Lokasi: Trek joging.
Hari : 1
Menikmati keindahan alam sebegini menjadikan saya lupa segalanya. Sambil kaki menguis dedaun kering yang gugur. Saya meregangkan urat-urat tangan dan kaki. Bangku kecil muat-muat tubuh 'sasa' ku ini. Sesekali mata meliar memerhatikan pasangan remaja yang menggunakan kesempatan ridah ini untuk bermesra. Saya juga begitu 28 tahun yang lalu. Kegembiraa dan kesedihan bersilih ganti di depan mata...hati saya bagaikan ditembak peluru ..bukan lagi ditusuk sembilu bila melihat pasangan dewasa dan usia emas yang bergandingan berlari dan berjalan. Bahagianya mereka. Takdir menentukan saya bersendirian. Alangkah gembira jika ada insan di sisi saya, insan yang mengurut-urut lengan dan betis takala keletihan. ohh...alangkah....Saya tidak menyalahkan takdir, saya insan yang sangat lemah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, aturan Allah adalah terbaik. Saya yang gagal menilai setiap kebaikan daripada apa yang berlaku.
Lamunan saya terhenti bila disapa oleh seorang lelaki lewat usia... "Awalnya berhenti, tak berpeluh pun lagi tu...". Lantas saya membalas, " selepas ni nak sambung lagi". Dia berlalu meninggalkan saya yang masih di bangku konkrit. Saya bangun malas...perlahan-lahan mengatur langkah menyusuri trek joging. Tiba pada pusingan akhir lari-lari anak saya pada petang ini, Pada usia begini saya banyak berehat daripada berlari..penat...tapi syukur alhamdulillah sebarang penyakit belum lagi hinggap.
Jam menunjukkan ke angka 6.30 petang, saya melangkah ke tempat letak kereta. Bagaikan cerita drama masa kini...mata saya terpandang lelaki yang menegur saya tadi berada di hadapan kereta saya. Mahu tak mahu saya menyapa "tak nak balik lagi?". "Saya tinggal di situ sahaja"...aahhh..pelik..kenapa ditundingnya jari ke arah bangunan kerajaan tu. Lantaklah...
Saya meneruskan perjalanan pulang untuk bertemu anak-anak yang seharian ditinggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan