sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 17 Jun 2012

BUAH KATAK PURU

Dr Fouziah
Bila sebut katak...ramai yang melompat sama... macam katak juga... geli katanya.  Saya ni bukan jenis yang gelikan katak... malah kalau petang-petang saya dan kedua-dua anak lelaki akan ambil katak (pegang dengan tangan) dan campak kepada anak perempuan...hahahaha..menjerit riuh-rendah sebuah kampung. Gurau anak-beranak.... kalau tidak, dia tak berlari keliling rumah..bakar kalori. Tak sabar nak usik anak perempuan pertama....   Bahana bencikan gelikan katak ni menyebabkan anak perempuan saya tu tak suka tengok buah katak puru.. ishhhh..tak ada kaitan langsung... kotor katanya..macam katak katanya.  Suruh cuba makan pun tak nak.  Pokok buah katak puru ni dah jarang dijumpai.  Buah mempunyai bentuk yang huduh, menyerupai seekor katak (Nama pun buah katak puru kan...).  Pokok yang ada dalam entri ni terdapat di rumah kakak ipar saya, dah besar pokok tu, berbuah lebat. Mampu membuat air liur saya meleleh, terliur sangat.

Inilah rupa bunga pokok katak puru ni, pokok ini dikenali dengan nama saintifik iaitu cynometra cauliflora. Ada yang memanggilnya dengan nama Nam Nam.

Dr Fouziah

Daunnya yang agak memanjang, mempunyai permukaan yang licin dan bewarna hijau pekat bila matang.Pokok ni sama keluarga dengan belimbing.  Ketinggian pokok ini sehingga 6 meter dan memerlukan saliran yang baik dan cahaya mata hari penuh untuk pembesarannya.  Kalau nak tanam pokok ni...carilah biji atau tut sahaja dahan pokok.
Dr Fouziah

 Nak makan macam mana buah ni? Buah dan biji buah katak puru ni berbentuk leper. Biasanya dimakan tanpa mengupas kulit (sebab mengerutu, susah nak kupas...). Kepada pencinta asam atau masam..inilah senarai pilihan yang mesti dicuba.  Buah yang muda terasa kelat dan masam tetapi akan menjadi lembut, masam yang lembut dan kurang kelat bila dah masak. Boleh dimakan mentah, dijadikan sambal atau boleh dicicah dengan kuah rojak, kicap dan gula.
Dr Fouziah
Selain daripada untuk selera dan cintakan asam-asam, buah katak puru ni mempunyai vitamin C dan mempunyai khasiat perubatan tersendiri.  Dipercayai daun dan buahnya mampu mengurang  penyakit kencing manis, darah tinggi dan batu karang. Daunnya juga boleh dijadikan teh (keringkan dan rendam dalam air panas).

*** diantara senarai  buah kegemaran saya. :)

1 ulasan:

Nik Azimah Awg Hamat berkata...

saya suka makan buah katak puru..tp hanya jika pulang ke kampung sahaja..

TONIK AJAIB PILIHAN SAYA