sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Sabtu, 14 April 2012

KERABU MANGGA MESRA

KERABU MANGGA MESRA



Dah Allah jadikan hati seorang ibu..bila makan apa-apa mesti teringatkan anak-anak terutama yang duduk jauh... Sayu hati... tapi sambil sayu tadi habis jugak sepinggan penuh nasi...sebab masa makan fikiran melayang ingatkan anak sehingga tak sedar dah HABISSSS..... Seorang lagi yg sy ingat bila makan kerabu ialah Zam tutor di UKM tuuu..dia suka kerabu. Makanan yang dimasak sendiri ni memang kita semua control nak masin ke..manis ke...pedas ke...masam ke...senang kan? Kalau beli daripada kedai tu diam-diam saja..usah merungut dsb. Tengah hari saya buatkan kerabu mangga, guna buah mangga yg dibeli di pasar tani. Saya terlupa beli bunga kantan, kalau ada boleh diletakkan, pokok bunga kantan saya tak berbunga huhuhu.... Saya cukup bertuah sebab di kawasan rumah saya ada ditanam  macam-macam pokok ulam, serai, limau purut, limau nipis, pandan, lada hitam, pisang, ubi, cili api, daun kunyit dll.  Ini resepinya cubalah, pasti tak menyesal.
 BAHAN-BAHANNYA:
3 biji buah mangga yg sebesar penumbuk
1 batang karot
1 cwn udang kering yg telah digoreng dan ditumbuk
7 biji cili api (kalau tak suka pedas..kurangkan)
7 helai daun limau purut
3 sudu besar sos ikan (kalau tak ada pun tak apa)
7 batang serai 
7 ulas bawang merah
gula secukupnya (ditumbuk bersama udang kering tadi)
garam (kalau guna sos ikan.. kenalah rasa dulu sbb sos ikan sudah masin)

CARANYA;
Mangga, karot dipotong/ sagat memanjang.
Serai (guna bhg putih shj), bawang merah, cili dan daun limau purut dipotong nipi-nipis.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk yang agak besar.
Gaul sehingga sebtul-betul rata.
Rasakan manis/masin biar seimbang.
Hidangkan.

* Saya belajar memasak dari hati.. ikhlas
* Kalau sedap...sebarkan.... kalau tak sedap...pandai-pandailah ubahsuai.

Tiada ulasan: