Kali pertama telinga ini mendengar ungkapan ..PANJAT TINGGI-TINGGI... INGAT-INGATLAH SIKIT... BILA JATUH TU... SAKIT. Terkejut pun tidak... terpingga-pingga pun tidak. Ungkapan yang menjentik minda untuk saya terus berfikir. Bagi diri saya yang daif ini, ungkapan tersebut bukanlah amaran. Saya tidak pernah mengancam sesiapa atau tidak pernah dengar daripada sesiapa yang mereka terancam kerana saya.
Masa yang ada membuat saya terus berfikir..kenapa saya tidak meminta pengungkap tadi mengulas lanjut. Saya pula perlu berfikir, bila saya berfikir sendirian... jawapannya mungkin tidak sama dengan apa yang dimaksudkan.
Saya balik ke bilik bersama secawan kopi o tanpa gula dan 4 keping biskut kering.
Bila saya bersandar di kerusi... angan-angan saya melangit. Alangkah seronoknya bila dapat memanjat pokok Yang tinggi... yang sangat tinggi..kaki ini terasa begitu bersemangat.. Saya bukan seorang yang gayat.
bila saya bayangkan yang saya berada di bawah pokok... alangkah seronoknya bila berada di tempat yang tinggi.. lebih-lebih lagi dapat panjat pokok... pokok rimbun..berbuah lebat..alangkah....
Realitinya
Realitinya
Sekarang bila saya sendirian... tak tahu tinggi mana pokok yang saya telah panjat....atau akan saya panjat. Penilaian ketinggian itu berbeza, bagi saya pokok tersebut tinggi tapi tidak bagi anda.
kenapa bila jatuh tu sakit
realitinya..
siapa diri kita..siapa saya.
Siapa saya di mata penutur itu?
Siapa saya di mata penutur itu?
Adakah saya kaca
saya kertas
saya plastik
saya daun
saya buah... buah pun berada di tempat yang tinggi
Saya hanya manusia biasa yang gemarkan tempat yang selesa... tinggi... jauh daripada hiruk-pikuk...
saya adalah bola ... bola besar..yang sangat besar dan kuat
Jika saya jatuh dari tempat tinggi
saya akan melantun...saya tidak akan sakit...saya tidak akan kecewa..jauh sekali berputus asa.
Saya akan terus bergolek...
Saya akan terus memanjat..dan memanjat setinggi mungkin..saya akan bersedia untuk membawa bekalan dan ilmu yang secukupnya..andai kata saya jatuh.. saya sangat bersedia.
Renungan diri; PENCERAIAN BUKAN AKHIRAN
saya adalah bola ... bola besar..yang sangat besar dan kuat
Jika saya jatuh dari tempat tinggi
saya akan melantun...saya tidak akan sakit...saya tidak akan kecewa..jauh sekali berputus asa.
Saya akan terus bergolek...
Saya akan terus memanjat..dan memanjat setinggi mungkin..saya akan bersedia untuk membawa bekalan dan ilmu yang secukupnya..andai kata saya jatuh.. saya sangat bersedia.
Renungan diri; PENCERAIAN BUKAN AKHIRAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan