sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 9 Jun 2013

SATAY TULANG

Masakan yang bakor atau panggang  memang jadi febret anak-anak, abah dan mama dia sekali... Terutama Honey roasted chicken saya tu. Satay pun sama...sebutlah satay apa...semuanya licin.. kecuali nasi himpit. Saya pernah tipu anak perempuan saya supaya makan satay arnab...termakan juga sekali tapi selepas tu, dah tak boleh tipu lagi.Kalau ikut selera abahnya...memilih sikit.. Kalau anak lelaki pulak, dia pasti order satay arnab...ikut selera mama dia. Saya ni gemar juga satay perut, hati, arnab, daging lembu, ayam dll. Kali ni saya masak satay yang pelik sikit, SATAY TULANG...dengar pun dah macam susah nak makan..don't worry.. berbaloi dengan rasanya yang enak, manis memikat.
Dr Fouziah Mohd

Idea ni muncul semasa menonton TV3, siaran majalah 3..adalah seorang pengusaha satay tulang di Seremban. Nak pergi merasa tu agak jauh .... Maka saya pun mereka sendirilah resepi sebab resepi mereka tu RAHSIA. Resepi saya  ni TAK RAHSIA malah boleh disebarkan untuk semua (kalau nak mention nama lagi baik atau link kpd blog saya....lagi suker). Moga mendapat sedikit pahala dari Nya. Nak tahu bahannya? Ni dia.... SATU LAGI...cuba tau...
1 cawan bawang merah yang dihiris- ditumbuk/kisar
1 cmt jintan manis- ditumbuk halus
1 cmt jintan putih- ditumbuk halus
4 ulas bawang putih- ditumbuk
1 ruas halia (+- 4 sudu besar bila ditumbuk)
3 mangkuk ayam bertulang yang telah dipotong kecil
6 sudu besar gula
3 cmt garam
3 sb serbuk kunyit
1 sb serbuk cili

Gaul kesemua bahan perapan di atas dengan ayam yang telah dipotong kecil.
Perap paling kurang 4 jam---> saya perap 8 jam= meresap elok aja.
Dr Fouziah Mohd
 Cucuk dengan buluh satay- memang perlu berhati-hari, agak sukar untuk dicucuk dengan tulang-tulang tu...cari angle yang sesuai.
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd

Bolehlah dibakar--> saya guna pemanggang elektrik- kalau guna arang lagi wangi.
Dr Fouziah Mohd
 Semasa membakar renjiskan dengan minyak masak + air lebihan perapan ayam + sedikit kuah kacang
Gunakan serai yang diketuk sedikit bahagian hujungnya. 
Dr Fouziah Mohd
 KUAH SATAY
3 cwn kacang tanah yang digoreng kering
4 sudu cili serbuk/cili giling
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci (25 cm....) lengkuas diketuk
1 keping gula merah/gula pasir = 1/2 cawan
sedikit minyak untuk menumis- 3 sudu
Garam secukupnya
CARANYA:

- Hiris halus  5 ulas bawang merah dan ketepikan
- 10 ulas lagi dikisar bersama-sama bawang putih, halia dan 2 cawan kacang tanah dan 3 cawan air. 
- 1 cawan kacang tanah lagi dikisar kasar
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang dihiris sehingga perang dan wangi.
- Masukkan pes cili ke dalam tumisan tadi- jika guna cili serbuk- jadikan pes terlebih dahulu dengan mencampurkan sedikit air.
-Teruskan menumis sehingga wangi dan cili garing.
- Masukkan bahan-bahan  yang dikisar halus tadi.
-Masukkan lengkuas yang diketuk.
- Boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki.
-Jangan lupa..letak garam dan gula

Nasi Himpit
2 cawan beras
6 cawan air
1 cmt garam
1 helai daun pandan
- Basuh dan masak macam biasa dalam periuk elektrik + daun pandan.
 -Bila air dah kering bolehlah kacau beberapa kali. 
- Masukkan ke dalam bekas dan tekan dengan senduk sehingga rata dan padat.
- potong macam biasa.  
 ### MESTI CUBALAH...
### KALAU ADA ANAK YG MASIH KECIL---HATI-HATI....
Dr Fouziah Mohd

 
 





1 ulasan:

kakbesah berkata...

tengok resepi pon dh dpt agk ksedapannyer.. memang terbaik rajinn lah Dr fouzie!