Hari ke-2
11 November 2013- Isnin
Seperti dijanjikan, seorang pegawai pengiring daripada PPD Perak Tengah telah menunggu saya di lobi hotel. Usai sarapan, seawal 8 pagi kami meneruskan perjalanan ke SK Parit yang terletak 20 KM dari sini. Setelah melepasi deretan pohon kelapa sawit dan hutan kecil, sampailah saya ke sebua pekan. Jalan yang baik menjadian pemanduan saya lancar, hanya sesekali sahaja kelihatan kenderaan lain. Lokasi sekolah di atas anak bukit di tengah Pekan Parit yang mati.

Saya
melihat sekolah itu sebagai ORANG TUA YANG DITINGGALKAN. Kenapa? Kesan
pembangunan Bandar Pendidikan memberi kesan yang besar kepada Pekan
Parit dan turut terkesan juga oleh SK Parit. Sedih saya
melihatnya..seperti orang tua yang ditinggalkan. Sekolah yang dibina
pada tahun 1931 ini wajar menjadi mercu bagi Parit dan Perak.
Sewajarnya.. realitinya agak memeritkan. Bilangan murid semakin
berkurang dan hanya 136 orang sahaja berbanding kapasiti yang sebenar 200 orang
lebih. Perpindahan sebahagian besar pejabat kerajaan ke Bandar Seri
Iskandar mengheret sama nyawa sekolah dan pekan ini.
Saya
seronok berada di sini, sekolah yang sunyi, punya banyak bilik... ruang
yang selesa. Sesebuah kelas hanya menampung kurang daripada 15 orang.
Dah menjadi seolah-olah sekolah swasta.
Saya
melihat daripada sudut yang berbeza.. Kenapa guru dan pentadbiran tidak
mengambil situasi tersebut sebagai peluang keemasan... tempat membentuk
EMAS.
Bayangkan
peluh yang menitik dan suara yang digunakan oleh guru sekolah lain yang
mempunyai murid 30-40 orang satu kelas. Bayangkan perhatian yang mampu
guru beri jika 40 orang murid perlukan untuk 30 minit PdP.
Bayangkan jika sekolah ini cemerlang dalam akademik, kokurikulum- sertai semua pertandingan....menang, juara...no 1... pasti berduyung-duyung ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke situ. Lakukan sesuatu sebelum kehilangan semuanya. Kegemilangan SK Parit perlu digilap kembali....usia dan lokasi bukan penghalang. Kemana perginya almuni sekolah ini?
Sekalung terima kasih untuk guru besar Pn Dzaharah, guru-guru, murid dan pekerja swasta yang memberikan kerjasama sepanjang kajian dan audit saya di situ. Terima kasih khas untuk guru-guru pendidikan khas di situ yang amat baik dan mesra spt cg khalid dll.
Perjalanan saya bukan sahaja menjalankan kajian tetapi mencari EMAS.. adakah saya temui.
*** saya memberikan kad nama kepada 2 orang murid yang guru mereka target akan mendapat 5A.. saya berjanji untuk memberikan hadiah... bukan apa untuk menghilangkan ketandusan 5A di sekolah itu. Itulah EMAS dalam kalangan murid yang saya cari tapi EMAS dalam diri guru perlu ditempa dengan lebih tekun lagi... lihat masalah sebagai peluang.
Abaikan ORANG TUA YANG DITINGGALKAN tapi tonjolkan PERMATA DAN KILAUAN EMAS DI PERGUNUNGAN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan