sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 18 Ogos 2013

SAMBAL KERANG MELETOP

Masakan ini saya sediakan dua hari yang lalu, bila balik kenduri dan membeli-belah tu, macam-macam idea keluar daripada anak-anak.  Bila melihat mamanya ada di rumah, lagi menjadi-jadi.... Anak saya yang sulong tu pulak sering gunakan ayat killer, " ma, masa kakak ada di rumah ni lah boleh makan macam-macam, bila di tempat orang nanti..hari-hari makan roti... cornflakes...sedih tauuu...dah lah kakak balik 2 bulan aja..." Tersentuh hati ni... layan ajalah selagi termampu sediakan. Sepakat makan malam minta mama masakkan nasi lemak kerang (...saya pun perlahan-lahan memegang perut saya yang berlipat-lipat ni...berderet-deret makan nasi lemak, nasi minyak, nasi tomato, nasi beryani, makan durian pula memanjang-manjang...bila nak surut lemak di perut ni..alahaiiii...). Selain daripada sambal kerang MELETOPPS saya sediakan juga resepi mengikut selera saya SAMBAL BILIS PETAI. Kalau tak share apa yang saya masak..rugi jugak tau..ilmu ni...
Dr Fouziah Mohd

250 isi kerang
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cm halia
5 sudu besar cili serbuk/kisar
10 biji cili api
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar belacan bakar
1 sudu besar pes asam jawa
1 cawan gula melaka yang diracik
4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
minyak untuk menumis 
 Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
Kisar cili api dan satukan dengan cili kisar/cili serbuk
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia tadi sehingga wangi dan garing
Masukkan cili kisar + cili api kisar
Goreng lagi sehingga garing
Masukkan belacan- goreng lagi
Masukkan gula melaka- kacau sehingga sebati
Campurkan pes asam jawa, sos tiram, daun pandan
Masukkan isi kerang dan masak sehingga sebati dan kalau perlu bolehlah tambahkan sedikit air.
Rasakan asam garam---> jemput makan.. 


boleh digandingkan dengan nasi lemak simple ni

Nasi Lemak
2 cawan beras biasa
1 cawan beras bashmati
1 cawan pati santan pekat
3 1/2 cawan air
1 cm halia
2 helai daun pandan
2 sk garam
- basuh beras sehingga bersih
- masukkan pati santan dan air
- masukkan garam dan daun pandan
- masak macam biasa- bila dah separuh masah, jangan lupa kacau nasi lemak tu agar santan sekata.

Tiada ulasan: