Oklah..mentaliti masyarakat kampung (agaknya)... dia memang tak tahu apa- apa....tetapi hati orang kampung tulus....orang kampung sudah maju, orang kampung bijak. Usah lupa juga..orang kampung sibuk, mereka bekerja untuk makan sehari, kerja guna tenaga tulang empat kerat, anak ramai. Untuk datang ke sesuatu majlis pendidikan anak seperti tadi mereka keluar dari rumah pada pukul 8.00 pagi - ayam belum diberi makan, kain belum dibasuh, sampah belum disapu, makan pagi belum dan kalau yang lelakinya.... minta kebenaran majikan atau tidak ke laut hari ini. Ada yang menumpang jiran. Itulah pengorbanan mereka untuk anak mereka untuk pendidikan anak.
Saya nak kongsi satu kisah tentang orang politik yang menggajikan orang pandai akademik sebagai pembantu-pembantunya. Orang yang bekerja dengan ahli politik perlu seiring, sama ceria, bijak dan praktikal bila berurusan dengan orang kampung sebab orang kampung adalah golongan yang praktikal.....
Bila ahli politik berkata saya ambil peduli tentang tuan puan/ adik kakak di depan saya... tetapi pekerja yang mengagihkan pemberian ahli politik itu hanya pandai akademik sahaja tidak memadai. Begitu juga dengan ahli politik... mereka perlu menjadikan orang kampung merasa boleh diterima setelah dilayan dengan cara yang betul. Bila orang kampung dibiarkan beratur sepanjang-panjang barisan...lama...di tengah panas tanpa ada keCAKNAan.. pasti ahli politik itu FAIL.. lebih-lebih lagi pekerja kepada ahli politik yang tidak CAKNA juga... kesian ahli politik DUA KALI FAIL...GAGAL.... dalam bercakap tentang cakna tetapi melakukan sebaliknya.
Ahli politik sekarang perlu bijak dan bukan hanya menggajikan pembantu yang pandai akademik tetapi hati jauh daripada orang kampung....Haaaaa...ini pentingkan orang yang kurang pandai akademik tetapi praktikal... Kerja susah jadi senang :)
Rumusannya ialah: Ahli politik yang benar-benar bijak akan bijak dalam semua perkara..mempamerkan kebijakannya supaya segala perbuatan dan percakapannya selari bukan untuk dirinya sahaja tetapi melibatkan semua pekerja dibawahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan