sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 23 November 2012

CARROT CAKE

Apa helah anda agar anak-anak makan sayur dengan rela .. tanpa perlu perlu pujuk-pujuk. ( tahukah anda??? saya tak suka memujuk...). Tolonglah...kalau merajuk dengan saya  lagi terseksa orang yang merajuk tu :). Saya cuba pelbagai cara antaranya  dengan menjadikan jus - mudah diminum. Satu lagi cara yang saya amalkan ialah menjadikan kerabu, coslow, lumatkan dan dijadikan sup atau bubur dan dijadikan bahan untuk kek. Tak menolaklah mereka. Mereka akan makan jika dah berubah rupa. Karot atau lobak merah ni, selain dijadikan jus dan jemput-jemput karot, ianya enak dijadikan kek. Inilah resepi CARROT CAKE untuk mata dan kulit juga untuk selera.

4 cawan karot parut ( saya potong kecil dan mesin menggunakan blender kering)
1/2  cawan kelapa kering
1 cawan kekacang (saya guna badam dan gajus cincang)
300g tepung naik sendiri
1 1/2 cawan minyak masak
4 biji telur
1 cawan gula perang
1/3 cawan susu segar
2 sudu serbuk kulit kayu manis
 Cara memasaknya pun sangat mudah. Sambil tonton filem Hindustan pun menjadi. 
 Pukul telur dan gula perang hingga sebati dan agak kembang. Masukkan minyak masak, teruskan mengacau sehingga sebati.
**Campurkan tepung naik sendiri dan serbuk kulit kayu manis.
**Campurkan kekacang dan kelapa kering.
Masukkan susu segar dan karot parut ke dalam adunan, diikuti dengan bancuhan tepung yang diselang selikan dengan campuran kekacang tadi
Adun sehingga rata dan masukkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak (mana-mana yang dahulu... kalau oven saya ni..hampir 1 jam)  
Biarkan sejuk (ada yang cakap biarkan semalaman, tapi anak-anak saya asyik duk tenung kek ni sejak dari dalam oven lagi.. how come nak tunggu semalaman) dan hias dengan cheese cream dan saya mencari sisa fondant yang ada untuk dijadikan hiasan. Hiasan fondant saya berbentuk karot dan ada bentuk bulat warna biru (memang tak match langsung)

*Mudah sahaja menyediakan kek karot ni dan saya lebih suka bau wangi kulit kayu manis tu.
*Bila sampai bab menghias ni, maka banyaklah tangan-tangan kecil yang menghulur bantuan.
*Hasilnya ada bentuk karot yang besar dan kecil dan ada yang request nak buat bentuk bulat macam donat serta berwarna biru ... layan aja lah....)
* Ada yang request nak buat hiasan bentuk CICAK dan ULAR...no...no...no..dear.. mama dah nak termuntah ni..  

 

Tiada ulasan: