Larangan UntukMengajar
Oleh Nur Lela Zulkipli
Kuala Lumpur: Guru tuisyen yang memukul kanak-kanak berumur empat
tahun gara-gara gagal menghafal susunan abjad pada Selasa lalu bakal
berdepan tindakan larangan mengajar jika didapati tidak berdaftar di
bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim
berkata, setiap tenaga pengajar perlu mendaftar untuk kebenaran mengajar
di luar waktu persekolahan dan hanya mengajar mereka yang berada dalam
alam persekolahan.
“JPN Selangor menyiasat kes ini dan
masih menunggu laporan daripada pusat tuisyen berkenaan bagi mengenal
pasti status guru berkenaan.
“Kami memutuskan tindakan seterusnya selepas laporan penuh
diterima dan jika guru berkenaan bergantung kepada status sama ada
berdaftar di bawah JPN atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, di
sini, semalam.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan
kanak-kanak lelaki berumur empat tahun, Issac Chan Yi Bing lebam dan
luka di badannya selepas dipukul guru tuisyennya akibat gagal menghafal
susunan abjad di Sri Gombak, Selasa lalu.
Menurut ibu
mangsa, Ong Mei Li, 30, sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada Jumaat
ini disambut sugul berikutan anaknya sering menangis pada lewat malam
kerana terbayangkan peristiwa yang menimpanya.
“Saya syak guru berkenaan pernah memukulnya sebelum ini kerana
Issac sering menangis setiap kali saya menghantarnya ke pusat tuisyen
tetapi saya tidak mengendahkannya kerana beranggapan dia hanya malas ke
sana.
“Namun kini saya menyesal kerana tidak mendengar
masalah anak saya dan selepas ini saya lebih berhati-hati supaya
kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.
Menurut Mei Li, dia sanggup membelikan anak kesayangannya itu
permainan kepala singa bagi mengembalikan semangat anaknya itu selepas
kejadian itu.
Sementara itu, Pakar Pediatrik dan
Kardiologi Kanak-kanak, Dr Yong Junina Fadzli menyifatkan kejadian yang
menimpa mangsa tidak sepatutnya berlaku memandangkan perkembangan
otaknya belum bersedia menerima pengajaran yang terlalu mendalam.
“Kanak-kanak berumur empat tahun sepatutnya diberi peluang bermain
seperti kanak-kanak lain dan bukannya belajar mengenai susunan abjad
sehingga lancar,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30
saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Khamis, 30 Januari 2014
PATI lebih istimewa daripada pelajar kita
Saya tertarik dengan laporan yang disiarkan ini.
KERA DI HUTAN DISUSUKAN..ANAK SENDIRI BAGAIMANA?
Untuk Renungan bersama... siapa kita... siapa dia...?
Artikel ini disiarkan dalam Harian Metro 29 Januari 2014
Semoga membuka minda dan mata kita semua
Oleh Yaacob Abdul Rahim
Bagi orang bujang di Lembah Klang, RM20 hingga RM25 sehari untuk belanja makan dan minum sudah mencukupi jika mereka sekadar menjamu selera di gerai, restoran mamak atau tomyam.
Lainlah kalau memilih restoran mewah atau hotel, RM200 pun mungkin belum tentu cukup. Itupun agak mustahil bagi orang bujang atau pasangan sudah berkahwin makan di restoran mewah berkenaan setiap hari. Maklumlah, tekak orang kita lebih kepada juadah dihidangkan restoran biasa.
Begitu juga dengan pelajar di asrama sekolah. Kebiasaannya kos makan mereka ditetapkan hanya antara RM10 dan RM15 satu kepala setiap hari oleh pengurusan sekolah. Pandai-pandailah pengendali dewan makan menyediakan menu kepada pelajar terbabit asalkan mendapat kelulusan pihak sekolah. Peruntukan itu mungkin lebih sedikit bagi pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi awam yang masih mengamalkan sistem ‘makan kawah’. Itupun, jumlahnya mungkin tidak sampai RM20 sehari.
Bagaimanapun, saya agak terkejut apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 4 Januari lalu mendedahkan bahawa kerajaan secara purata terpaksa menanggung perbelanjaan kira-kira RM75 sehari bagi setiap pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di 13 Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara.
Ketika pengumuman itu dibuat, dianggarkan 6,500 PATI sedang ditahan, bermakna perbelanjaan kira-kira RM500,000 sehari diperlukan untuk menanggung mereka.
Beliau memberi alasan, kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan PATI terbabit di Depot Tahanan Imigresen ekoran keengganan negara asal menerima mereka kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.
Sehubungan itu, tidak hairanlah kenapa banyak pihak mempertikaikan kenapa kerajaan perlu mengeluarkan belanja terlalu tinggi kepada PATI terbabit sedangkan kalau mereka bekerja pun, upah yang diterima tidaklah sebegitu tinggi.
Sebagai contoh, PATI yang bekerja di sektor pembinaan hanya dibayar antara RM30 hingga RM40 sehari kalau mereka belum cukup mahir. Bagi yang rajin bekerja lebih masa, dapatlah RM30 lagi, itupun terpaksa bertugas hingga lewat malam.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kos menanggung PATI terbabit.
Presidennya Azih Muda seperti dilaporkan BERNAMA pada 10 Januari lalu berkata, kos tanggungan warga asing terbabit sebanyak RM75 seorang sehari terlalu tinggi dan mencadangkan ia diturunkan kepada RM35.
Menurutnya, kos RM75 sehari bermakna RM2,250 sebulan dibelanjakan kepada seorang PATI sedangkan ada penjawat awam hanya berpendapatan bulanan di bawah RM900.
Itu tidak termasuk rakyat tempatan lain terutama golongan petani, nelayan, buruh serta majoriti penduduk kampung yang berpendapatan bawah RM1,500 setahun. Azih berkata kos yang tinggi sehingga mencecah RM500,000 sehari itu seolah-olah menggambarkan kerajaan memberikan layanan istimewa kepada warga asing yang memasuki negara ini secara haram.
CUEPACS, katanya, berpendapat jika bebanan kerajaan itu dikurangkan, peruntukan berkenaan dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat seperti meningkatkan gaji dan elaun penjawat awam, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sebagainya.
Pendapat beliau tentu berasas. Seperti yang dimaklumi, sepanjang PATI terbabit menceroboh masuk ke negara kita, satu sen pun mereka tidak membayar cukai. Malah, mereka turut menerima subsidi kerajaan jika membeli bahan api dan beberapa jenis bahan makanan seperti beras dan tepung gandum. Lebih membimbangkan apabila kerajaan kini sedang mengadakan Ops Bersepadu 6P yang dilancarkan di seluruh negara pada 23 Januari lalu.
Lebih ramai PATI ditangkap bermakna kos menanggung mereka di depot imigresen juga makin meningkat. Apatah lagi apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji bahawa operasi di seluruh negara itu tidak akan dihentikan sehingga semua 400,000 pendatang terbabit yang dipercayai masih berada di negara ini dapat diburu. Dan, mereka akan diusir dari negara ini dalam tempoh tujuh hari selepas ditangkap.
Walaupun beliau memberi jaminan bahawa majikan akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung kos PATI yang ditahan di depot berkenaan, ia mungkin bukan semudah yang dijangka.
Saya yakin majoriti yang ditahan tiada majikan tetap kerana mereka bekerja berdasarkan panggilan harian daripada tauke yang mengenali mereka. Dan, bagi si tauke yang bijak bermain wayang kononnya tidak mengenali mereka bagaimana pula? Adakah kos itu terpaksa ditanggung kerajaan? Itu tidak termasuk negara asal mereka yang enggan menanggung kos berkenaan dengan alasan itu bukan tanggungjawab mereka.
Sebagai anak watan, penulis yakin majoriti rakyat Malaysia menyokong tindakan kerajaan terutama Jabatan Imigresen melaksanakan operasi menahan dan mengusir PATI yang sudah lama bagaikan beraja di hati, bersultan di mata.
Walaupun bukan semua, ramai PATI berkelakuan seperti Malaysia tanah air sendiri hingga mengguris perasaan rakyat tempatan. Adat resam dan nilai murni kita langsung tidak dihormati hinggakan ramai berasa rimas dengan kehadiran mereka.
Sehubungan itu, penulis bersetuju dengan pendapat Azih agar kos RM75 sehari itu dikurangkan segera. Bagaimanapun bukan RM35 seperti yang beliau cadangkan tetapi cukup sekadar RM15 sehari.
Kalau pelajar sekolah asrama sudah cukup dengan peruntukan sebanyak itu, takkanlah PATI mahu merungut. Lagipun, sudah lama mereka mengumpul kekayaan di negara ini secara haram. Kalau mahu makan lebih sedap, gunalah wang yang banyak dikumpul itu!

Renungan Untuk Guru 3
Kes 3
Murid dituduh mencuri wang disiasat secara ganas
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kajang: Tidak cukup digelar pencuri, seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Bangi dekat sini, mendakwa diheret guru disiplin lelaki hingga koyak baju selain dikurung beberapa minit dalam stor sekolah selain cuba dipukul dengan penyapu.
Mangsa yang dikenali sebagai Balqis, 11, berkata, dia diperlakukan demikian oleh guru berkenaan dalam usaha memaksanya membuat pengakuan palsu kononnya dia bertanggungjawab mencuri wang tunai RM290 milik seorang guru di sekolah itu.
Menurutnya, walaupun kejadian itu sudah berlaku lima bulan lalu, namun hingga kini dia masih digelar pencuri di sekolahnya, malah turut dilucutkan jawatan sebagai pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sejak kejadian itu.
“Pada hari kejadian 23 Ogos tahun lalu, saya bersama 12 rakan sekelas yang semuanya perempuan diminta membersihkan makmal sains sehari sebelum cuti sekolah dan selepas mengemas, kami terus pulang ke rumah.
“Bagaimanapun, selepas pulang daripada cuti sekolah, kami semua dipanggil untuk disoal siasat mengenai wang milik seorang guru yang mengajar subjek Kajian Tempatan sebanyak RM290 dikatakan hilang dan ketika itu, rakan sekelas mengaku mengambil wang itu, tetapi dia turut membabitkan nama saya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, apabila dia menafikan terbabit dengan kecurian itu, gurunya tidak mempercayai pengakuannya sebelum menuduh dia mencuri wang berkenaan dan bukan rakan sekelasnya yang mengaku berbuat demikian.
BALQIS menunjukkan baju sekolah yang koyak ditarik cikgu.
“Saya disoal siasat tiga hari oleh beberapa guru dan pada hari
kedua, saya duduk di foyer sekolah dan ketika itu, guru disiplin
berjalan ke arah saya dan menuduh saya mengambil wang itu dan apabila
saya enggan mengaku, dia menjerit ke arah saya sebelum menarik dan
mengheret saya dari foyer ke keretanya kononnya mahu membawa saya ke
balai polis.“Saya cuba menahan, tetapi tidak berdaya dan ketika itu guru itu menarik tangan saya dengan kuat hingga lengan baju terkoyak sambil dia memegang sejadah pula untuk menarik saya,” katanya.
Katanya, guru disiplin itu memaksanya mengaku termasuk menyatakan jika tidak mahu mengaku, dia akan dipukul dengan penyapu manakala hari seterusnya, seorang guru wanita mengheret dan mengurungnya dalam stor sekolah kerana enggan memberitahu tempat wang yang dicuri itu disimpan.
“Sejak kejadian itu, saya malu untuk ke sekolah dan rakan turut menjauhkan diri daripada saya kerana menyangkakan saya adalah pencuri. Saya tidak bersalah, tetapi diperlakukan begini,” katanya.
Sementara itu, ibu Balqis, Zalina Zakaria, 30, berkata, dia dan suaminya dipanggil ke sekolah selepas dua minggu anaknya disoal siasat dengan ganas.
“Dalam pertemuan dengan guru kaunseling, dia hanya memaklumkan anak saya mencuri wang dan tidak menyatakan dia dipukul, diheret, malah dikurung dalam stor sekolah.
“Apabila saya meminta untuk bercakap dengan rakan anak yang mengaku mencuri itu, guru berkenaan enggan memberi kebenaran dan seolah-olah mahu melindungi murid berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang menyiasat murid dengan ganas dan selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia kemudian pergi semula ke sekolah.
“Apabila saya menyoal tindakan guru disiplin yang mengheret dan memukul anak saya, guru itu dengan selamba menyatakan itu adalah cara soal siasat polis.
“Sejak kejadian itu, anak sulung saya tidak lalu makan, malah bertindak agresif hingga saya terpaksa membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Serdang sebanyak dua kali,” katanya.
Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis dan kes itu juga sudah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, namun hingga sekarang tiada tindakan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
Renungan Untuk Guru 2
KENAPA
Kes 2
Menurutnya, insiden jam 12.15 tengah hari itu bermula apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru berkenaan.
“Kepala saya pening dan rasa macam nak pitam selepas dihentak. Tudung saya juga tertanggal ketika kejadian itu, tapi cikgu terus memukul menyebabkan lengan saya lebam,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
“Saya kini trauma dan takut untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
Wan Nur Dania berkata, dia tidak tidak memberitahu sesiapa dan hanya mendiamkan diri ketika pulang ke sekolah jam 2.30 petang.
“Sehinggalah keesokan hari, saya beritahu ibu dan bapa,” katanya.
Sehubungan itu, dia dan isteri membuat laporan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
TINDAKAN SEGERA
Shah Alam: Seorang guru yang didakwa memukul seorang pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, akan dikenakan tindakan awal dengan ditukarkan ke sekolah sekitar Selangor dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan dan pihaknya sudah memanggil guru terbabit.
“Guru itu mengakui menghentak kepala selain mencubit hingga lebam lengan pelajar itu,” katanya.
Kes 2
Kepala dihentak ke meja
Oleh Nurul Huda Kosnon dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Shah Alam: “Kepala saya dihentak kuat lebih empat kali ke meja selain dicubit dan dipukul hingga lebam di lengan,” Kata pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, didakwa menjadi mangsa dera seorang guru di Sekolah kebangsaan Seksyen 20, di sini, Khamis lalu.Menurutnya, insiden jam 12.15 tengah hari itu bermula apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru berkenaan.
“Kepala saya pening dan rasa macam nak pitam selepas dihentak. Tudung saya juga tertanggal ketika kejadian itu, tapi cikgu terus memukul menyebabkan lengan saya lebam,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
“Saya kini trauma dan takut untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
Wan Nur Dania berkata, dia tidak tidak memberitahu sesiapa dan hanya mendiamkan diri ketika pulang ke sekolah jam 2.30 petang.
“Sehinggalah keesokan hari, saya beritahu ibu dan bapa,” katanya.
WAN Nur Dania menunjukkan kesan lebam pada lengan kiri.
Berikutan kejadian itu, bapanya, Wan Rohaizit Mohd Zain, 37,
membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang, selepas membawa anaknya
menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Wan Rohaizit berkata, sehari selepas kejadian itu dia ada bertemu guru
yang dimaksudkan anaknya itu, tetapi cikgu terbabit memberikan alasan
itu adalah teknik pengajaran yang berkesan untuk mendidik pelajar supaya
cepat pandai.Sehubungan itu, dia dan isteri membuat laporan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
TINDAKAN SEGERA
Shah Alam: Seorang guru yang didakwa memukul seorang pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, akan dikenakan tindakan awal dengan ditukarkan ke sekolah sekitar Selangor dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan dan pihaknya sudah memanggil guru terbabit.
“Guru itu mengakui menghentak kepala selain mencubit hingga lebam lengan pelajar itu,” katanya.
Renungan Untuk Guru 1
Kenapa?
Kes 1
Kuala Lumpur: “Kami tidak mengabaikan murid berkenaan, sebaliknya menjenguknya beberapa kali ketika tidur, keadaannya tidak serius dan kami tidak sangka dia mengalami ketumbuhan dalam otak,” kata seorang kakitangan sekolah di Putrajaya.
Murid berkenaan, Qistina Batrisyia Khairul Anuar,9, pada awalnya muntah dan hampir pitam ketika perhimpunan sekolah pada pagi 21 Januari lalu.
Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke bilik rawatan sekolah dan bapanya Khairul Anuar Aziz, 35, mendakwa anaknya dibiar di bilik rawatan berkenaan selama enam jam dan hanya minum air kosong yang dibawa dari rumah.
Polis bantuan di kediaman rasmi Perdana Menteri itu juga mendakwa pihak sekolah tidak memaklumkannya dan dia hanya melihat anaknya dipapah dalam keadaan tidak bermaya ketika datang untuk mengambilnya di sekolah pada jam 1.15 tengah hari.
Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Putrajaya dan selepas menjalani ujian darah serta imbasan di bahagian kepala, dia dan isterinya dimaklumkan oleh doktor bahawa Qistina menghidap penyakit ketumbuhan otak sebesar bola tenis di bahagian kiri kepala, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan.
“Selepas itu saya terus hubungi guru besar sekolah dan bertanya kenapa mereka tidak memberitahu saya atau isteri bahawa Qistina tidak sihat pada hari kejadian dan dia (guru besar) berkata perkara itu sedang dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di HKL, kelmarin.
Sementara itu, kakitangan sekolah berkenaan juga memaklumkan Harian Metro bahawa pihaknya sudah menghubungi Khairul Anuar, tetapi tidak dijawab.
“Pihak sekolah tidak mengabaikannya sebaliknya kami turut mengadakan doa selamat dan mengutip derma bagi meringankan beban keluarga murid berkenaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
TINDAKAN
Itu tegas Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jamaluddin Yusoff mengenai dakwaan seorang kakitangan awam yang terkilan kerana anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan otak diabaikan di bilik rawatan sekolah selama enam jam.
Bagaimanapun, Jamaluddin meminta semua pihak tidak menuding jari sementara menunggu siasatan selesai.
“Saya berpandangan bahawa apa yang berlaku adalah di luar dugaan semua pihak,” katanya ketika dihubungi semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
Kes 1
Murid hidap barah dibiar enam jam
Oleh Gaddafi MusliKuala Lumpur: “Kami tidak mengabaikan murid berkenaan, sebaliknya menjenguknya beberapa kali ketika tidur, keadaannya tidak serius dan kami tidak sangka dia mengalami ketumbuhan dalam otak,” kata seorang kakitangan sekolah di Putrajaya.
Murid berkenaan, Qistina Batrisyia Khairul Anuar,9, pada awalnya muntah dan hampir pitam ketika perhimpunan sekolah pada pagi 21 Januari lalu.
Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke bilik rawatan sekolah dan bapanya Khairul Anuar Aziz, 35, mendakwa anaknya dibiar di bilik rawatan berkenaan selama enam jam dan hanya minum air kosong yang dibawa dari rumah.
Polis bantuan di kediaman rasmi Perdana Menteri itu juga mendakwa pihak sekolah tidak memaklumkannya dan dia hanya melihat anaknya dipapah dalam keadaan tidak bermaya ketika datang untuk mengambilnya di sekolah pada jam 1.15 tengah hari.
Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Putrajaya dan selepas menjalani ujian darah serta imbasan di bahagian kepala, dia dan isterinya dimaklumkan oleh doktor bahawa Qistina menghidap penyakit ketumbuhan otak sebesar bola tenis di bahagian kiri kepala, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan.
“Selepas itu saya terus hubungi guru besar sekolah dan bertanya kenapa mereka tidak memberitahu saya atau isteri bahawa Qistina tidak sihat pada hari kejadian dan dia (guru besar) berkata perkara itu sedang dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di HKL, kelmarin.
Sementara itu, kakitangan sekolah berkenaan juga memaklumkan Harian Metro bahawa pihaknya sudah menghubungi Khairul Anuar, tetapi tidak dijawab.
“Pihak sekolah tidak mengabaikannya sebaliknya kami turut mengadakan doa selamat dan mengutip derma bagi meringankan beban keluarga murid berkenaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
TINDAKAN
Siasatan menyeluruh
Kuala Lumpur: “Siasatan menyeluruh akan dijalankan mengenai insiden berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika benar dakwaan murid terbabit terabai oleh pihak sekolah.”Itu tegas Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jamaluddin Yusoff mengenai dakwaan seorang kakitangan awam yang terkilan kerana anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan otak diabaikan di bilik rawatan sekolah selama enam jam.
Bagaimanapun, Jamaluddin meminta semua pihak tidak menuding jari sementara menunggu siasatan selesai.
“Saya berpandangan bahawa apa yang berlaku adalah di luar dugaan semua pihak,” katanya ketika dihubungi semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
Jumaat, 24 Januari 2014
Smoothie Epal dan Oat
Saya paling tidak sabar untuk share minuman saya pagi ini....yang namakan smoothie.
Semenjak 10 hari yang lalu saya amalkan meminum jus buah-buahan segar setiap pagi selepas minum segelas air kosong. Sebelum ini ketika rajin sahaja saya sediakan... masalahnya kerajinan tu jarang-jarang muncul. Kadang-kadang seminggu sekali muncul. Suami saya ni jenis rajin membeli alatan elektrik seperti jus extractor, blender, bread maker(saya pilih untuk uli sendiri..) pengisar daging, mesin proses air soya dll. Saya jarang menggunakan segala bagai tu. Paling kerap saya guna ialah blender dan sandwich maker. Bila melihat saya masih gunakan blender lama saya tu untuk blend buah, lantas dia tegur..gunalah blender kaca tu, lagi sihat, bersih... Maklumlah saya ni jenis sayang dan selesa dengan benda yang lama...macam saya sayang dan selesa dengan dia hehehehehe... nakal sesekali... Alhamdulillah tekad saya untuk kali ini masih utuh. Pagi ni saya cuba sesuatu yang berbeza. Nak tahu? Ini resepinya
1 biji epal hijau
1 biji epal fuji
3 sudu besar oat
1 gelas susu rendah lemak
2 gelas air
- Potong buah-buahan
- Kisar semua sekali dan minum
- Kalau nak letakkan ais boleh tapi abaikan 1 gelas air tu. Saya tak suka ais pepagi hari.
Semudah itu dan sihat sebab tanpa gula dan berserat. Alasan saya untuk tidak menggunakan jus extractor ialah saya perlukan serat-serat semua buah-buahan tersebut. Tapi bila dah dikisar bersama oat, laju ada masuk ke tekak ni.
*** Amalan yang baik untuk kesihatan

Tongsan Madu Tiga
Amboi-amboi..buka manusia sahaja yang bermadu..ikan pun bermadu. Bukan satu madu tapi TIGA.. Kalau manusia bermadu banyak yang jadi lain macam.. tapi apa yang pasti bila tongsan bermadu..kami sekeluarga yang gembira. Apa tidaknya.. sedap.
Kejahilan saya tentang ikan sungai ni agak tinggilah..bila anak-anak tanya, ni ikan laut ke mama.. entahlah..balik nanti tanya dengan PAK CIK GOOGLE... bukan sahaja pencerahan yang kami dapat..resepi pun ada sama. Ikan tongsan yang saya beli ni sekitar 700g sahaja dan bukanlah golongan ikan yg mahal..RM 7/kg. Rasanya macam ikan tilapia jugak..manis dan lembut isinya...tulang agak lebih sikit berbanding tilapia.
Resepi yang paling selamat bila mencuba ikan yang tak pernah dimakan ialah resepi goreng atau sambal. Maklumlah kalau berkuah lebih mudah untuk berbau hanyir. Ini resepi saya...cubalah dengan ikan lain kalau tak ada tongsan..jangan pengsan sudahlahhh...
700 g ikan tongsan
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar halia hiris
4 sudu besar madu
1 batang lobak merah
1 cawan cendawan butang
1 sudu besar cili serbuk
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
untuk disapu pada ikan
*5 sudu besar tepung beras
*1 sk serbuk kunyit
*1 sb garam
*1 sb serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng dan menumis
- Basuh ikan dengan tepung gandum dan bilas sehingga bersih.
Sapukan tepung dan bahan * dan goreng sehingga garing.
Panaskan minyak, tunis bawang putih, halia
Masukkan bawang besar, serbuk cili, sos cili, soa tiram, madu- masak hingga pekat.
Tambah 1 cawan air
Masukkan lobak merah dan cendawan, biarkan lembut dan masukkan bawang besar yang di mayang kasar.
rasa agak sesuai dgn citarasa masin manis anda

Ahad, 12 Januari 2014
NASI TOMATO DAN AYAM TOMATO
Semua tomato..nasi tomato dan ayam tomato. Tomato kan bagus untuk kesihatan ada vitamin ada serat. Alhamdulillah anak-anak tidak cerewet tentang masakan mama mereka, jika saya sediakan nasi tomato/lemak/minyak...mereka boleh makan sehingga tengah hari. Maklumlah kekadang saya ada juga kuliah pada hari minggu , selepas jam 2 petang baru balik ke rumah. Anak-anak saya tidak dibiasakan makan mee segera...bahaya...msg banyak..lilin pada mee...Paling malas pun mereka makan roti dengan telur untuk mengalas perut. Kali ni saya masak sedikti sahaj..3 cawan tu sedikit..sedikit untuk 2 kali makan bagi kami berlima. Ni bahan yang diperlukan.
3 cawan beras + air secukupnya bergantung kpd jenis beras (saya gunakan 4 1/2cawan air)
*1 batang kayu manis- 1 inci
*2 kuntum bunga lawang
*4 kuntum bunga cengkih
*5 biji buah pelaga
*4 ulas bawang putih-hiris halus
*1 labu bawang besar-hiris halus
*1 sudu besar halia hiris
*3 helai daun pandan
1/2 cawan tomato puri
4 sudu susu pekat manis
3 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar minyak masak
sedikit garam
- Panaskan minyak + minyak sapi dan tumis bahan bertanda * sehingga wangi
- Masukkan air mengikut sukatan beras
- masukkan tomato puri dan susu pekat manis
-tambahkan juga sedikit garam- saya letak 1 sudu kecil
- bila air mendidih, masukkan beras yang telah dibersih dan ditoskan.
-masak seperti biasa.
Ayam masak tomato
500 g ayam
1 1/2 cawan tomato puri
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cili serbuk
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar halia
3 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan sos cili
1 sudu besar gula
rempah 4 beradik :-
iaitu 1/2 inci kayu manis, 5 kuntum cengkih, 3 biji pelaga, 1 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
- Gaulkan ayam + kunyit + sedikit garam
- Goreng sehingga separuh masak-tak perlu terlalu garing
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia.
Panaskan minyak- tumis rempah 4 beradik sehingga wangi
-masukkan bahan kisar + cili serbuk- goreng sehingga masak dan wangi
-masukkan tomato puri dan sos cili- kacau lagi
- masukkan 2 cawan air- biarkan mendidih
- masukkan ayam
- tambah sedikit gula- utk mengimbangi rasa masam
- Jika perlu bolehlah masukkan air mengikut kuatiti kuah yang diperlukan
Acar mentah
1 batang timun
1 biji tomato hijau
2 biji cili merah
1/3 labu bawang besar
1/3 cawan cuka
1/2 senduk nasi gula
1 sudu teh garam *** jika suka boleh masukkan karot dan kobis (saya kehabisan stok... )
-potong semua bahan dan gaul sebati
-rasakan masam dan manisnya agar sesuai dengan rasa masin
GURU YANG DIINGATI DALAM DOA MURID-MURID ANDA.
Entri ringkas pada hari Isnin yang sibuk
Nasihat saya kepada guru-guru pelatih saya
JADILAH GURU YANG DIINGATI DALAM DOA MURID-MURID ANDA.
Didik murid anda sebaik mungkin kerana kesempurnaan melaksanakan tanggungjawab tersebut akan dihisab di akhirat nanti.

Caranya:
*** Bentuklah dan latihlah diri anda untuk menjadi guru yang baik dan terbaik dalam kalangan rakan-rakan anda.
*** Baiki dan mantapkan kualiti peribadi
*** Mantapkan penghayatan dan amalan
*** juga milikilah kompetensi dalam pengajaran dan pembelajaran
Hayatilah video ini CIKGU AYU oleh KUMPULAN KHALIFAH
Isnin, 6 Januari 2014
Kek Epal Hijau
Buah-buah yang tersimpan di dalam peti ais rumah saya tu umpama emas dan intan berlian ... bukan sebab berharga... tapi anak-anak tak makan dan sentuh kecuali saya dijadikan jus atau dipotong siap untuk mereka. Apa masalah..entahlah.. untuk ambil dan makan sendiri agak sangat payah. Semasa bersembang dengan rakan-rakan, rupa-rupanya berlaku perkara sama juga di rumah mereka. Bila dah seminggu epal hijau ni tak dimakan, apa lagi..ubah..guna power..magic power... inilah hasilnya
Bila sudah siap terus makan panas-panas. Sebahagiannya saya bawa ke pejabat tetapi jadi rezeki pelajar-pelajar saya,mereka tak sempat rehat dan saya terus keluarkan kek dari handbag saya....
Semua cara memasak saya ceduk daripada blog HomeKreation di Kongsi Resepi
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
500g epal hijau- kupas kulit, buah tengah, potong dadu
200g gula perang
3 biji telur (Gred A) 1 cawan minyak 200g tepung naik sendiri 1/3 sk serbuk kayu manis
****Resepi asal ada kulit limau..tapi saya tak letakkan.
Penyediaannya:

- Letakkan gula, telur & minyak ke dlm mangkuk & pukul sehingga pekat.
- Ayakkan tepung & serbuk kayu manis ke dlm adunan & kacau rata.
- Gaulkan epal sehingga rata.
- Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan & bakar 170C (saya guna suhu 160c) selama 45-50 minit sehingga masak.
- Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.
Jumaat, 3 Januari 2014
Cinnamon Roll
Sudah sekian lama tak update blog masakan.Kali terakhir awal bulan Oktober 2013..dah masuk 3 bulan. Bukan bermakna saya tidak memasak tetapi bila cuti sekolah macam terkejar-kejar. Kelam-kabut setiap hari. Menjadi ibu dan ibu rumahtangga. Apa-apa pun, gambar masakan masih tersimpan elok dalam folder..In shaa Allah akan dimasukkan ke dalam blog ni...pelan-pelan...
Hari ini punya masakan pula lain cerita... kuih masih panas-panas lagi dah update blog. Terfikir utk taip di fb resepi yang diminta seorang rakan tapi bila kena taip 2 kali ... usihhh...alang-alang..terus tulis di blog..selesai. Angin rajin mendatang tanpa dapat dibendung...pagi tadi siapkan kuih ropal/lipat dan karipap..tengah hari masak ayam singgang + ulam-ulam + sambal dan petang cinnamon roll...Agaknya azam baru 2014 atau mungkinkah rajin sebab esok ulang tahun kelahiran saya yang ke 40+++++++++++
Berbalik kepada cerita asal...kuih ni memang kegemaran saya semenjak dulu. Setelah membelek resepi sana-sini terjumpalah satu resepi daripada Azie Kitchen. Salin resepi dan ubah sana-sini..ini bahan-bahannya
3 1/2 cawan tepung superfine- tepung halus-->kalau nak guna tepung gandum biasa pun ok
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
11 g yis/ 1 paket
1/4 cawan air
3/4 cawan susu segar ( saya guna susu tepung 2 sb + air)
1/4 cawan butter
1 biji telur
Filling
1 1/4 cawan gula- kalau nak guna gula perang lagi cantik...
1 1/2 sb serbuk kulit kayu manis- kalau nak kurangkan pun boleh-- saya gemarkan bau yg wangi...
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan kismis
Cara
- Panaskan susu sehingga sedikit berbuih-jgn mengelegak
- Matikan api dan masukkan marjerin dan kacau sehingga cair.
- Biarkan suam.
- Gaul bahan kering iaitu - 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam sehingga rata.
- Masukkan air, bancuhan susu dan marjerin tadi - gaul sebati
- Tambahkan tepung gandum yang selebihnya sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan dan bekas. Kalau perlu boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
- Uli selama 10 minit- atau sehingga licin.
- Rehatkan doh yang diuli selama 15 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Sementara itu bolehlah sediakan filling/inti- gaulkan gula, marjerin dan serbuk kulit kayu manis
- Tabur tepung dan canai doh menjadi segiempat sama- - - - Saya bahagi doh kepada 2 bahagian- utk 2 loyang 8 inci
- Sapukan filling tadi dan tabur kismis.
- Gulung dan gunakan air untuk melekatkan bahagian tepi doh.
- Potong mengikut saiz yang dikehendaki- saya potong terlalu tebal--> 1 inci..yang dijual lebih nipis
- Biarkan kembang 2 kali ganda
- Sapu marjerin cair pada roll sebelum bakar
- Bakar pada suhu 160 selama 25 minit
- bila dah keluarkan sapu dengan marjerin sekali lagi
*** Lupa ambil gambar langkah demi langkah..In shaa Allah.. lain kali
*** laju aja suami dan anak-anak makan--- hanya 3 ketul utk Miha..
*** Sedap dimakan panas-panas.
*** Kepada Adik Sal....Selamat mencuba, post gambar kpd akak nanti yer..
Hari ini punya masakan pula lain cerita... kuih masih panas-panas lagi dah update blog. Terfikir utk taip di fb resepi yang diminta seorang rakan tapi bila kena taip 2 kali ... usihhh...alang-alang..terus tulis di blog..selesai. Angin rajin mendatang tanpa dapat dibendung...pagi tadi siapkan kuih ropal/lipat dan karipap..tengah hari masak ayam singgang + ulam-ulam + sambal dan petang cinnamon roll...Agaknya azam baru 2014 atau mungkinkah rajin sebab esok ulang tahun kelahiran saya yang ke 40+++++++++++
Berbalik kepada cerita asal...kuih ni memang kegemaran saya semenjak dulu. Setelah membelek resepi sana-sini terjumpalah satu resepi daripada Azie Kitchen. Salin resepi dan ubah sana-sini..ini bahan-bahannya
3 1/2 cawan tepung superfine- tepung halus-->kalau nak guna tepung gandum biasa pun ok
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
11 g yis/ 1 paket
1/4 cawan air
3/4 cawan susu segar ( saya guna susu tepung 2 sb + air)
1/4 cawan butter
1 biji telur
Filling
1 1/
1 1/2 sb serbuk kulit kayu manis- kalau nak kurangkan pun boleh-- saya gemarkan bau yg wangi...
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan kismis
Cara
- Panaskan susu sehingga sedikit berbuih-jgn mengelegak
- Matikan api dan masukkan marjerin dan kacau sehingga cair.
- Biarkan suam.
- Gaul bahan kering iaitu - 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam sehingga rata.
- Masukkan air, bancuhan susu dan marjerin tadi - gaul sebati
- Tambahkan tepung gandum yang selebihnya sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan dan bekas. Kalau perlu boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
- Uli selama 10 minit- atau sehingga licin.
- Rehatkan doh yang diuli selama 15 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Sementara itu bolehlah sediakan filling/inti- gaulkan gula, marjerin dan serbuk kulit kayu manis
- Tabur tepung dan canai doh menjadi segiempat sama- - - - Saya bahagi doh kepada 2 bahagian- utk 2 loyang 8 inci
- Sapukan filling tadi dan tabur kismis.
- Gulung dan gunakan air untuk melekatkan bahagian tepi doh.
- Potong mengikut saiz yang dikehendaki- saya potong terlalu tebal--> 1 inci..yang dijual lebih nipis
- Biarkan kembang 2 kali ganda
- Sapu marjerin cair pada roll sebelum bakar
- Bakar pada suhu 160 selama 25 minit
- bila dah keluarkan sapu dengan marjerin sekali lagi
*** laju aja suami dan anak-anak makan--- hanya 3 ketul utk Miha..
*** Sedap dimakan panas-panas.
*** Kepada Adik Sal....Selamat mencuba, post gambar kpd akak nanti yer..
Langgan:
Catatan (Atom)