Kes 2
Kepala dihentak ke meja
Oleh Nurul Huda Kosnon dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Shah Alam: “Kepala saya dihentak kuat lebih empat kali ke meja selain dicubit dan dipukul hingga lebam di lengan,” Kata pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, didakwa menjadi mangsa dera seorang guru di Sekolah kebangsaan Seksyen 20, di sini, Khamis lalu.Menurutnya, insiden jam 12.15 tengah hari itu bermula apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru berkenaan.
“Kepala saya pening dan rasa macam nak pitam selepas dihentak. Tudung saya juga tertanggal ketika kejadian itu, tapi cikgu terus memukul menyebabkan lengan saya lebam,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
“Saya kini trauma dan takut untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
Wan Nur Dania berkata, dia tidak tidak memberitahu sesiapa dan hanya mendiamkan diri ketika pulang ke sekolah jam 2.30 petang.
“Sehinggalah keesokan hari, saya beritahu ibu dan bapa,” katanya.

Sehubungan itu, dia dan isteri membuat laporan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
TINDAKAN SEGERA
Shah Alam: Seorang guru yang didakwa memukul seorang pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, akan dikenakan tindakan awal dengan ditukarkan ke sekolah sekitar Selangor dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan dan pihaknya sudah memanggil guru terbabit.
“Guru itu mengakui menghentak kepala selain mencubit hingga lebam lengan pelajar itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan