sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 14 Mei 2012

Disebalik Kota Bandung

Kepenatan berjalan menyebabkan saya berehat panjang di bilik.. Selepas Asar, agak lewat petang barulah keluar menyusuri Jalan Champelas.  Kalau saya terus masuk dan melihat toko-toko yang ada, pasti masa saya kehilangan  di situ sahaja.. Saya meneruskan misi mengenali di sebalik kota.. apa yang ada.... Saya tak bosan menghalakan kamera kepada aksi dan suasana..Saya teringat kata-kata seorang sahabat.."kita akan nampak apa yang kita minat..jika kita minat bunga.akan nampaklah bunga tu di mana-mana, kalau tak nampak kita akan berusaha untuk cari...supaya nampak" Macam sayalah, sebab fokus saya kepada life in Bandung.. nampak life merekalah. Eheeemm...tak nak tipu....shopping jugak sikit2..yang shopping tak perlu tunjuk.nanti saya takabur..:)

Perjalanan santai saya dengan gaya pakaian seperti orang tempatan membuatkan diri saya selesa. Bila ke Indonesia, elakkan memakai baju kurung atau kebaya..jika tidak anda pasti menjdi tumpuan penjual di sana. Semasa jejalan kelihatan banyak replika untuk menarik pembeli.  Ini antara replika superhero dan karektor yang dibina
ada lagi...
Setelah snap gambar, baru perasan ada penjual SIOMAY. Saya termenung bila dihulurkan cili api sebanyak 5 biji.....terus bertanya.....untuk apa ini? Barulah saya tahu..rupa-rupanya  Siomay ni tahu goreng yang dimakan dengan cili api/padi....pelik2 makanan  mereka. Saya tak mampu nak telan cili api tu..makan siomay saja..Saya beli dan sempat berbual-bual dengannya. Manis orangnya..berlesung pipit lagi tu....  Hasratnya nak datang ke Malaysia untuk bekerja..

Jangan salah faham... ini bukan anggota badan lembu tau.... ini CORNED BEEF.. di sini namanya KORNETKU.  Mula-mula terasa kelakar, apa tak nya..saya dah terbayang yang bukan-bukan. Bila ditanya penjual... oooo...baru tahu...rupanya daging lembu yang ditinkan.....bersama-sama garam..sudah masak.  Kalau di kampung saya..mahunya dikejar dengan parang kalau minta KORNETKU..

Satay yang dijual agak berbeza sebab kalau di Malaysia, ianya diperap duluan ( ish.... dah jadi Indonesia dah...) tapi disini direnjis rempah semasa bakar.. makan dengan lontong dalam daun pisang. Nampak macam menyelerakan tapi saya tak makan. Masih kenyang.


Ini pula IKAN EMAS yang telah digoreng... tapi saya nampak macam ikan sepat yang besar aja.....kalau perut lapar terasa juga nak makan. Saya ni jenis suka mencuba makanan ..asalkan halal...why not....

SOTO pun ada yang SULUNG ke? Jangan pula nanti minta SOTO BONGSU ATAU SOTO TENGAH..mengada-gadalah tu.  Ini sejenis Soto Madura, nama lain di sana ialah soto Sulung atau Soto Ambengan.  Berbeza sedikit dengan soto biasa, kuahnya ada kunyit sedikit. Ada soto Bandung...soto Banjar, Betawi, Makassar, Padang dll.
Saya melepasi sekolah agama ..SMA Pasindan. Indonesia terkenal dengan tempat pembelajaran agama Islam

 Saya meneruskan langkah dengan harapan dapat melihat perkampungan masyarakat  tempatan.  Hasrat saya tertunai setelah saya melalui lorong kecil menuruni bukit.  Baru saya tahu, rupanya Jalan Champelas tu di tempat tinggi. Agak curam jugak. Lorong yang hanya boleh dilalui oleh dua orang (baru saya teringat  warung bergerak semalam. Patutlah kecil aja warung bergerak tu.. untuk muat2 sahaja laluan ni.....)
Laluan ke rumah-rumah penduduk

 Berdebar jugak saya..dup dap..dup dap.. tapi naluri nak lihat dan kenal tu lebih lagi.  Saya mengatur langkah dan melewati lorong sempit dengan rumah yang padat. Terbayang rumah saya dan kejiranan yang lapang dan selesa. (selesa kadang-kadang membuat kita leka).

Saya betul-betul respek ketabahan dan usaha mereka... tengokdi bawah ni..di lorong yang sempit tu pun masih ada yang menggunakan peluang untuk berniaga.  Kalau di kampung kita tu..... mesti ada yang kena tegur.  Lihat kepada meja makan dan tempat duduk mereka.. Saya membeli keropok atau kerepek... dan disapa mesra oleh tuan punya kedai makan.. bahagian dalam dibina kedai runcit tau.. sempit dan padat dan dimanfaat sepenuhnya ruang. Jiran mereka datang dan bercerita yang dia pernah pergi ke Malaysia, kerja ladang di Pahang. Lumayan katanya..tetapi terpaksa pulang kerana tiada passport... 
Di sebelah perkampungan ni terdapat tanah kosong yang akan dibina pasaraya besar.  Harap-harap kedatangan saya selepas ini  akan dapatlah saya shopping di situ.


Ini signage yang saya temui berhampiran masjid...
 Sebaik saya melewati Masjid Mungsolkanas...,azan Maghrib berkumandang.



Ada koperasi...

Saya membuat keputusan untuk keluar dari kampung itu disebabkan malam telah menjengah wajah.. Apa-apa pun keselamatan diri kena jaga, sebab beberapa orang penduduk telah tahu saya dari Malaysia. Apa-apa pun mereka baik dan ramah.
My next destination.....RUMAH MODE...ini tempat terkenal untuk membeli belah... Taklah membeli banyak sangat..sekadar cuci mata.. Orang kata..kalau datang ke Bandung tak ke Rumah Mode..tak sah.. itu kata orang..eheeemmmm..ari ni nak ikut kata oranglah....
Suasana malam yang cantik di sini

Banyak masa saya habis di sini....Setelah membeli ala kadar.. tapi barang-barang/ kain baju agak murah di sini. Setelah penat berjalan saya menghala pulang dan sekali lagi menyusuri laluan sibuk... ada mesin air teh lagi..Indonesia Brand..POCI. Mesin ni menyediakan teh ais dengan penutup plastik (seal) macam air mineral cawan tu... kemas..

Tak jauh dari situ ada KETAN BAKAR. Ketan tu ialah pulut. Kalau di tempat kita macam pulut panggang tapi di sini tak dibalut dengan daun pisang. Wangi menyusuk hidung..lagi berselera dengan teh POCI tadi.


Lihat bentuk pulut bakar tu..kita pun boleh buat..dicucuknya buluh dan dibakar...




Bila sudah garing dan wangi..buluh ditanggalkan dan dibelah untuk dimasukkan serunding ikan.


Saya dah banyak jelajah sana-sini. enjoy sorang-sorang.  Makan, minum, rehat, shopping dan duduk di tepi-tepi jalan atau di depan gedung-gedung jualan. Saya perhatikan gelagat tourist dari Malaysia..memang dapat dibezakan... nampak macam JUTAWAN...hehhehe... Dah malam... Alhamdullillah..seronok... malam esok sambung lagi.

Tiada ulasan: