**** INI BUKAN KEMPEN PADA HUJUNG BULAN***
**** INI KEMPEN SEPANJANG MASA, DI MANA JUA, SESIAPA SAHAJA*****
Sebelum saya berkongsi kaedah untuk berjimat ni saya turut belajar ilmu merancang (BUKAN merancang keluarga...) melalui kursus dan pembacaan. Gunakan sahaja dalam kehidupan. Dalam apa sahaja perkara yang dilakukan sebagai manusia yang lemah kita perlu merancang. Ada yang kata ketentuan datangnya dari Allah swt. Betul dan tepat.. Memang tidak saya nafikan. Tidakkah kita tahu, kita ingat bahawa niat yang baik dan doa selepas berusaha bersungguh-sungguh akan membawa kebaikan kepada kita. Kekadang kita terlepas pandang, kita anggap tidak berjaya itu sebagai keburukan tetapi sebaliknya ianya ada kebaikan yang tersembunyi..cuba renung satu peristiwa dalam hidup masing-masing..(..................fikir..............fikir.............fikir seketika). Macam mana?? Betul kan? Saya nak share beberapa tips untuk berjimat. Praktikal, baca ya...1. Beli dalam jumlah yang banyak/ pukal bagi anda yang mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Beli dalam kuantiti yang banyak seperti bawang besar dan tanya jiran-jiran anda jika mereka mahu berkongsi. Jika beli dalam kuantiti yang sedikit akan lebih mahal dan memerlukan masa untuk mendapatkan keperluan tersebut.
2. Recycle barang-barang yang masih boleh digunakan
dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan. Pakaian, beg dan buku rujukan sekolah yang masih elok sangat mudah untuk diperturunkan kepada adik-adik atau saudara-mara. Kanak-kanak sangat cepat membesar....Saiz baju beralih 2 kali setahun. Didik mereka untuk tidak malu untuk memakai baju adik beradik atau saudara mara..asalkan menutup aurat dan bersih. Kalau nak buat Boot sales pun boleh. ( saya nak join..)
3. Berbelanja mengikut keperluan yang telah dirancang terlebih dahulu. Sekiranya perancangan dan ketetapan telah dilakukan untuk kos pembelian pakaian contohnya... anda akan ikut dan jarang tersasar. Mungkin anda akan lebih berjimat lagi. Kalau dah sampai di dalam kedai baru nak set kan minda... bukan saja terbabas, mungkin cedera parah terus.
4. Memasak sendiri makanan untuk keluarga. Untuk sarapan sediakan makanan yang boleh dan senang untuk anak-anak membawanya sebagai bekal. Bukan sahaja jimat tetapi terjamin kebersihan penyediaannya (Berkat makan hasil masakan di rumah). Boleh juga memasak makanan yang sesuai untuk dimakan kala sarapan dan setelah anak balik dari sekolah...hanya perlu dipanaskan sahaja masakan tu.
5. Makan bersama-sama. Kuantiti makanan yang dimakan akan sendirinya akan dikawal oleh ahli keluarga berbanding dengan kuantiti yang sama jika dimakan berasingan. Sikap timbang-rasa dan prihatin akan wujud selain ..jimat.
6.Belajar atau menyiapkan kerja dalam bilik yang sama, ini akan menjimatkan tenaga elektrik selain daripada mengeratkan hubungan dalam keluarga. Boleh tolong-menolong dan menimbulkan rasa simpati dalam kalangan ahli keluarga (Maklumlah..saya bawa 10 buah fail untuk disiapkan pada malam tadi... tak kan suami saya tak kasihan dan nak saya gosok baju lagi...heeee).
7. Bercakap mengenai menggosok pakaian... untuk lebih jimatkan elektrik, gosok dalam kuantiti yang banyak. Begitu juga dengan membasuh pakaian, basuh dalam had muatan yang penuh, akan lebih jimat.
8. Satu lagi..kepada kaum ibu yang tak bekerja bolehlah menggunakan lampin kain untuk anak-anak mereka, pasti jimat belanja. Kepada yang bekerja pun boleh guna pada hari minggu sahaja. (bayangkan sehari 6 keping X RM 1.00 = RM 6.00.. atau lebih mahal lagi? jika sebulan = RM180, jika hari minggu dah guna lampin kain dah dapat jimat RM 48 untuk lampin pakai buang sahaja...Ini contoh.). Bukan sahaja jimat malah dapat mengurangkan sampah, kurang penggunaan bahan kimia untuk anak dan menyelamatkan alam.
9. Kurangkan penggunaan kereta untuk urusan yang tidak perlu kecuali anda membawa anak atau isteri, guna motosikal atau apa salahnya guna basikal untuk ke kedai, masjid atau membuang sampah.
10. Kurangkan penggunaan lampu dan tukar kepada jenis lampu yang lebih jimat. Penghawa dingin pun sama, ( sekarang ni panas ..) apa kata buka tingkap dan biarkan udara masuk ke dalam rumah anda, tentu kurang sedikit wap panas tu.
11. Petang atau pada hari minggu, gunakan ruang tanah di laman depan/ belakang/ sisi rumah jika ada untuk bercucuk tanam. Alternatif lain, tanam sahaja di dalam pasu/ bekas kitar semula bahan keperluan seharian seperti cili, serai, pandan, kunyit, kangkung, kesum dll. Kalau ada ruang lagi bolehlah tanam pisang, pokok kari, ubi kayu, durian, mangga dll. Jimat dan segar bahan makanan anda.
12. Yang ni juga penting- hiburan atau riadah... pilih yang percuma, anda boleh ke gym tapi ada yuran yang perlu dibayar, kenapa tidak berjalan, berlari di taman atau berbasikal keliling bandar. Kalori tetap dibakar juga. Menikmati keindahan alam juga akan menenangkan jiwa.
*** HIDUP DENGAN BERJIMAT TIDAK BERMAKNA ANDA PERLU MELUPAKAN KESERONOKAN DALAM HIDUP. APA YANG PENTING KONSISTEN..INSYA ALLAH..AKAN DIPERMUDAHKANNYA. DUIT LEBIH BOLEH DISIMPAN UNTUK KEGUNAAN LAIN, PENDIDIKAN, PELABURAN, PERGI UMRAH, HAJI, TOLONG SAUDARA MARA YANG MEMERLUKAN... (spt saya??)