First time entri tak banyak sembang..saya demam..sejak balik dari air Terjun Cemerong, Pasir Raja, Dungun Terengganu. Jom layan resepi sihat dan menjadi kegemaran orang Terengganu dulu, kini....kalau di Kelantan biasanya tidak dimasukkan kunyit. Apa yang pasti pinggan lama corak BUNGA KANGKUNG memang sesuai dengan hidangan kali ini.
4 hiris ikan aya hitam / tongkol (**Kalau nak guna ikan tenggiri/ selar/kembung pun boleh)
1 labu bawang putih ( -+ 7 ulas)
1 inci Lengkuas
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
4 keping asam gelugur
6 biji cili api
6 biji kacang bendi
air untuk dijadikan kuah
garam
perasa
*** Kuantiti bawang putih dan lengkuas mesti sama berat.
-Rebus air, bawang putih yang dimayang, lengkuas potong, asam keping dan kunyit yang diketuk sehingga mengelegak lebih kurang 15 minit.(Garam pun dimasukkan sekali....)
- Masukkan kacang bendi dan cili api
-masukkan ikan aya dan biarkan masak perlahan-lahan +- 10 minit lagi.
-Masukkan sedikit serbuk perasa dan bolehlah dihidangkan bersama sambal belacan atau budu dan ulam-ulaman.
waalaaaa....tak pandang kiri kanan dah.... fokus...fokus...
1 ulasan:
Salam singgah..blog saya https://cararesepi.blogspot.my
Catat Ulasan