sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 30 November 2012

APAM DEWA

Mama nak buat apam dewa bila kawan mama datang nanti. Lantas anak dara saya menjawab dengan selamba " pengaruh HINDU tu". Saya gelak. Mentang-mentanglah dia ambil subjek Sejarah dan mama dia tak pilih sejarah untutk SPM dulu. Di dalam hati " budak-budak sekarang ni mana kenal kuih dulu-dulu, belum disebut nama KEA ANG, HALUA MASKAT, BEA KANG, PAK NGAH BALIK, SERABAI, TAHI ITIK, LOK LIK, TEPUNG PASUNG.. Kalau net bak, khasidah, dan asam GUPAL (sesekali tak ada kaitan dgn RAJAGOPAL..) masih ada dijual  di bazaar Ramadhan.
Berbalik kepada Apam Dewa ni. Maklumlah orang dulu-dulu kalau cantik dan jarang atau menjadi juadah istimewa mesti nama pun macam kelas. Apam ni mempunyai warna yang cantik penuh warna warni, berbau harum dan lembut. Tanpa merjerin atau lemak dan penyediaannya melalui cara mengukus. Rasanya taklah semegah Cheese Cake, Red Velvet atau piza.  Namun citarasa dulu memang penuh kesederhanaan. Namun ada kelas tersendiri.
*** Kalau saya atau anda tak ketengahkan kuih sebegini.... pupuslah.  Tapi saya sedih juga sebab tak dapat kesan pemilik utama resepi ni. Saya salin dah lama dulu. Anak-anak saya suka Apam Dewa (Namun saya percaya anak saya suka makan apa sahaja yang mama dia masak..sedap atau tidak, pasti dimakannya ). Marilah kita baca resepi dan usah baca aja..WAJIB cuba.
6 biji telur ( orang dulu-dulu guna telur itik)
2 sudu besar jus oren sunquick
1  cawan penuh gula / 1 cawan + 2 sudu besar  lagi
1 sudu kecil ovelat
2 cawan tepung gandum
3 jenis pewarna makanan ( saya guna biru, hijau, merah)
Cara Membuat:
Sediakan pengukus dan didihkan air.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
Pukul telur, gula, ovelat dan oren sunquick hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup dan balikkan sehingga rata.
Bahagikan  adunan kepada 4 bahagian dan  3 bahagian diwarnakan manakala satu bahagian saya biarkan dengan warna asal.

Masukkan ke dalam loyang selapis demi selapis. (Curah di tengah-tengah loyang)
Bila dah siap bolehlah mencorakkannya dengan  ambil sebatang lidi dan gariskan dari tengah loyang ke luar.


Kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana.
Inilah hasilnya
Selamat Mencuba.
Apam Dewa boleh dimakan begitu sahaja atau boleh disediakan sos kastad atau dicicah dengan air teh/ kopi pun boleh.

Jumaat, 23 November 2012

PERIA PANTAI

Bila sebut PERIA ramai yang tak suka.. pahit katanya..
Tapi bila sebut PERIA PANTAI... lain pula jawapannya.. ADA KER? Tak pernah jumpa pun.  Haaaa... kepada pembaca yang belum kenal dan nak tahu lebih lanjut lagi mari saya tunjukkan rupanya.

Aikkk.. tak ada rupa buah peria pun... Kenapa nama peria?
Bila dah lihat berbeza, tentu rasa tak sama kan... Tepat sekali rasa peria pantai ni berbeza dengan peria biasa atau peria katak. Tahun-tahun sebelum ni mak cik cleaner yang bawakan untuk saya, diberi duit tak mahu...so saya kira sistem barter jer dgn mak cik tu. Sekarang pokok yang diberikan dah hidup subur di belakang rumah. Ketinggiannya mencecah 8 kaki dalam masa setahun. Pembiakannya melalui biji benih tapi saya diberi anak pokok yang dah berakar.
Nama saintifiknya ialah Colubrina asiatica
Mempunyai daun berkilat bewarna hijau gelap.  daunnya berbentuk seakan-akan daun bunga raya tetapi lebih kecil. Mempunyai buah yang berwarna hijau bila muda dan berubah menjadi keperangan bila matang. 

 Bahagian dalam buah mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam. Manakala pokok ini juga mempunyai bunga putih bersaiz kecil. 

Nak makan macam mana? Lihat foto di atas ni...Daun peria pantai ni boleh dicelur dan dimakan bersama budu, dicicah sambal belacan atau sambal tempoyak. Ianya mempunyai rasa tersendiri dan lemak dan manis bila dikunyah.
Daunnya juga enak dimasak lemak.
Daun peria pantai dipercayai dapat mengawal tekanan darah tinggi  dan kencing manis dan seingat saya menjadi pilihan masyarakat di kampung saya semenjak dahulu lagi. 

CARROT CAKE

Apa helah anda agar anak-anak makan sayur dengan rela .. tanpa perlu perlu pujuk-pujuk. ( tahukah anda??? saya tak suka memujuk...). Tolonglah...kalau merajuk dengan saya  lagi terseksa orang yang merajuk tu :). Saya cuba pelbagai cara antaranya  dengan menjadikan jus - mudah diminum. Satu lagi cara yang saya amalkan ialah menjadikan kerabu, coslow, lumatkan dan dijadikan sup atau bubur dan dijadikan bahan untuk kek. Tak menolaklah mereka. Mereka akan makan jika dah berubah rupa. Karot atau lobak merah ni, selain dijadikan jus dan jemput-jemput karot, ianya enak dijadikan kek. Inilah resepi CARROT CAKE untuk mata dan kulit juga untuk selera.

4 cawan karot parut ( saya potong kecil dan mesin menggunakan blender kering)
1/2  cawan kelapa kering
1 cawan kekacang (saya guna badam dan gajus cincang)
300g tepung naik sendiri
1 1/2 cawan minyak masak
4 biji telur
1 cawan gula perang
1/3 cawan susu segar
2 sudu serbuk kulit kayu manis
 Cara memasaknya pun sangat mudah. Sambil tonton filem Hindustan pun menjadi. 
 Pukul telur dan gula perang hingga sebati dan agak kembang. Masukkan minyak masak, teruskan mengacau sehingga sebati.
**Campurkan tepung naik sendiri dan serbuk kulit kayu manis.
**Campurkan kekacang dan kelapa kering.
Masukkan susu segar dan karot parut ke dalam adunan, diikuti dengan bancuhan tepung yang diselang selikan dengan campuran kekacang tadi
Adun sehingga rata dan masukkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak (mana-mana yang dahulu... kalau oven saya ni..hampir 1 jam)  
Biarkan sejuk (ada yang cakap biarkan semalaman, tapi anak-anak saya asyik duk tenung kek ni sejak dari dalam oven lagi.. how come nak tunggu semalaman) dan hias dengan cheese cream dan saya mencari sisa fondant yang ada untuk dijadikan hiasan. Hiasan fondant saya berbentuk karot dan ada bentuk bulat warna biru (memang tak match langsung)

*Mudah sahaja menyediakan kek karot ni dan saya lebih suka bau wangi kulit kayu manis tu.
*Bila sampai bab menghias ni, maka banyaklah tangan-tangan kecil yang menghulur bantuan.
*Hasilnya ada bentuk karot yang besar dan kecil dan ada yang request nak buat bentuk bulat macam donat serta berwarna biru ... layan aja lah....)
* Ada yang request nak buat hiasan bentuk CICAK dan ULAR...no...no...no..dear.. mama dah nak termuntah ni..  

 

Asas Sistem Komputer


Bahagian Utama Komputer
Unit Sistem
Peranti Input
Peranti output
Storan
Peranti Tambahan

UNIT SISTEM

Tempat simpanan yg mengandungi komponen elektronik komputer
Pelbagai rupa dan saiz
Chasis- bahan metal atau palstik
Komponen-komponennya ialah: 
Pemproses
  • Menterjemah dan bawa arahan asas utk operasi komputer  
     Memori  
  • Menyimpan data yang  menunggu utk diproses dan arahan utk melaksanakannya
***Pemproses dan memori dihubungkan ke papan litaran/papan induk/motherboard

      Kad Adapter
  •  Papan litar menyediakan penghubung dan fungsi yang                 tidak  dibina ke dalam papan induk 
  •  2 jenis kad adapter-kad bunyi dan kad video 

       Port
  • Menyambungkan  alatan di luar unit sistem menggunakan penghubung kabel 
  • Cth alatan- pencetak, monitor,tetikus, pengimbas, kamera dll 
   Pembekal kuasa 
  • Menukar punca elektrik luaran kepada kuasa yang digunakan oleh komputer
 PERANTI INPUT
  • Alat yg menerima data dan arahan daripada pengguna
  • Cth peranti input - papan kekunci, tetikus, mesin pengimbas, trackball, joystick, pendigital, kamera digital, video digital, bar code reader dll
  • melelui peranti input, pengguna boleh membentuk teks, grafik, pengiraan dsb.
  • membolehkan sesuatu data mentah dimasukkan , diproses oleh sistem komputer agar menjadi maklumat yg berguna dan boleh difahami pengguna. 

PERANTI OUTPUT
  • Data yang telah diproses menjadi bentuk yang berguna.
  • Peranti yang terdiri daripada alat-alat yang menterjemahkan maklumat yang telah diproses oleh sistem komputer kepada maklumat yang difahami pengguna.
  • Komputer memproses data menjadi maklumat(output).
  • Cth peranti output- monitor, speaker, headphone dsb
  • Kategori asas Output
    • Teks
      • iklan, memo, broshur dll
    • Grafik
      • logo, carta, lukisan , foto dll
    • Audio
      • muzik, klip audio, wawancara, berita dll
    • Video  
      • klip video, perbualan melalui internet, rakaman berita, persembahan muzik dll  
 Jenis Peranti output ( pembahagian mengikut hasilan maklumat yang dikeluarkan)
  • Hardcopy- cetakan, plotan
  • Softcopy-boleh dilihat, dibaca atau didengar  
STORAN
  • Menyimpan data, arahan dan maklumat dalam bentuk softcopy untuk digunakan atau dikongsi oleh pengguna.
  • Cth media storan- kad PC, Cakera Zip, harddisk, CD,DVD Kad Imbas memori (flash memory card), mikrofilem, optical disc dsb
  • Storan Atas Talian
    • alternatif dalam storan
    • perkhidmatan web- email, googledrive

Khamis, 22 November 2012

Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Definisi
Aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar (Jamaluddin 1989)
Komputer dianggap sebagai tutor atau guru. Komputer memainkan peranan sebagai pengajar (instructor), penerang (explainer) dan pemudahcara (facilitator) (Abd.Rahman 1989).
Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi dan penyelesaian masalah ( PPK 1993, Jamaludin 1989)

Jenis-jenis Perisian PPBK
  • Latih tubi
    •  menawarkan latihan kemahiran yang telah pun dipelajari
    • menambah kemahiran
    • Soalan diberi satu demi satu utnuk melatih kemahiran sesuatu komsep
    • sesuai untuk fakta dalam mata pelajaran
    • sangat sesuai untuk ulangkaji pelajar yang lemah
    • Pelajar diberi soalan dan dikehendaki menjawabnya. Komputer akan memberi maklum balas bagi setiap jawapan pelajar.
    • sesuai digunakan selepas guru mengajar sesuatu konsep.
  • Tutorial 
    • mengajar sesuatu konsep
    • diikuti dengan soalan tutorial berbentuk interaktif tentang konsep yang dipelajari.
    •  konsep yang sama dengan pengajaran tradisionel cuma pelajar berhadapan dengan komputer
  • Simulasi
    • Program simulasi memberi peluang kepada pelajar merasai suasana yang menyerupai fenomena  sebenar.
    • Penjelasan dan visual diberikan.
    • Pelajar berpeluang menukar faktor atau suasana  bagi melihat kesannya.
    • mampu memotivasikan pelajar kerana mereka boleh berinteraksi secara spontan dengan komputer.
  • Permainan
    • Aktiviti yang dirancang mengikut ketetapan peraturan dan membawa kepada kemenangan.
    • menggunakan kemahiran fizikal, mental dan sosial.
    • Permainan berintergrasikan kurikulum dalam P&P.
    • permainan dibentuk agar menarik tetapi tidak terllau mengasyikkan atau melalaikan pelajar.
  • Penyelesaian Masalah
    • pelajar menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
    • ia adalah seperti simulasi dengan proses kognitif yang tinggi seperti pemikiran logik dan kritikal.
    • Memerlukan penaakulan.
    • pelajar diberi masalah untuk diselesaikan.

Penggunaan Perkakasan Tambahan Komputer

  • Kad output TV/TV Output Card
    • Mengeluarkan paparan komputer pada skrin televisyen
  • Kad Video/ Video Capture Card
    • Untuk mengekstrak gambar video ke sistem komputer
  • Kad Grafik Video/Graphic Accelarator Card
    •  mempertingkatkan warna dan resolusi paparan pada monitor
    • mempunyai memori ingatan yang berbeza-beza
  • Kad Suara
    • Digunakan untuk output audio dalam sistem komputer, MIC dan speaker digunakan untuk merakam dan mengeluarkan suara digital.
  • Kad Rangkaian (NIC/ Network Interface Card)
    • Merangkaikan komputer melalui kabel
  • MODEM
    • Menukar isyarat analog kepada digital dan sebaliknya
  • Pemgimbas
    •  Mengimbas teks atau imej dan menukarkannya kepada bentuk digital
  • Pencetak
    • Mencetak bahan
    • Dotmatrix, injet dan laser
  • KameraDigital
    • menghasilkan gambar digital yang boleh dimuat turun dalam komputer
  • Kamera Video Digital
    • menghasilkan gambar video digital 
    • boleh dimuatturun dalam komputer
  • CD-R/CD-RW
    •  Menyalin data digital ke dalam cakera padat sekali atau lebih dari sekali
  • Pemacu ZIP
    •  memampatkan data atau maklumat saiz besar ke dalam peranti storan ini.
  • Pemacu Mudah Alih (Handy Drive/ removable Drive/ Pen Drive/ Handy Drive)
    • Unit pemacu storan mudah alih
    • terdapat pelbagai saiz dan jenama

TMK Dalam Pendidikan


Perkembangan TMK tidak dapat dipisahkan dengan P&P.  Kemahiran TMK bukan sahaja membantu dalam pengurusan seharian seperti mencari maklumat, menyediakan bahan bantu mengajar, membina jadual waktu malah sangat penting dalam penilaian pelajar. Kemahiran dalam mengintergrasikan TMK membolahkan guru melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan cekap. Kemahiran TMK juga meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam P&P. Terdapat 4 komponen utama dalam TMK iaitu:
 
TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • merangkumi penggunaanperisisan-perisian khusus,
  •  penggunaan internet untuk perkongsian maklumat
  • penggunaan perkakasan TMK untuk memudahkan proses P&P
TMK dalam Pengujian dan Penilaian
  • penggunaan perkakasan untuk membina soalan
  • perkakasan untuk pentadbiran ujian
  • pemprosesan markah
  • membuat interpretasi pencapaian/prestasi pelajar
TMK dalam Pengurusan
  • pengurusan maklumat pelajar
  • pengurusan maklumat guru
  • pengurusan organisasi sekolah
TMK dalam Penyelidikan dan Pembangunan
  • membina soalan kajian/penyelidikan
  • menganalisis data penyelidikan

Sabtu, 10 November 2012

UBAT..OH UBAT.. PARACETAMOL


     Bila sakit sikit..mana ubat?..Bawa ubat... Nak ubat..Tak tahan ni...ubat..ubat..ubat., seolah-olah ubat tahan sakit terutamanya sebagai penyelesaian utama.(Sakit tu kan dapat hapus dosa,jangan lupa). Bila dah sakit lupa segala. Ubat tahan sakit ni lebih sinonim dengan nama panadol (untung syarikat yang mengeluarkan panadol..semua pengguna minta nak panadol). Bila dihitung , dikira difikir..entah berapa ratus biji ubat tahan sakit atau paracetamol yang telah melalui tekak saya ni.. itu berlaku dalam sedar... masa kecik dan tak tahu apa-apa ..itu dah dikira off record. Lagi satu bila sakit, apa yang doktor beri? Paracetamol.Lagilah bila ke klinik kesihatan, 1Malaysia/ mana-mana pun dan berjumpa dengan MA.. inilah ubat yang kebanyakannya diberi. Apa kesannya? Sembuh? Sihat?...Alhamdulillah. Disebalik kesan tersebut terdapat banyak lagi kesan yang membuat saya terfikir dan berhenti seketika sebelum mengambilnya. Apa yang perlu diketahui tentang paracetamol :
    • Dos yang selamat dan disyorkan ialah 1000mg- 4000mg sehari bagi orang dewasa.
    • Jika melebihi dos yang ditetapkan akan menjadi punca kerosakan hati.  Sesetengah individu pun memberi kesan yang sama jika menggunakannya walaupun mengikut dos yang ditetapkan, lebih-lebih lagi bagi pengambil alkohol. Laporan turut menunjukkan bahawa, ketoksidan paracetamo menjadi punca kegagalan hati di Barat.  
    • Permintaan paracetamol di US dianggarakan 30-35 ribu ton setahun (1997)
    • .Pengguna kronik paracetamol juga mempunyai risiko tinggi dalam penyakit kanser darah.
    • Paracetamol juga digunakan untuk demam bagi semua peringkat umur. World Health Organization (WHO) mencadangkan paracetamol digunakan untuk merawat demam bagi kanak-kanak yang mencapai suhu melebihi 38.5 °C (101.3 °F).
    • Paracetamol juga digunakan secara meluas untuk  analgesic dan antipyretic.
    •  Kajian juga menunjukkakann paracetamol kurang berkesan berbanding ibuprofen (ubat anti-keradangan tanpa steroid- digunakan untuk artritis, sakit kepala.)

    • Paracetamol digunakan untuk melegakan kesakitan badan,mempunyai sifat analgesic setanding dengan aspirin, manakala kesan anti-inflammatory adalah sedikit.  Ianya lebh sesuai bagi mereka berbanding aspirin bagi pesakit  yang mempunyai rembesan asid gastrik .
    • Boleh didapati dengan mudah secara komersil.
    • Paracetamol biasanya digunakan sebagai sebahagian daripada persediaan  untuk ubat sakit migrain.
     Semasa mencari-cari kesan buruk paracetamol saya tertarik dan nak share laman web ini, kena baca sampai ke noktah terakhir. Sangat membantu.Malaysian Pharma,com 
    ***Saya hanya orang biasa yang tak tahu apa-apa tentang ubat, so, rujuk kepada yang pakar.
     

    Jumaat, 9 November 2012

    Guru Yang Hebat

    GURU YANG BAIK IALAH GURU YANG KREATIF
    Nak jadi kreatif perlu kos yang tinggi ?
    Perlukan masa yang banyak?

    Idea yang gempak?
    Semuanya tidak tepat, kos, masa dan idea bukan halangan utama. Halangan utama ialah pemikiran anda. Guru yang kreatif menjadikan proses P&P menarik dan hidup.  (Menjadi guru perlu 'hidup'... sampai bila guru perlu berlakon ..untuk setahun pertama ok.. untuk tahun-tahun berikutnya?). Guru yang baik dapat menggunakan segala ruang dan peluang yang ada pada masa tersebut untuk menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada pelajar. Apa yang pasti tidak membebankan semua pihak dan menjadi umpama sedutan nafas seorang guru.  Guru perlu berpegang kepada prinsip tersebut. Murid adalah amanah dan guru akan dipersoalkan dengan apa yang telah guru lakukan terhadap murid. Jadi, lakukan yang terbaik sepanjang masa. 

    Pada kali ini saya nak berkongsi dengan para guru contoh bahan 3D yang boleh digunakan dan diubahsuai dengan sedikit kreativiti dalam P&P.  Penggunaan bahan 3D popular dalam P&P bukan sahaja peringkat rendah tetapi juga menengah. Contoh yang dipaparkan nanti merupakan hasil kerja pelajar saya


    Bahan 3 Dimensi

    Alat bantu mengajar menjadi tarikan utama murid untuk mengekalkan tumpuan dan perhatian mereka dalam bilik darjah. Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Alat bantu mengajar 3D mempunyai kelebihan tertentu:


    Kelebihan Bahan 3D
    • Konsep yang betul dapat dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
    • Pembelajaran berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
    • Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik.
    • Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
    • Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
    • Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
    • Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.
    • Meningkatkan motivasi murid
    • Memberi peluang kepada murid untuk membentuk keyakinan diri melalui penglibatan dalam aktiviti. 

    Pelbagai jenis alat bantu mengajar terdapat dalam kumpulan ini. Bahan-bahan 3D yang sesuai digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah :
    • Realia
    • Model
    • Diorama
    • Akuarium dan terrarium
    • Boneka
    • ‘Mobile'
    • Topeng