudah terbayang pokok yang rendang yang berada di hujung kampung. Masih terbayang emak membawa pulang satu kendongan kain batik Terengganu buah asam kandis selepas pulang dari mengambil KERECUT untuk dijadikan tikar. Buahnya yang hijau , bulat dan kecil dipotong dan dikeringkan. Saya sempat meninjau lokasi yang suatu ketika dulu berdiri teguh pokok kandis, ternyata deretan rumah batu  menggantikannya.  Apalah sangat nilai sepokok asam kandis berbanding dengan ratusan ribu harga rumah yang didirikan. Dalam hati turut terdetik jika anak-anak aku dah tak kenal , malah tak pernah tahu wujudnya pokok bernama KANDIS, jauh lagilah dengan cucu-cucuku nanti. Mungkin suatu hari nanti asam kandis menjadi sejarah dan kajian dalam pantun-pantun atau gurindam lama sahaja. 


Foto di bawah ini menunjukkan buah asam kandis yang diperolehi daripada internet. Asam kandis biasanya  menjadi ganti asam gelugur. Orang-orang Terengganu biasanya menggunakan asam kandis sebagai bahan masakan untuk ikan singgang, gulai dan singgang pedas. See full size image Buah yang menyerupai buah asam gelugur itu dipotong dan dikeringkan.  Buah  kandis yang segar menjadi kegemaran anak-anak gadis yang meminati asam dan dicicah dengan garam atau kicap. Bahagian pokok yang paling saya sukai ialah pucuk kandis. Sungguh enak dan menyelerakan dijadikan ulam. Daunnya yang kemerah-merahan mempunyai rasa yang masam. Selain daripada dijadikan ulam, pucuk kandis juga enak dimasak lemak dengan ikan haruan atau puyu. Memang menyelerakan. Kepada pembaca yang belum mengenali pucuk kandis, di bawah ni ada fotonya.

 Pucuk kandis ini dibawa oleh anak saudara saya (Norasiah) yang mengunjungi saya pada minggu lepas. Saya teringin untuk melayan kenangan dan duduk di bawah pohon kandis sambil melayan kenangan lalu ketika bermain-main sementara menunggu emak menyiapkan kerja-kerjanya. Mungkinkah? Saya sempat meneroka maklumat lain tentang kandis. Ini petikan Pak Cik Wikipedia"
Asam kandis (Garcinia xanthochymus) adalah pohon hijau abadi berukuran maksimum 15m yang berasal dari India. Ia masih sekerabat dengan manggis serta asam gelugurBerbentuk seperti piramid, dengan batang utama tegak dan cabang-cabang tumbuh mendatar, seperti pohon manggis. Daunnya lanset memanjang, sempit, panjang 12-24cm. Buahnya agak membulat, meruncing, dengan diameter mencampai 9cm, berwarna jingga pucat atau kuning pekat. Tumbuhan ini menyukai naungan dan suasana lembap. Pembungaan biasanya setelah masa kering yang cukup panjang (minimal tiga bulan) dan bisa berbunga dua kali setahun.

Asam kandis dimanfaatkan buahnya. Rasanya masam dan dijadikan bumbu dapur, selai, campuran kari, serta dibuat acar. . Pemanfaatan lain adalah sebagai sumber bahan pewarna.
Minggu lepas,  kali pertama anak-anak saya merasai ulam yang menjadi kegemaran ibunya semasa kecil dan remaja. Pucuk kandis bukan sahaja menjadi ulam tetapi menjadi kunyahan penganti gula-gula atau jajan semasa kecilku. 
Paling tidak anak-anak saya boleh bercerita kepada anak-anak mereka nanti bahawa dia pernah memakan pucuk kandis yang dijadikan ulam bersama-sama nenek mereka (sayalah tu ....).

Jumaat, 24 Februari 2012

HOW TO SELL YOUR SELF

HOW TO SELL YOUR SELF

rm 300...rm 10...rm 5..rm 10400.... rm 0.50...rm 4020. 
rm 15199999 

Bagaimana anda menjual diri anda
berapa harga yang diletakkan
berapa harga yang dinilai oleh orang lain terhadap anda

ANDA YANG TENTUKAN 

Saya menerima buku ini daripada seorang rakan yang saya amat kagumi dan kali pertama melihat tajuk buku ini membuat saya terus membelek helaian demi helaian.  Tarikan sub  tajuk dalam buku bagaikan irama yang mengulik dan sesekali bagaikan hempasan ombak yang kuat di dalam diri saya yang membuat saya tersedar. Saya terfikir dan terus berfikir, membanding dan menilai diri daripada setiap bait dan umpama yang diutarakan. Saya di mana dan apa yang saya inginkan. Insya Allah penjualan yang baik (imej yang sempurna) di mata manusia bila berhadapan khalayak membawa seribu kebaikan secara langsung mahupun tidak.  Inilah  buku yang saya maksudkan:

 Antara sub tajuk yang dibincangkan ialah:
  • Selling  yourself
  • Selling your competence
  • Selling your likability
  • Selling with the right signal
  • Selling yourself as a speaker
  • Selling your  in confrontation and media interviews
  • Selling your in the classroom
  • Selling your product
  • Selling yourself in the job interviews
  • Selling yourself in a meeting
  • Selling yourself in negotiation
  • Selling your leadership
  • The luck factor 
Apa yang dipaparkan dalam buku ini adalah perkara asas yang  dianggap remeh tetapi perkara sebegini  menjadikan diri anda sebagai anda yang sebenarnya. 
Pamerkan kebolehan dan keupayaan diri dengan tepat- "What you say" dan "How you say it" 
Cara  mengawal pemikiran ketika menghadapi audien adalah gambaran keupayaan/ kemampuan anda dan dapat dilihat melalui gambaran wajah, tubuh dan suara yang dilontarkan.
Matlamat utama komunikasi  untuk penyampaian maklumat yang berkesan dan menjadi penyampai yang disukai. Oleh itu gunalah wajah sebagai gambaran positif yang pertama kepada audien. Peningkatan tahap keyakinan memerlukan latihan demi latihan. Wajah yang ceria, pergerakan tubuh badan dan suara yang bersesuaian adalah gambarannya. Turut dibincangkan tentang persediaan sebelum berucap seperti persediaan, tahu keperluan audien, ketahui kekuatan diri, gangguan dalam percakapan, contoh-contoh yang baik, eye contact, cara berdiri, duduk, memandang audien dll. Banyak perkara menarik yang dibincangkan dengan mendalam. Buku setebal 256 muka surat ini tidak menjemukan dan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua golongan masyarakat.

**** Teringat kata-kata seorang pelajar saya dulu, Cikgu, cikgu, membaca itu jambatan ilmu tak membaca jambatan DUNGU.  Saya pun cakap " macam-macam awak ni kalau dalam hal merepek, mahir sangat...". Tetapi selepas itu saya terfikir juga tentang kebenarannya, ada benarnya.***

Rabu, 22 Februari 2012

Mengidam

MENGIDAM SEMASA MENGANDUNG

Mengidam ni dah masuk dalam kategori kehendak yang sangat-sangat.Kalau dikatakan ikut nafsu, macam tak adil juga. Sebab mengidam ni secara semulajadi, teringat-ingat selagi tak dapat.... asyik sebut dan minta. Apa yang diidamkan oleh ibu-ibu mengandung yang menjadi persoalan. Kalau yang diidamkan itu halal dan mengikut syariat tak kisahlah.  Satu lagi yang perlu dinilai ialah kesesuaian dan kemampuan untuk memperolehinya seperti kos, masa, saiz, kesukaran dan penerimaan masyarakat.
 Kenapa situasi ini berlaku hanya kepada ibu mengandung? Ada juga yang terjadi sebaliknya, si ayah pula yang mengidam. Ada terjadi. Kekadang rasa macam tak lojik dan mengada-gada aja si ayah tu ( Maaf yer...).  Mengikut kajian, mengidam ni disebabkan pertukaran hormon dalam badan ibu. Sebab itu saya kata mengada-gada. :). Kepercayaan bahawa mengidam itu disebabkan" anak yang minta" perlu dihakis dalam masyarakat kita.


  Kepercayaan orang dulu-dulu kalau tak dapat apa yang diidamkan bayi yang lahir menunjukkan kesan yang macam-macamlah.  Ada yang bercerita anak tersebut akan meleleh air liurnya sehingga besar. Ada yang menangis tak henti-henti...macam-macam mitos yang didedahkan. Kadang-kadang menakutkan terutama ibu muda. Apa yang pasti ibu yang mengandung tak boleh terlalu memanjakan diri dan melayan sepenuhnya kata hati/ keinginan yang pelik-pelik.



Mengidam benda biasa tapi agak sukar. Pernah rakan saya bercerita bagaimana keadaannya semasa mengidam. Nak makan buah strawberi.. senang aja.. di pasaraya pun banyak.. TAPI bila dah mengidam ni, diidamnya buah strawberi fresh....nak petik sendiri dan makan di ladang di Cameron Highland.  Nasib baik dalam Malaysia, kalau diidamnya di USA... Maka pergilah beliau sekeluarga ke CH tu, makan sebijik dan beli untuk dibawa pulang. Apa yang terjadi, strawberi yang dibawa pulang tu memang tak disentuh langsung. Kos untuk sebiji strawberi menjadi RM 200. Tapi hati senang..tidur lena.


Ada satu lagi kisah benar dari mulut suami saya, Isteri rakan dia mengidam makan kopi keras, bukan minum kopi tau... Saya duk fikir jugak, tak pahit ke?  Tak bahaya kafein ke? Tak takut ke anak jadi hitam tapi kuasa Allah. Anak yang lahir tu putih melepak. Seorang kawan saya pulak mengidam nak makan buah mangga dari pokok dalam pagar orang yang tak dikenali dalam laluan ke tempat kerjanya. Asyik teringat siang malam..apa lagi tebalkan muka dan pergi minta ajalah. Macam-macam.


Kalau di dalam jangkauan akal fikiran kira macam kenangan manis. Tapi yang pelik-pelik seperti makan selipar jepun, makan cili, tak tidur malam, makan surat khabar ni... tak perlu ikut. Kesan mudarat mungkin akan timbul. Ibu yang mengandung perlu nutrisi yang cukup untuk bayi dan hendaklah makan makanan yang baik dan berzat.


Kenangan saya mengidam cukup mudah, teringin jugak nak makan malam di Paris, breakfast di New York, Lunch di Kaherah tapi tahu ajalah... masakan mampu.  SABAR-SABAR. Anak pertama saya mengidam buah mangga muda, sehinggakan di dalam handbag ada mangga, dalam laci meja pua ada mangga tapi tak suka makan di rumah. Anak ke dua pulak, hari-hari nak makan somtam, kiranya kenyang dengan somtam. Nasib baik banyak somtam di Kelantan. Suami pula tak merungut.   Anak ketiga  teringin nak makan kerabu Saree/ rumpai laut...sedap betol rasanya... nikmatnya makan.  Anak ke empat saya suka makan jambu batu- pagi petang, siang malam...jambu..jambu...jambu. Hehehe..nasib baik dapat anak lelaki yang comel dan jambu lagi.




Kesan mengidam ni bukan sahaja kepada ibu , malah si suami turut merasai tekanannya. Baca kisah ni http://www.hmetro.com.my/articles/Belasahisterihamilmengidam/Article
Sebab sikap dan perlakuan ibu mengandung turut mempengaruhi anak yang dikandung. Kesimpulannya, sebagai seorang ibu anggaplah segala keinginan tersebut sebagai dugaan dan cubaan ALLAH swt. Anak adalah anugerah, pemberianNya datang bukan percuma memerlukan pengorbanan dalam semua aspek.

* Tentu anda terfikir kenapa saya pilih topik ni ari ni.... Bukan apa, sekadar mengimbau kenangan selepas berbual-bual dengan  bakal ibu muda tadi.*

Isnin, 20 Februari 2012

my antique stuffs
sugar pot- bunga ros hijau
pinggan bunga ros merah dan hijau

pinggan bunga kemucup
Tureen
Set cawan bunga kemucup
 



















Kreatif BrEakFaSt

Gud MoRning... bangun pagi dengan segar.. nak masak apa pagi ni, nak senang, sedap, sihat, save..pagi semalam dah masak berat, malam tadi, sebelum tidur pun dah makan berat..  Lihatlah hasilnya., mama, abah, kakda dan baiz yag berat, overweight..obess lagi..

sambil masak air, YESSSS makan roti pagi ni. nak buat sandwich ke? roti bakar? roti sardin? puding roti? why not cuba yang baru, mudah, ibu-ibu bekerja macam saya, orang bujang dan nak jimat masa, jimat duit dan yang rasa sikit-sikit Mim alif Lam Sin boleh buat.   Boleh guna roti semalam...



Menu hari ni.. ROTI SALUT TEPUNG PERISA.

bahan2nya
 roti
tepung berperisa (biasa digunakan untuk goreng ayam)
sos
mayonis
salad
timun

penyediaan
potong roti mengikut citarasa..segitiga/segiempat/keping besar
bancuh tepung dengan air macam nak goreng pisang
panaskan kuali 
letak marjerin/myak sedikit sahaja
pelan2 celup roti ke dalam bancuhan batter tadi/ ratakan/sapu dgn sudu
goreang hingga garing/ wangi
hidangkan bersama sos + mayo + salad+ timun yang hiris nipis
sedap....................LICIN.........................

bawa bekal ke sekolah lagi... komen anak2....mama rasa macam ayam goreng.  
saya senyum aja.. sedapkan?.
lain kali mama buat lagi ya...
aiya .. 
kepada yang nak cari kelainan tu..
MESTI cubalah.
tak menyesal punya











CINTA BARU DATANG -SELAMAT TINGGAL CINTA LAMA( siri 1)

Bukan senang nak jatuh cinta lagi ni

Kali ni entah cinta ke berapa kali entah.

Hinggakan si suamiku itu hanya mampu tersenyum. Saya tahu dalam hati dia mesti duk sibuk menyenaraikan cinta-cinta saya terdahulu. Rasanya tak terhitung olehnya, dari renungan dia tadi dah faham, ada persoalan.... hehehe..kekal lama manalah dia ni dengan cinta baru. Kalau saya dengar tadi, pasti saya jawab: ni yang terakhir cinta saya..percayalah bang, tak mungkin berubah lagi. Kalau abang tak percayakan saya, siapa lagi Bang...???? Cara duduk dia tadi macam menghitung sesuatu, saya faham mesti dalam kepalanya tadi mula nampak satu-persatu. Kenapa tak kekal... kenapa cepat berubah hati.... Kalau dapat saya jawab..saya akan kata: Asal cinta saya ke Abang tak berubah tak apa.( Sempat lagi  saya plan nak memujuk....luv u so much )


Saya tak boleh halang suami saya mengungkit kisah-kisah lama, kisah cinta, kegilaan, ketaksuban saya dengan cinta yang terdahulu. Tapi kalau dengan yang ini PML...saya akan buat noktah terakhir..kalau titik . terlalu kecil, lihat ni . kalau tak cukup besar saya guna titik akhir saya yang ni .Kalau masih tak cukup besar saya tegaskan dengan noktah gini O  Konfiden tu tak lah sangat. Tapi hati ni macam terdetik begitu.
Saya Faham.............cukup faham:
  1. Sebelum ni saya sayang betul dengan jahit menjahit ni.. Beli kain macam-macam dan nak jahit macam-macam... semua sekali nak jahit bermula dengan alas kaki, alas meja, baju, cadar, sebut ajalah yang boleh dijahit ( kecuali luka...) semua minat. Hasil cinta saya masih kelihatan, bukan satu meter kain yang masih tersimpan, kalau baju pasang tu tak kurang dari 6 pasang yang dah dipotong dan masih belum siap dijahit, langsir ada lagi satu set yang belum siap, kain-lain ada lagi 2 kotak, tersimpan rapi... mesin jahit yang diberi pada tahun1993 dulu masih elok dan dah ditambah dengan motor lagi.
  2.  Selepas itu jatuh cinta jugak dengan si Cross Sticth... tak lama..bukan tak minat tapi faktor usia dan masa.. ..petak-petak pada kain dan nak masukkan benang ke dalam jarum membuat saya tinggalkan minat itu..Lambat siap, lagi satu..kalau dah silap kod warna jadi tak cantik tak sama macam diiklankan. bukti sayang saya itu masih ada dalam stor.. sekotak bahan dan alatan. 
  3.  Kali ni cinta tertumpah kepada alam sekitar sikit... ni kesan dari kempen-kempen kerajaan... ORKID...ke mana-mana pergi mesti beli orkid.. gantung sana...ikat sini..letak situ...tanam sini. Tapi kegilaan ni banyak beri pengajaran kepada saya. Apa taknya... di dalam kereta sentiasa ada pemangkas/ pemotong pokok, cangkul (manalah tahu jumpa orkid atas tanah..), Parang ( potong dahan-dahan pokok bagi memudahkan ambil orkid), plastik beg..tanah dan air untuk menyiram. Masa ni kereta saya dah jadi macam nursery bunga. Bila dah lama dan duit habis berratus-ratus, terfikir sampai bila nak habiskan duit dan tenaga dengan orkid ni. Perlukan masa nak jaga  lagi, nak siram ,baja bunga, baja daun...uuurrggghhh.....yang tinggal sekarang ni hidup segan mati tak mahu....bye bye..orkid..bukan aku tak cinta......
  4. Menyesal tinggalkan bab-bab menjahit ni... tak salah jatuh cinta kepada benda yang sama..Tapi berbeza.. Takdir Tuhan.. jatuh cinta untuk kali kedua dengan jahitan.. tapi kali ni manik dan labuci. Meriah sangat semua baju-baju lama dan baru tampil dengan imej baru yang segar dan ceria..lip..lap..lip...lap..  tapi kerja macam ni perlu pengorbanan dan ketekunan... pernah dulu dah jahit baju sekian lama tapi tak boleh dipakai sebab siap labuci pada sebelah lengan saja..huhuhu.. bila dah siap yang tu..... rasa bosan.. oleh kerana keseronokan menjahit manik dan labuci, tak sedar terbeli banyak stok, macam colour ada. Kalau nanti anak-anak minat boleh pass kepada mereka.
  5. OOOhh...kali ni saya rasa saya buat pilihan yang tepat...ini hobi bagus.. bukan membazir pun..SIHAT.. jogging... Gembira sangat..wow..kasut baru, trek suit baru, tshirt baru...dannnnn stokin pun baru tau..  Semua tempat saya pergi, jelajah, kadang-kadang seorang tetapi kebanyakannaya dengan suami atau anak-anak. Lokasi kami di Bukit Besar dan di Bukit Pak Apil. Hakikatnya inilah kecintaan saya..perut ni dah kempis, kurus sikit..orang lain tak nampak perubahan tapi saya rasa sihat sangat. Ceria sangat. Tetiba bila suami sibuk dengan perniagaan dia, anak-anak dah mula sekolah.... perlahan-lahan dah kurang sayang saya kepada JOGGING... lagi satu (harap alasan ini paling lojik) Bila keluar jogging dengan suami, mesti dia ajak breakfast dan makan sedap-sedap... Ke-2, lagipun bila keseorangan memang tak selamat, pada masa tu macam-macam cerita keluar di akhbar mengenai perempuan kena ragut, rogol, bunuh...takut-takut. Ke-3...Nak dijadikan cerita kaki mula sakit..kesian jugak bila lihat kasut.....tersadai di atas rak. T-shirt dan seluar boleh pakai setiap hari.. tak membazir kan..          
 Saya STOP dulu ya... sebab nak buka bungkusan yang baru diterima.....

Sabtu, 18 Februari 2012

Kerabu Silom

KERABU SILOM




BAHAN
1/2 CWN UDANG KERING- DIGORENG SEKETIKA TANPA MINYAK
1 CWN KELAPA YG DIGORENG TANPA MINYAK HINGGA KEKUNINGAN
1 SUDU KECIL BELACAN 
GARAM SECUKUP MASIN
GULA SECUKUP MANIS YG DIKEHENDAKI
JUS LIMAU NIPIS SECUKUP RASA MASAM
3 SUDU BESAR BAWANG BESAR YG DIMAYANG HALUS
8 BIJI CILI API- KALAU SUKA PEDAS TAMBAH LAGI
DAUN SILOM
BUNGA KANTAN
TAUGEH
SERAI
TOMATO 


CARA
  • Tumbuk/ Blend UDANG + BELACAN+ GULA+ GARAM
    • kalau tumbuk tu byk kebaikan- blh bakar kalori 
    • satu lagi usahlah hancur sgt udang tu
  • Potong halus dan nipis  SEMUA ULAM-ULAM DAN SAYUR2- biar nampak cantik dan berseni sikit kerja dapur kita ni..baru berselera , menarik, tertarik,
  • cili api  dan serai pun sama- potong
    • kalau nak cantik lagi kerabu ni, letakkan cili  merah dan hijau- meriah sikit kerabu tu nanti
  • TAUGEH (Buang ekor )
    • persediaan makanan perlu teliti, elakkan termasuk dgn kulit2 kacang taugeh sekali, tak senonoh
  • TOMATO buangkan biji-bijinya yer..
    • kalau tak buang kerabu kita nanti akan byk cecair, tak sedap n cepat rosak 
  • Bila dah siap semua sekali...NI YANG BEST NI... gaul kesemua  bahan2 tumbuk/blend tadi, kelapa goreng, ulam-ulam, jus limau nipis, cili api dan semua sekali bahan yang telah di potong
  • seperti biasalah..TEST dulu rasanya..biar cukup asam garam..
  • hias cantik2...
    • nak makan sendiri pun kena hias jugak- penghargaan utk tukang masak( KITAlah tu..:) )
  • JANGAN LUPA buatlah lebih sikit- beri kpd jiran dan saudara mara, iyalah nak beri yang mahal2 tak mampu.. nak beri basikal fixie ke..lagilah tak daya... 
  • CUBA TAU....
P/s: Boleh guna ulam- lain sebagai ganti daun silom
       boleh guna pegaga/ kacang botol/ timun/ kacang panjang/ peria/ mangga/ kangkung dll

Ahad, 12 Februari 2012

SILOM/ SELOM

ULAM TEMPATAN PENAMBAH SELERA 

Dalam kesibukan menyiapkan tesis...lupakan...lupakan seketika....(cuba menipu diri......hehhehe..harap2 menjadi)
Tetiba teringatkan....SILOM oh SILOM.  Silom ni bila sebut nama pun dah rasa tenang, kalau sebut TESIS...rasa pening tang ni jugak.  SILOM..Bila dah makan, sedap.. semua ahli keluarga suka...lagi pun murah. Kalau ulam lain tu, jenuh jugak suruh anak makan dah macam ugut ( mama macam along daa...) baru nak cuba. Ulam ni saya suruh anak cuba sehelai daun ..then...dia ambik sendiri, LEGA.  Oh pasal ulam ni, saya beli dari jiran rm1.00 aja seikat. Dah namanya jiran yang jual memang harga adik-beradiklah.Murah sangat-sangat. Kalau di pasar tani... mahunya rm3.00.  Banyak tu, cuba lihat foto..Kepada pembaca yang tak kenal lagi tu...mari kita tengok spec ...pokok ni



Nama saintifik : Oenanthe javanica
Nama lain:         Java dropwort,seri, silom, water parsley,water celery,pampung, 
 Keterangan :     Batang lembut macam kangkung..beruas-ruas, daun yang 
                            cantik, sedap dimakan mentah dan dimasak lemak. 
                            Mempunyai bau yang sedikit wangi dan rasa  yang
                            sangat lembut berbanding ulam raja.
Lokasi:               Hidup di tempat yang lembab/ berair
Pembiakan:        Keratan batang 
Kegunaan:         Ulam- kerabu, makan dengan sambal belacan, budu, cencaluk
                           Sayur- masak lemak
                           Ubatan: mencuci darah dan nyah toksik dalam badan
                           Hiasan: di tepi kolam/ tempat lembab


Next N3 saya nak tunjukkan kerabu yang saya dah buat..tunggu ya



Ahad, 5 Februari 2012

Punca Mengantuk

PUNCA MENGUAP......MENGANTUKnya 
 HARI ni

Setelah cuti Maulidur Rasul, hari ni dah mula kerja balik. Cuti hujung minggu selama 3 hari. Alhamdulillah. Seronok sikit., macam-macam boleh buat dan banyak yang tak terbuat. Hehehe..lumrah  hidup..rancang bukan main lagi siap tulis di kertas, buku catatan, lappy, hp.....kira dah mantaplah, tapi perancangan kena kaji...kaji...kaji dan kaji lagi.  apa nak buat....Bila cuti otak pun...ooooooooooodownnnnnnnnnnn (harap-harap dapat dijadikan alasan p/s Lepas ni nak check baik perancangan takut terlebih sgt kot :0)

Pagi-pagi lagi dah menguap. Kenapa ya.???? Pagi tadi anak-anak mudah aja bangun dari tidur, anak-anak breakfast dan bersiap cepat. Hepi rasanya. Saya dah pakai baju warna ceria,  TAPI MASIH MENGANTUK/ MENGUAP TAK HABIS-HABIS. Nak cari  jawapan ...tapi mengantuklah.... nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Jom kita tambah ilmu sikit 
ada juga terbaca melalui kajian, kalau tengok gambar atau orang yang menguap, maka 40-60% orang yang melihat tu akan menguap jugak. Siapa yang menguap depan saya tadi yer... tak ada... tak ada ni, duduk sorang-sorang ni. Antara punca-puncanya  dari pengalaman sayalah
mari kita lihat checklist ni... 
1. Tidur berlebihan pun akan jadi mengantuk jugak- ini dah dikira sebagai otak kita ni terima signal yang sama dah sekian lama, so nak tukar balik tu susahlah sikit. Siang rasa macam malam, malam sure rasa macam malam. kalau dipaksa tidur tak mahunya... :)

2. Tak cukup tidur atau tak tidur pada malam hari- ni mungkin kes siapkan assignment/tesis/ drawing/ jaga anak demam/ rancangan TV menarik/ asyik FB/ Blog/ macam-macamlah. Bila dah terleka sangat tau-tau dah pukul 5 pagi.. kalu tidur tak terjaga..apa lagi teruskan lagi 1 jam..

3. Kekenyangan- biasanya sudah makan kenyang memang rasa mengantuk. Fuuuhhh..makan tambah menambah lagi... mula-mula buah oren, tembikai, nasi goreng, mee goreng, popia, karipap, ais kacang, teh tarik ada muzik lagi, sembang pelan-pelan..asalnya niat nak diet tapi kantoi.. kekenyangan dan lepas tu cari tempat bersandar...amanlah seketika.

4. Bosan- kalau dah dihidangkan dengan ceramah yang membosankan, mata pun tertutup rapat-rapat. Kalau dalam kelas pun sama, guru tak pandai  timing masa, tak lawak sikit-sikit...ngantuklah.. Kalau hidup kita kebosanan pun rasa mengantuk jugak.... so carilah aktiviti yg menarik untuk disertai.

5. Kepenatan- selepas aktiviti lasak, joging ,  bila balik shopping mengapa saya tak mengantuk pulak ya..???  balik shopping saya duk diam-diam dalam bilik, kihkihkih..cuba pakaian baru...tak mengantuklah.  Satu lagi kepenatan jugak ni...penat minda pun sama jugak. Bila dah seharian menulis, membaca, menganalisis sure mengantuk. tapi selagi tak selesai tak mengantuk.

6. Terlalu selesa- persekitaran yang malap-malap, bersih, wangi, tak terkejar-kejar due date, sejuk selesa, orang tak nampak (hehhee..) Kalau  tengah panas  membahang tak lena tidur....

5. Jiwa tenang- biar betol ni..jiwa tenang pun boleh mengantuk ke? Betol.. kalau jiwa kacau(serabut..macam-macam duk fikir sukarlah nak tidur) nak lelap aja..dia datang..nak lena aja..dia datang lagi... nak berdengkur jer..lagi-lagi dia datang.. kan betol tu. kalau jiwa anada tenag..CABARlah jiwa anda dengan cabaran yang positif.. letakkan target baru..

Pandai pulak saya bercerita ..TAPI saya masih mengantuklah.. 
tak boleh  jadi ni
kena tanya pendapat doktorlah 
mari kita check blog ni..ni pendapat klinikal


bila boleh saya jumpa doktor.... ok..terima kasih doktor..