sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Sabtu, 14 April 2012

Lempeng Nasi

Lempeng Nasi Ala Mat Gebu


Sarapan yang ringkas dan mudah disediakan sebagai pengalas perut pada waktu pagi sangat penting. Dalam berkejar-kejar menyiapkan anak ke sekolah sempat lagi saya menyediakan lempeng nasi ni. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal bilis atau kuah kari.  Anak lelaki bongsu saya memilih susu pekat manis...anak ke tiga pula sukakan jem dan kami yg dewasa apa lagi...sambal bilis.  Resepi ini amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Resepi ni saya dapati daripada MAT GEBU  Kos yang rendah sebab bahan utama ialah lebihan nasi malam tadi. Jom check resepi: TAPI...AMPUN MAAF DIPINTA SEBAB PATIK DAH MENGUBAH RESEPI ASAL MAT GEBU..PATIK TAMBAH GULA ....walaubagaimana pun lempeng ini tetap GEBU tau... :)
Bahan-bahannya ialah:
2 cawan nasi
3 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
5 sudu minyak masak
5 sudu gula
1 sudu garam 


Caranya:
Blend nasi dan air hingga hancur.
Campurkan tepung gandum, gula, minyak masak dan garam.
Kacau sebati. 
Perapkan seketika- (Saya sempat bakar sebahagian dan yang lebihan tu saya simpan selama 4 jam... lagi sedap rasanya).
Tuangkan kedalam non-stick pan sesenduk kecil  bagi memudahkan anak-anak makan.
Tutup dengan penutup pan seketika dan balikkan.
Dah siap untuk di makan.

Tiada ulasan: