Bila dah siap memasak, saya seorang sahaja makan bagai nak rak... anak-anak hanya sentuh di hujung bibir sahaja. Sedihnya...iyalah..selera masing-masing. Si suami pula memang tak gemarkan masam. Nampaknya saya masak dan saya makan. full stop... Apa-apa pun bagai saya, sungguh nikmat memakannya... puas selera saya. Kalau nak cuba, just follow resepi ni yer...
2 mangkuk belimbing besi
3 cawan pati santan
6 ulas bawang merah
1 cawan air
6 biji cili api
1 sk serbuk kunyit
1 ekor ikan kembong
garam
Garam- menguli dan letak dalam masakan.
Cara penyediaan
- Pecah-pecahkan/ tumbuk belimbing di dalam lesung batu
- basuh
-Ramas-ramaskan belimbing tadi dengan garam- kalau garam kasar lagi baik
- Perah air masam tadi dengan kain kasa/ penapis sehingga habis
- Bakar atau rebus ikan kembong
-Tumbuk isi ikan, bawang merah dan cili api
- Masukkan belimbing ke dalam periuk
-Tambahkan bahan tumbuk tadi + 1 cawan pati santan + serbuk kunyit dan 1 cawan air
-Masukkan pati santan selebihnya
- Jika agak pekat boleh tambahkan air mengikut kesesuaian
- Rasakan garam
-UDAH SIAP DONGGGG...
P/s: Kadang-kadang lebih nikmat makan makanan yang kita suka ni sorang-sorang :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan