Kali Ini entah kali ke berapa kami ke Kota Bharu, beberapa bulan lepas tak sempat makan di situ sebab dah makan di Pak Ya Sup Gear Box di Pasir Putih. Kali ini memang saya tak sediakan sarapan yang berat... nak makan lebih sikit di Restoran Cikgu. Lokasi Restoran ini amat strategik kerana dikelilingi tempat membeli-belah seperti pasar Siti Khadijah, Bazaar Tg Anis, muzium, masjid dan pusat kraftangan. Penat meronda-ronda dan shopping....boleh merasa selera orang Pantai Timur.
Jom layan gambar yang telah saya rakam...
Percaya atau tidak..
kos makanan dan minuman kami hanya RM33.00.
ayam 2 ketul besar, ikan keli saiz XXXL 1 ekor, ikan patin 1 potong, ulam 3 pinggan, masak lemak kubis 1 pinggan, ikan cencaru saiz XXL goreng 1 ekor, budu 2 pinggan (tempoyak+mangga, bawang dll..), air sirap bandung 1 jug besar, nasi 6 pinggan
Ulam pucuk gajus/ketereh/jambu golok pun ada, ulam kacang bendi celur juga memikat selera... pucuk ubi keleek/seteller celur pun ada tau...cicah dengan budu...phewwwww....
Tenguk tu..saiz ikan keli..besarrr..panas-panas dan garing lagi.
Sedikit sahaja masalah bila nak makan di sini, terpaksa menunggu tempat duduk kosong.... Namun begitu ianya bukanlah masalah yang membuat kami serik ke sana.
Kepada peminat nasi + ulam + budu + sambal belacan, jomlah melayan selera anda.Kalau nak belanja saya sekeluarga, beritahu aja.....saya sudi :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan