sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 18 Ogos 2013

MOM KUE TEOW

Syawal tak sampai lagi separuh... puasa sunat belum berkesempatan dilaksanakan. Mood raya masih terasa, tetapi kemalasan masih jugak membelenggu diri. Dalam hati terasa, kalau berterusan bekerja lagi best kot (...kot aja ...) atau berterusan cuti lagi best kot... Apa-apa pun saya perlukan rehat dan akan bercuti selama beberapa hari. Dalam bab memasak pula, susah nak cari cuti, cuti pun memasak, tak cuti pun memasak. Setelah saya masakkan lauk ala kadar, saya gagahkan diri menyediakan Mom Kue Teow  untuk ahli keluarga saya berbuka puasa sunat syawal.Pembaca bolehlah cuba, ada rasa lemak-lemak lagi tau... sedap...
2 mangkuk besar kue teow (2 bungkus)
3 cawan udang
1 cawan isi kerang
1 cawan bebola ikan- dibelah 2
8 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar belacan yang telah dibakar
4 sudu besar cili boh/serbuk
5 sudu kacang tanah yang telah digoreng
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 kiub pati ikan bilis
8 sudu kicap manis
1 biji telur
1 cawan daun kucai yg telah dipotong
3 cawan taugeh
5 sudu besar minyak bijan
4 cawan air / stok
garam
1 sb gula
- Kisar kepala udang dengan 1 cawan air dan tapiskan airnya.(sebahagian udang saya tak tanggalkan kepalanya)
- Kisar kacang tanah dan belacan dengan air tapisan tadi.
- Potong halus bawang merah dan bawang putih- tumis
- Masukkan cili boh,sos tiram, sos cili dan kicap manis.
- Bila sudah wangi dan garing, masukkan bahan kisar tadi (kacang tanah + belacan)
-Tumis lagi sehingga wangi.
- Masukkan udang, bebola ayam, isi kerang, pati bilis- biarkan seketika sehingga udang masak.
- Keluarkan udang sahaja- elakkan daripada terlebih masak.
-Masukkan 4 cawan air
- pukul telur dan masukkan ke dalam kuali- kacau sedikit
-masukkan daun kucai, taugeh dan kue teow- tak perlu lama bagi mengelakkan daripada meresap dan kembang.
**rasa dahulu..masin, manisnya....
-Angkat dan renjiskan dengan bijan bijan.
-Inilah hasilnya.
- kalau suka boleh tabur cili potong dan perah limau nipis.
Dr Fouziah Mohd


Tiada ulasan: