sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 10 Jun 2012

ORANG BERBULU

Entry kali ni nak bercerita tentang bulu...BULU...ba wau lam wau..
Berbulu mata  tengok = ini bukan bulu yang dimaksudkan. Ini real punya bulu, bulu roma yang panjang..hairy..Ada yang kata..kotor..geli..pelik..ngeri...menakutkan (kalau sikit-sikit tu..seksi... dah banyak seksa...) Penyakit berbulu lebat pada seluruh anggota badan ni adalah akibat daripada kecacatan kromosom seseorang. Nama penyakit ni ialah Hypertrichosis Universalis. Penyakit ni berlaku kepada seorang dalam satu bilion.

 Kisah ni berlaku di Bandar Guiyang, Guizhou, Barat daya China seorang kanak-kanak bernama Liu Jiangli mengalami trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya. Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya. Kesian budak ni, dahlah berbulu lebat..dia ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya.Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya. Datuk kepada seorang daripada sepupunya bernama Liu Mingying menjaga Jiangli. Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.
Bukan sahaja Jiangli, lelaki ini (Yu Zhenhuan) turut mengalami nasib yang sama. Beliau lahir pada tahun 1979 di Anshen, China.  Rambut mula tumbuh dengan lebat semasa Yu berusia 2 tahun. (Bukan lahir terus berbulu penuh...) Dengan 90% tubuh yang dipenuhi berjaya menempatkan nama Yu Zhenhuan  sebagai world's hairiest man" dalam Guinness book of record  Tahun 2002.


Gambar di bawah ni ialah Ramos Gomez Brothers. Dua beradik yang berbulu lebat.Masing-masing nampak macam happy jer, siap boleh jadi akrobat lagi.  Nama penuh mereka ialah Victor 'Larry' dan Gabriel 'Danny' Ramos Gomez.
Kisah yang sama berlaku juga di Mumbai, India. Nama pemuda ni Pruthviraj Patil.  Tengok bulu yang memenuhi mukanya.  Berbanding dengan Yu.. Patil mempunyai bulu yang lebat pada bahagian muka. Masih hensem lagi....
 Anak gadis yang tinggal di Negara Gajah Putih (Thailand) ni bernama Supatra Sasuphan. Kesian tengok Sasuphan ni, harap-harap kelainannya diterima oleh masyakat.  Bukan dia pinta jadi sebegitu.
 Nasib yang dialami oleh Jesus Aceves ni turut dialami oleh salah seorang ahli keluarganya.  Dua orang dalam satu keluarga.Perhatikan si Aceves ni, confiden jer.. ini budak-budak sekarang, ada jerawat 5 biji di muka pun dah tak nak keluar rumah atau ke sekolah.
Yang lain-lain ni menunjukkan sindrom ni yang berlaku semenjak dulu lagi, antaranya ialah Stephen Bibrowski (1891 - 1932).  Rambut seluruh tubuhnya sepanjang 25mm/ 1 inci.  Dah macam singa rupanya. Ibu dia percaya ini adalah balasan sebab semasa mengandungkan Bibrowski, bapanya telah membunuh singa. (kalau dalam masyarakat kita tu..dipanggil KENAN)
Wanita ni pun mengalami keunikan tersendiri dengan kehadiran janggut yang panjang dan lebat.  Kalau terjumpa dengan saya mahunya saya panggil ABANG. Priscilla lahir di Puetro Rico pada 26 April 1911 dan meninggal pada usia 89 tahun ( 2001).
 Kisah ini pun sama seperti di atas tu.. Perempuan yang bernama Miss Ann Elliot (Miss not Mr..) Berjanggut panjang dan berambut panjang, tapi wajah femenin masih terpacar berbanding dengan Mak Cik Priscilla.
Terakhir untuk entry kali ni memaparkan gambar Fedor Jeftichew.  Lahir pada tahun 1868 di St Petesburg, Rusia. Saya boleh bayangkan kerisauan ibu bapa dan Fedor ni terhadap perbezaan dirinya semasa kanak-kanak.  Bila dah berumur biasanya lebih mudah diterima dengan rasional. Not a big deal.
*** Setiap masa ucaplah alhamdulillah sebab masih bernafas untuk terus beribadah kepada Nya, telah dikurniakan Nya wajah yang sempurna berbanding mereka yang baca sebentar
 tadi.

Tiada ulasan: