Begitu juga dengan perjalanan saya ke Bandung. Pada awalnya seramai 5 orang rakan bersetuju menyertai saya mengenali Kota Bandung, namun disebabkan berlakunya letusan gunung berapi maka tinggallah saya seorang. SENDIRIAN. Perlukah saya meneruskan perjalanan itu? Setelah mendapat petunjuk dan menggali maklumat daripada rakan dan internet.............ya saya teruskan. Saya nekad.
WELCOME TO BANDUNG. Bila sampai di BANDARA Husein Sasteranegara (Bandara=Bandar Udara = Lapangan Terbang) terus ke KAMAR KECIL..
Saya menginap di Aston Tropicana Hotel di Kota Bandung, harga lebih setengah juta untuk sehari . Saya disapa dengan muzik tradisional yang dimainkan di ruang legar hotel. Ternyata memukau, bukan sahaja pemuzik yang good looking tetapi petikan dan tiupannya sangat indah membuai perasaan.
Saya tak sabar untuk merebahkan badan seketika. Kalau datang dari jauh hanya semata-mata untuk tidur di dalam bilik hotel, tak perlu rasa saya. Pada malam tu saya meneruskan sesi jalan-jalan. Setelah beberapa jam berada di sini, ternyata berbaloi perjalanan ini, saya banyak belajar dan mengenali. Saya temui macam-macam..nanti saya kongsikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan