Baru saya perasan yang saya tinggalkan blog saya dah berbulan..dah berhabuk.. ffuuuuhhhhhh....fuuuh.... buang debu...
Hari Pertama di Perak 10 Nov 2013
Catatan Perjalanan mencari EMAS
Hari Pertama di Perak 10 Nov 2013
Catatan Perjalanan mencari EMAS
Saya meneruskan pemanduan yang berhemah. Saya tak tahu siapa yang nak iktiraf pemanduan saya...saya aja kot. Bermula jam 8 pagi saya saya telah keluar dari rumah menuju ke Perak. Perjalanan sendirian memberi banyak ruang masa untuk saya berfikir..berzikir.. merancang dan menilai diri. Banyak impian dan cita-cita dimakbulkan Allah. Banyak ujian dari Nya. Apa-apa pun redho dan syukur dengan segalanya. Bila selesai pengajian saya yakin perjalanan serta liku kajian saya akan diteruskan. Ramai yang berkata, bila dapat PhD...barulah bermula perjalanan. Itulah realiti. Namun, perjalanan fizikal dan mental kali ini kadang-kadang lebih mencabar daripada zaman belajar. Setelah menjinakkan kereta sejauh 479km, maka sampailah saya di Bandar Seri Iskandar, Perak. Beberapa tahun yang lepas saya hanya melihat pembinaan yang rancak berjalan.
Keterujaan saya bertambah lagi bila melintasi Universiti Teknologi Petronas...saya pernah menginap di situ..10 tahun yang lalu.
Hari ini merupakan hari pertama saya di sini, di Bandar Pendidikan ini. Apa yang pasti tempat untuk makan di sini tak sukar mencarinya, seperti di Tanjong Malim, Skudai, Bangi, Serdang...pastnya mengembirakan saya.Kenyang perut senang hati..
Saya memilih untuk menginap di Hotel Seri Iskandar @ D Hotel. Nasib menyebelahi saya kerana pihak hotel sanggup melepaskan satu bilik twin untuk saya atas alasan saya melakukan tugas rasmi untuk kementerian. Alhamdulillah. Hotel dan homestay di sini semuanya penuh kerana pelajar UiTM berkonvoksyen. Hotel ni agak baru dan selesa, sewa semalam RM 160.
Setelah menyegarkan diri dan tekak, saya mengambil keputusan untuk melihat Kelly Castle. Tak banyak yang dapat saya cerita kerana saya hanya melihat dari luar sahaja, maklumlah suasana sudah semakin petang. Setelah merakam gambar saya pulang ke hotel untuk menyiapkan kerja yang perlu sebelum ke sekolah esok.
alhamdulillah malam yang panjang amat singkat bagi saya. Tidur yang lena menyegarkan sesiapa sahaja......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan