sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 31 Mei 2013

IKANG AYA/TONGKOL SINGGANG asli terengganu

 First time entri tak banyak sembang..saya demam..sejak balik dari air Terjun Cemerong, Pasir Raja, Dungun Terengganu. Jom layan resepi sihat dan menjadi kegemaran orang Terengganu dulu, kini....kalau di Kelantan biasanya tidak dimasukkan kunyit Apa yang pasti pinggan lama corak BUNGA KANGKUNG memang sesuai dengan hidangan kali ini.
Dr Fouziah Mohd

 4 hiris ikan aya hitam / tongkol (**Kalau nak guna ikan tenggiri/ selar/kembung pun boleh)
1 labu bawang putih ( -+ 7 ulas)
1 inci Lengkuas
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
4 keping asam gelugur
6 biji cili api
6 biji kacang bendi
air untuk dijadikan kuah
garam
perasa

*** Kuantiti bawang putih dan lengkuas mesti sama berat.
-Rebus air, bawang putih yang dimayang, lengkuas potong, asam keping dan kunyit yang diketuk sehingga mengelegak lebih kurang 15 minit.(Garam pun dimasukkan sekali....)
- Masukkan kacang bendi dan cili api
-masukkan ikan aya dan biarkan masak perlahan-lahan +- 10 minit lagi.
-Masukkan sedikit serbuk perasa dan bolehlah dihidangkan bersama sambal belacan atau budu dan ulam-ulaman.
 waalaaaa....tak pandang kiri kanan dah.... fokus...fokus...



Khamis, 30 Mei 2013

Realia

Realia
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

(a) Realia Asli

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.



(b) Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.


(c) Spesimen


Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.
Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.



Isnin, 20 Mei 2013

DIY- makeover an old photo frame

Kepuasan dan keseronokan menjadi bualan masa kini
Macam serius aja topik utama entri hari ni...

Saya rasa puas bila lihat hasil frame yang saya makeover ni
Seronok bila dapat gunakan dan kongsi sedikit ilmu bersama anda
itu aja....
 Apa yang penting jika dah jemu pandang benda yang sama, pasti terlintas dalam fikiran.. stereotaip aja... nak juga kelainan.. nak alih tempat, nak ubah warna,nak tambah iru dan ini.nahhhhhh.. ini salah satu idea yang boleh dicuba. Zaman sekarang ni, penjimatan menjadi perkara utma untuk difikir dan diamalkan. Nanti boleh cuba makeover ni.   Saya amat yakin jika anda yang hias pasti lebih cantik lagi
bahan yang diperlukan hanyalah
foam berwarna
gam panas
manik, labuci

Dr Fouziah
Bunga atas sebelah kiri
- Lukiskan corak bunga dengan menggunakan pensil dan gunt
- Untuk daunnya pula,saya gunakan foam sheet berwarna hijau.
- Lekatkan dengan gam panas/ hot glue
- Untuk hiasan pada bahagian tengah, saya lekatkan manik lebihan menjahit tudung
Bunga kecil, atas sebelah kanan.
- Saya gunakan cetakan kuih raya berbentuk bunga
- Sediakan 2 keping- satu untuk dasar 
- Bahagian tengah bunga, saya hanya potong sedikit dan selisihkan bagaian tepi agar membentuk 3D 
- Lekatkan dengan gam panas dan jangan lupa labuci untuk menceriakannya.
Inilah hasilnya
Dr Fouziah
 

  

Vadai Versi 1 dan 2

Versi 1
2 cawan kacang dal
1 labu bawang besar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Jika ada daun kari lagi best ( pokok kari saya dah dimakan ulat daunnya..sedih...)

Resepi tambahanVersi 2****  tambah 1 cwn tepung naik sendiri dan sedikit air***

-rendam kacang dal semalaman.
-kisar menggunakan pengisar kering- jadikan sebahagian hancur lumat dan sebahagian lagi kasar-kasar.
( alternatif lain- boleh giling dengan BATU PENGGILING  atau tumbuk dengan LESUNG BATU..yang mana satu pilihan kalbu?)
- potong dan hiris- bawang besar, daun kari dan masukan ke dalam adunan kacang dal kisar tadi.
- tumbuk jintan manis
- Gaulkan garam,jintan manis dan pati ayam ke dalam adunan tadi.
- kepal-kepalkan dan leperkan sedikit- untuk elak daripada melekat, boleh minyakkan sedikit tapak tangan tu.
- Goreng dalam minyak yang banyak- tenggelam vadai tu. 
- Hasilnya vadai yang garing dan rangup
Dr Fouziah
VADAI VERSI1 -ASAL-----nampak pun dah confirm rangup..

RASA VADAI NI SEDAP DAN RANGUP tapi anak-anak saya tak nak makan... pedas dan keras katanya
Kemungkinan saya menggunakan kacang dal jenis keras. Untuk menyelamatkan rezeki kurniaan Nya... tangan saya dengan ringannya mengambil secawan tepung naik sendiri + sedikit air...Kacau sehingga rata. Maka, terhasillah VADAI VERSI 2...ok apa rasanya... laju aja anak-anak saya makan vadai Versi 2 ni aka cekodok kacang dal
***Peringatan: semasa menggoreng vadai Versi 2..sila pastikan bahagian bawah vadai betul-betul garing baru dibalikkan bagi mengelakkan daripada relai....
Dr Fouziah
VADAI VERSI YANG TELAH DIUBAHSUAI
Dr Fouziah

 


Selasa, 14 Mei 2013

Simple craft- DIY- APRON UNTUK ANAK BUJANG

Esok Ewan nak pinjam apron mama, cikgu suruh bawa.
Nak buat apa?
Esok kan Ewan periksa seni, cikgu suruh pakai apron supaya tak kotor baju.
oooooo..OK..boleh..tapi apron yang lama aja ada...
Tak apa ma, asal tak kotor baju
Mama jahit yang barulah
Tak payahlah ma....errrr..ma pandai ke jahit apron?
(Dalam hati saya... Ewan..Ewan.. mama boleh jahit baju kurung lagi tau.. apron lagilah senang...namun bukan begitu penilaian seorang anak..sebab dia jarang melihat mamanya mengadap mesin jahit)
Tak apa , mama jahitkan yang baru..sekejap aja..kalau tak sempat siap..bawa apron lama mama..Ok..
Boleh jugok ma.
Anak-anak ni datang dengan perangai dan sikap yang berbeza..ada ketika menjadi cabaran yang berat dan hebat.. ada ketika mejadi ubat yang mujarab. Semuanya menambah pahala dan dosa jika tersilap caturan.
Berbalik dengan kisah tadi, maka... mulalah saya mencari corak kain yang sesuai dengan budak lelaki (saya gunakan kain yang menjadi cadarnya semasa kecil.. masih elok tersimpan)
Saya nak kongsi apa yang telah saya lakukan semoga dapat dijadikan aktiviti keluarga..agar mereka lebih menghargai...
3/4 meter kain bercorak- (kain 1m tapi hanya 3/4 aja yg saya guna- jika nak lebih kecil pun tak apa).
30cm x 1m kain kosong- (utk bahagian bawah dan poket)
span nipis
kain felt 

- Ukur saiz apron-  Hampar apron contoh dan potong-saya guna saiz apron saya di dapur sebab
anak nak yang besar dan labuh.Lebar apron ni lebih kurang 0.5m.
- Jahit keliling dengan melipat 1.5cm kecuali pada bahagian bawah.
Dr Fouziah Mohd

- potong kain bercorak 0.5m x 6cm sebanyak 3 keping(2 untuk tali apron di pinggang... 1 untuk tali apron di leher).
Dr Fouziah Mohd
 -Jahit dan terbalikkan bahagian tali tadi-Gosok sehingga rata dan kemas.
Dr Fouziah Mohd
-Jahit untuk melekatkan tali dipinggang dan di leher.
- potong kain kosong 7cm x 0.5 m untuk hiasan bawah(saya potong 0.5 sebab lebar apron tadi 0.5m)
 Dr Fouziah Mohd
 - Jahit dan gosok kemas bahagian hiasan tersebut.
- Untuk poket- boleh mengikut kreativiti masing-masing.
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
saya gunaka pemegang periuk lama sebagai alas ..reuse..kalau ada span lagi baik

Dr Fouziah Mohd
- saya menyediakan poket berbentuk kereta.
-Potong mengikut corak yang dipilih dan alaskan dengan span yang agak tebal- bagi memastikan kereta tu berdiri tegak...kalau tak...tak cantik...
- Jahit untuk lekatkan poket pada bahagian tengah apron.
-Saya gunakan kain felt untuk hiasan- tayar, cermin , pemegang dan lampu kereta.

Dr Fouziah Mohd
Foto yg blur.. silap fokus ni..

-Gunakan gam panas untuk melekatkannya.(Ewan sibuk menolong saya mengunting kain felt, menyusun dan melekatkannya dengan gam panas).
 - Inilah model yang akan mengayakannya di sekolah esok.
Dr Fouziah Mohd
Ewan yg semakin 'masak'  kulitnya semejak  menyertai sukan memanah
Cuba tau..so easy...   
Ternyata amat mudah menyiapkan apron ini.. tak sampai 1 jam...semua dah siap.. aktiviti yang baik untuk keluarga.

SUP SAYUR CAMPUR

Makanan warga sihat..warga yang nak sihat dan nak jadi sihat. Kalau tak masukkan ayam ..lagi sihat.. masukkan isi ikan yang dijadikan bebola. Caranya: Kikis isi ikan sahaja, lenyek atau cincang sehingga agak halus + sedikit tepung jagung + garam. Bulat-bulatkan dan masukkan ke dalam kuah/ stok ikan yang dijadikan kuah. Masakan sebegini memang saya gemar, lebih-lebih lagi semasa saya jaga berat badan...ohhhh suatu ketika dahulu... a long time ago... lening dah membulat... mirip-mirip artis gitu... teringat kepada seorang sahabat lama... Pauzi namanya... dengan jujur dan ikhlas dia cakap" AKU TENGOK MU NI DAH MACAM ADIBAH NOR"... dengan selamba saya menjawab.." nasib baik macam artis...hehehehehe...aku ingatkan tadi macam mak cik yang jual cendol..hehehe" Dengan gelak tu dapat cover sikit penyesalan sebab dah membulat ni. In sha Allah... saya akan turunkan berat badan (tangan ini sedang memegang tupperware berisi keropok goreng....). Hati ini banyak hepi sekarang...Allah beri kenikmatan sehinggakan saya berselera makan apa sahaja.. Ada ketikanya makan biskut kosong dan teh o pun terasa ..BESTnya...Jika makan sup sayur ni lagilah.. The Best lah... Kalau tak caya.. acu try gok sekali masok sup ni :)
 Dr Fouziah
 1/2 batang lobak merah
1 mangkuk cendawan
1/4 biji lada bengala/capsicum
1 mangkuk kobis yang telah dipotong
1 cawan tomato ceri
stok ayam secukupnya
1 cawan isi ayam- dipotong kecil
3 ulas bawang putih- diketuk
2 biji bawang merah- dimayang
1 hiris halia- hiris
2 sudu kecil lada sulah
sedikit minyak jagung
-panaskan minyak dan tumis bawang besar, sehingga wangi, selepas itu  masukkan bawang putih dan halia, tumis lagi seketika.
Masukkan isi ayam dan lada sulah- goreng 
Masukkan stok ayam secukupnya
masa untuk campak sayur-sayuran dengan gaya bebas
*** bebas tu bebas jugak..jangan terbabas
Pastikan sayur yang keras seperti lobak dimasukkan terlebih dahulu, selepas tu kobis, cendawan. Terakhir sekali cendawan dan tomato ceri dan capsicum

Dah boleh hidang
Saya hidang dalam mangkuk porselin China BIG ROSE... Hari ni tak ambil nasi pun... kalau tak lena tidur malam nanti..saya akan jejaki dapur untuk ambil segelas air kosong..kalau tak lena lagi tidur..saya akan makan 2 keping biskut... 
kalau tak lena lagi tidur? Saya akan pejam mata dan bilang itu biri-biri daaa.... satu...dua...tiga...empat....



 

Khamis, 9 Mei 2013

Bergedil Potong

Dr FouziahKesibukan memantau pilihanraya... ceeewahhh..eksyen ya...siapa saya? Saya mantau tanpa  disuruh..saja buat-buat sibuk... Tengok blog sana.. baca web sini.. nilai fb dll.  Kisah disebalik pilihanraya ni saya sibuk dengan pembikinan video korporat untuk institut. Apakan daya... saya yang diamanahkan pengarah. Jenuh bersilat ala Melayu, Cina dan India..langsung tak diendahkannya. Mula-mula tu sedikit geram tapi ada hikmah disebaliknya. Terima kasih kerana beri kepercayaan kepada saya. Hasilnya? Memanglah tak seperti pro... sebab itu pada awalnya saya minta institut upah pro yang sediakan.Kesibukan sebegitu menjadi alasan baik untuk saya tidak memasak.Resepi ni dah berminggu di bahagian draf, baru sempat nak post.




Dr Fouziah Apa-apa pun jutaan terima kasih kepada cik  suami yang memasak untuk seminggu solid.. hehehe..syukur Alhamdulillah. Anak-anak pulak cakap sedap abahnya masak. Nampaknya saya kena pencen terus dari ke dapur.. Setuju ????? Sebelum jawab, mari kita layan resepi ni dulu...lain daripada yang lain
1 cawan daging kisar
1/2 biji kentang
1 biji cili hijau
1/2 labu bawang besar
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil halia
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar lada sulah
secubit gula
3 biji cili bengala/capsicum
minyak untuk mengoreng kentang
sedikit garam

Potong nipis ubi kentang dan goreng.
Tumbuk halus ubi kentang + bawang besar + halia + cili
Gaulkan bahan tumbuk dengan daging kisar,serbuk cili, tepung jagung, garam dan lada sulah
Panaskan kuali..lenser sedikit minyak.
Potong lada bengala menjadikan gegelang dan isikan bahan bergedil tadi ke dalamnya.
Goreng sehingga kekuningan.Balik-balikkan...
UDAH SIAP.... boleh dihidangkan bersama-sama nasi atau BOLEH DIMAKAN BEGITU SAJA.

Siapa RACIST? Menjelang Tahun Baru Cina,TAHUN ULAR


***Catatan ini dibuat pada 10 Januari 2013 tetapi saya tak post entri ini. Entahlah. Tetapi bila dah timbul isu bangsa...RACIST.... saya teringatkan catatan ini dan dengan senangnya saya post entri ini untuk renungan kita semua.***

Cuti yang indah segalanya.Peluang menyambut pelbagai perayaan menjadi keseronokan bagi saya. Sekejap cuti.. sekejap cuti.... Kerja.. cuti lagi.... kerja...cuti... what a wonderful life... Kalau cuti memanjang tak syok juga..beku otak kanan dan kiri saya ni :).
Secalit kenangan yang berkaitan dgn  perjalanan saya
SEBELUM MENJELANG Tahun Baru Cina. Tahun Ular...ssssttttt...ssstttttt.....

KISAH 1
Semasa berkursus di tempat sejuk... walaupun hanya tinggal 4 hari di tempat sejuk memang ingat sampai bila-bila. Masa inilah berjumpa dengan bermacam rupa dan perangai orang. Namun hati saya tertarik dengan 2 orang ni. Keturunan Cina daripada Pantai Barat. Bukanlah nak memuji tapi punyalah sopan dan menghormati saya dan kawan-kawan yang lain. Semasa berkenalan langsung dia tak mention dia punya pangkat, kelulusan dan segala...... Pakaian kedua-duanya memang biasa-biasa sahaja. Saya pun toleh sebelah kanan saya.. wah bajunya merelip-relippp.... toleh kiri..mak..datuk..macam pengantin baru... ada rambu-ramba di lengan baju... Tengok meja sebelah..tudung mahal tu.. ada berlian..ada manik...ada lapis-lapis.. orang kitalah tu. Bila dah empat hari di sana, barulah tahu yang salah seorang tu mempunyai pangkat dan kelulusan yang tinggi dalam kalangan kami. Cukup bersahaja. Arrrghhhhh...kami berlagak lebih rupanya..... Duit sekupang aja dalam poket.
Semasa di meja makan, hidangan vegetariannya pun dikongsi bersama-sama kami.  Siap cakap lagi..kenapa masak banyak...membazirnya dan panggil penyelia serta terus maklum supaya portion dikecilkan.... ( kalau saya..,suka hatilah... dah kita bayar..tak habis..buang saja...atau pekerja mereka tu boleh makan.. haaaa...itulah hati saya.... jahat sikitlah ...sikit aja....berbanding dengan mereka berdua tu...)
Sebelum itu, pada hari pertama, masakan vege yang dihidang tak vege sebab ada bau kari daging. Sedikit pun muka dia tak berkerut atau marah sebab cuba ditipu oleh kafe.Maka makan capati kosonglah dia hari tu. Ingat, jangan cuba tipu mereka yang vege ni, sebab deria mereka dah peka dengan bau daging, ayam dll. Sekali lagi..kalau sayalah.. mana chef..? mana chef...? kenapa buat macam ni.. saya nak makan apa? Kenapa tipu saya? Replace dengan yang lain...
 Nilai mereka ..... berbanding dengan saya...
KISAH 2
Saya sampai awal di KLIA. Rehat-rehat sambil layan fb,movie dan balas emel. Perut dah berkeroncong, apa lagi..makanan segeralah jawabnya. Semasa menghabiskan  makanan segera di LCCT... tetiba komputer saya bermasalah...  Saya pun bertanya dengan amoi sebelah meja saya samada internet berfungsi atau tidak...Ok kak.. sekejap ya saya check... Dia datang ke meja saya dan tekan butang sana...tekan sini... bersungguh-sungguh a'ah..dah ok, cuba akak cuba...jawabnya sopan dengan bahasa Melayu yang fasih (Malunya saya.. sebab saya tanya dalam bahasa Inggeris sebab jangkaan saya mungkin dia orang Mongolia atau Korea atau Singapore.. hehehhe..jahatnya saya...mentang-mentang saya warna kelabu asap). Apa lagi lepas tu saya hentam dengan bahasa Melayu... bahasa daerah sayalah. Dia sempat mengajar saya apa yang perlu dilakukan. Alangkah baiknya budak tu.. umur sekitar 20 tahun dengan t-shirt hijau dan berseluar pendek.  Bukan saya nak tonjolkan sikap bias bangsa tetapi bila saya bandingkan dengan anak bangsa saya sendiri yang kehilangan rasa hormat kepada orang tua... saya terkedu.. sedih... Bukan tak ada yang baik budi..masih ramai tetapi kerisauan ada di hati bila setiap hari..ya..hampir setiap hari saya berjumpa dan berdepan dengan remaja. Perbualan kami terhenti bila gadis itu cakap dia dah nak pergi, flight dia 30 minit lagi. Nak balik ke mana? Ke Kota Kinabalu.... oooo Sabahan rupanya... Selamat Tahun Baru Cina...


KISAH 3
Saya bersedia dalam bertekung sembahyang untuk menunaikan solat Maghrib, maklumlah flight pukul 8.00 mlm. Maghrib pulak jam 7.28 malam. Dalam keadaan bergegas nak beratur utk check in saya tak terperasan telah melangkau 3 orang.  Mak-mak budak memang kalut sikit kalu naik kapal terbang ni.. hehehe.. Kalu kena tinggal meraunglah saya nanti. Penerbangan ke negeri saya ada 2 flight saja.. mahunya esok baru boleh bertolak balik. Jika tidak pun..menapak cari bas ekspress. Bila saya toleh ke belakang, baru saya sedar... Maaf yer.. maaf.. saya tak perasan tadi. Saya terus mengangkat paper bag untuk ke belakang.  Pasangan suami isteri dan anak mereka terus cakap.. tak apa kak.. tak apa...tak perlu ke belakang.. kakak pergi dulu.. Wow.... ini agaknya cara mereka nak mulakan tahun baru mereka.  Terima kasih yer... Selamat Tahun Baru... Terima kasih.  Mereka balas ucapan terima kasih dengan wajah yang ceria. Maklumlah nak balik kampung katakan.Dua orang remaja yang berwarna kulit kelabu asap macam saya ni... pandang dengan hujung mata, Marah ke? Dengan headphone besar dan tablet di tangan. Orang bangsa lain tak marah..bangsa sendiri pandang rendah... agaknyalah dengan tudung senget sebab nak cepat dan muka yang langsung tak berbedak tu...baru lepas solat...kain pun senget tau...tak sempat nak betulkan... kelam kabut.. Membuatkan muka dan gaya saya  betol2 macam muka makcik yang duduk di ceruk kampung...350km dari bandar.  engkauuu...kalau muka ni  di ditempek BB cream, foundation, compact powder, loose powder, lipstick, celak..eye shadow...WOW.. pengsan kau... macam Erra lagi tau... hehehehehe....
Saya melihat nilai dan cara penerimaan bangsa lain berbanding dengan saya yang Melayu dan Islam dalam aspek yang beza. Paparan kisah ini untuk saya dan anak cucu saya supaya mengambil iktibar agar segala nilai yang baik itu sewajibnya milik kita. Kenapa kita lupa dan ketepikan. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa Cina di Malaysia...*** walaupun saya geli dengan ular... 

Selasa, 7 Mei 2013

laman GOOGLE pun BLACKOUT?

Pagi-pagi tadi sudah diceriakan dengan soalan daripada anak saya.. Mama... masa zaman mama dulu dah ada TV ke? Kalau tanya zaman Wan dia..ok lagi..
 Tergelak sakan saya... Dah ada lah.. ada yang warna lagi jenama QUINTRIK ... masa tu cerita DORAEMON pun dah ada tau..
Saya agak.. anak saya ni duk fikir yang mama dia ni hidup zaman batu agaknya.. ataupun sama zaman dengan dinosaur hehehhe

Bila sampai di ofis... baru rasa macam.. ISHHHHH>>>KENAPA HITAM PUTIH NI... Tak ada colour?
Baru perasan yang page Google hari ni hitam putih.. Kenapa?
BLACKOUT ke?

 

heeee
*** sekadar menceriakan hari setelah lama tak post entri.