Masakan ini saya sediakan dua hari yang lalu, bila balik kenduri dan membeli-belah tu, macam-macam idea keluar daripada anak-anak. Bila melihat mamanya ada di rumah, lagi menjadi-jadi.... Anak saya yang sulong tu pulak sering gunakan ayat killer, " ma, masa kakak ada di rumah ni lah boleh makan macam-macam, bila di tempat orang nanti..hari-hari makan roti... cornflakes...sedih tauuu...dah lah kakak balik 2 bulan aja..." Tersentuh hati ni... layan ajalah selagi termampu sediakan. Sepakat makan malam minta mama masakkan nasi lemak kerang (...saya pun perlahan-lahan memegang perut saya yang berlipat-lipat ni...berderet-deret makan nasi lemak, nasi minyak, nasi tomato, nasi beryani, makan durian pula memanjang-manjang...bila nak surut lemak di perut ni..alahaiiii...). Selain daripada sambal kerang MELETOPPS saya sediakan juga resepi mengikut selera saya SAMBAL BILIS PETAI. Kalau tak share apa yang saya masak..rugi jugak tau..ilmu ni...
250 isi kerang
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cm halia
5 sudu besar cili serbuk/kisar
10 biji cili api
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar belacan bakar
1 sudu besar pes asam jawa
1 cawan gula melaka yang diracik
4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
minyak untuk menumis
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
Kisar cili api dan satukan dengan cili kisar/cili serbuk
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia tadi sehingga wangi dan garing
Masukkan cili kisar + cili api kisar
Goreng lagi sehingga garing
Masukkan belacan- goreng lagi
Masukkan gula melaka- kacau sehingga sebati
Campurkan pes asam jawa, sos tiram, daun pandan
Masukkan isi kerang dan masak sehingga sebati dan kalau perlu bolehlah tambahkan sedikit air.
Rasakan asam garam---> jemput makan..
boleh digandingkan dengan nasi lemak simple ni
Nasi Lemak
2 cawan beras biasa
1 cawan beras bashmati
1 cawan pati santan pekat
3 1/2 cawan air
1 cm halia
2 helai daun pandan
2 sk garam
- basuh beras sehingga bersih
- masukkan pati santan dan air
- masukkan garam dan daun pandan
- masak macam biasa- bila dah separuh masah, jangan lupa kacau nasi lemak tu agar santan sekata.
saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Ahad, 18 Ogos 2013
MOM KUE TEOW
Syawal tak sampai lagi separuh... puasa sunat belum berkesempatan dilaksanakan. Mood raya masih terasa, tetapi kemalasan masih jugak membelenggu diri. Dalam hati terasa, kalau berterusan bekerja lagi best kot (...kot aja ...) atau berterusan cuti lagi best kot... Apa-apa pun saya perlukan rehat dan akan bercuti selama beberapa hari. Dalam bab memasak pula, susah nak cari cuti, cuti pun memasak, tak cuti pun memasak. Setelah saya masakkan lauk ala kadar, saya gagahkan diri menyediakan Mom Kue Teow untuk ahli keluarga saya berbuka puasa sunat syawal.Pembaca bolehlah cuba, ada rasa lemak-lemak lagi tau... sedap...
2 mangkuk besar kue teow (2 bungkus)
3 cawan udang
1 cawan isi kerang
1 cawan bebola ikan- dibelah 2
8 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar belacan yang telah dibakar
4 sudu besar cili boh/serbuk
5 sudu kacang tanah yang telah digoreng
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 kiub pati ikan bilis
8 sudu kicap manis
1 biji telur
1 cawan daun kucai yg telah dipotong
3 cawan taugeh
5 sudu besar minyak bijan
4 cawan air / stok
garam
1 sb gula
- Kisar kepala udang dengan 1 cawan air dan tapiskan airnya.(sebahagian udang saya tak tanggalkan kepalanya)
- Kisar kacang tanah dan belacan dengan air tapisan tadi.
- Potong halus bawang merah dan bawang putih- tumis
- Masukkan cili boh,sos tiram, sos cili dan kicap manis.
- Bila sudah wangi dan garing, masukkan bahan kisar tadi (kacang tanah + belacan)
-Tumis lagi sehingga wangi.
- Masukkan udang, bebola ayam, isi kerang, pati bilis- biarkan seketika sehingga udang masak.
- Keluarkan udang sahaja- elakkan daripada terlebih masak.
-Masukkan 4 cawan air
- pukul telur dan masukkan ke dalam kuali- kacau sedikit
-masukkan daun kucai, taugeh dan kue teow- tak perlu lama bagi mengelakkan daripada meresap dan kembang.
**rasa dahulu..masin, manisnya....
-Angkat dan renjiskan dengan bijan bijan.
-Inilah hasilnya.
- kalau suka boleh tabur cili potong dan perah limau nipis.

Sabtu, 17 Ogos 2013
Makan Nasi Ala Kampung di Restoran Cikgu
KELANTAN = BUDU..jika tidak..tak sah..kalau orang Kelantan tak makan budu, terasa sedikit banyak kejanggalannya. Kami sekeluarga ni peminat budu walaupun bukan orang Kelantan tetapi pernah menetap di Kelantan selama 9 tahun. Sehingga kini, sudah menjadi satu kemestian jika ke Kelantan, makan nasi ala kampung yang ada ulam-ulam, budu dan ikan singgang.
Kali Ini entah kali ke berapa kami ke Kota Bharu, beberapa bulan lepas tak sempat makan di situ sebab dah makan di Pak Ya Sup Gear Box di Pasir Putih. Kali ini memang saya tak sediakan sarapan yang berat... nak makan lebih sikit di Restoran Cikgu. Lokasi Restoran ini amat strategik kerana dikelilingi tempat membeli-belah seperti pasar Siti Khadijah, Bazaar Tg Anis, muzium, masjid dan pusat kraftangan. Penat meronda-ronda dan shopping....boleh merasa selera orang Pantai Timur.
Jom layan gambar yang telah saya rakam...
Percaya atau tidak..
kos makanan dan minuman kami hanya RM33.00.
ayam 2 ketul besar, ikan keli saiz XXXL 1 ekor, ikan patin 1 potong, ulam 3 pinggan, masak lemak kubis 1 pinggan, ikan cencaru saiz XXL goreng 1 ekor, budu 2 pinggan (tempoyak+mangga, bawang dll..), air sirap bandung 1 jug besar, nasi 6 pinggan
Ulam pucuk gajus/ketereh/jambu golok pun ada, ulam kacang bendi celur juga memikat selera... pucuk ubi keleek/seteller celur pun ada tau...cicah dengan budu...phewwwww....
Tenguk tu..saiz ikan keli..besarrr..panas-panas dan garing lagi.
Sedikit sahaja masalah bila nak makan di sini, terpaksa menunggu tempat duduk kosong.... Namun begitu ianya bukanlah masalah yang membuat kami serik ke sana.
Kepada peminat nasi + ulam + budu + sambal belacan, jomlah melayan selera anda.Kalau nak belanja saya sekeluarga, beritahu aja.....saya sudi :)

Selasa, 6 Ogos 2013
KUIH LIDAH
Cara nak menyediakannya pun senang sangat-sangat, sambil menonton TV pun siap. Bahan-bahannya pun mudah didapati.
500g tepung gandum
4 sudu marjerin
1 biji telur
1st garam
Gula aising
air sejuk secukupnya
Untuk melapis- 1/2 cawan minyak + 3 sb tepung ubi
Gaul tepung gandum dan marjerin sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan telur dan uli sehingga sebati sambil masukkan air sedikit demi sedikit
Uli sehingga doh tidak melekat
Canai nipis dan sapukan dengan bancuhan minyak dan tepung ubi tadi
Gulung
potong mengikut ketebalan yang dikehendaki, lagi nipis dan kecil..lagi cute kuih raya anda
setiap kepingan yang telah dipotong tadi dicanai sehingga nipis... hasilnya dari kanan ke kiri..(gambar di bawah..)
Saya sediakan saiz macam tuan rumah XXL... kalu saiz S ...solid.. satu suap sebiji. Tu dia , yang dah siap dicanai
Apa lagi..goreng dengan api yang sederhana dan minyak penuh..deep fry
Sejatkan
Taburkan gula aising sehingga rata
simpan di dalam bekas kedap
... dan hidangkan kepada tetamu
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari saya sekeluarga :)
Langgan:
Catatan (Atom)