Membaca sudah menjadi amalan saya setiap hari tetapi kesukaran untuk berkongsi apa yang telah atau sedang dibaca menjadi halangan lantaran sikap. Keinginan untuk berkongsi ilmu membuak-buak. Halangannya ialah saya gemar menghurai panjang lebar, akhirnya tak tertulis. Saya mengambil keputusan agar setidak-tidak selepas ini saya akan menulis secara ringkas mengenai buku-buku yang telah saya baca. Sharing is caring. Buku yang saya nak kongsi kali ini merupakan sebuah kit pembelajaran matematik bagi tajuk PENJELMAAN Tingkatan 2.
Buku ini digunakan bersama-sama dengan Geometer's Sketchpad (GSP). Buku yang diterbitkan ini memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari tajuk penjelmaan melalui 5 fasa pembelajaran geometri Van Hiela iaitu Fasa informasi, orientasi terarah, penjelasan, orientasi bebas dan fasa intergrasi.
Penulis berjaya mengolah modul ini sehinggakan ianya menjadi santai dan menarik. Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami. Latihan yang diberikan dapat menguji pelajar dalam sub-tajuk.
Manakala grafik berbentuk rajah, jadual dan menu komputernya yang menarik. Grafik yang disertakan bag setiap langkah dan penerangan membantu pelajar memahami konsep yang diajar. Buku ini saya kategorikan kepada "MESTI MILIK" kepada semua guru dan pelajar matematik. Tahniah kepada En Abdul Halim Abdullah dan Prof. Madya Dr Effandi Zakaria.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan