sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Khamis, 30 Januari 2014

Renungan Untuk Guru 4

Larangan UntukMengajar
 
Oleh Nur Lela Zulkipli
Kuala Lumpur: Guru tuisyen yang memukul kanak-kanak berumur empat tahun gara-gara gagal menghafal susunan abjad pada Selasa lalu bakal berdepan tindakan larangan mengajar jika didapati tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, setiap tenaga pengajar perlu mendaftar untuk kebenaran mengajar di luar waktu persekolahan dan hanya mengajar mereka yang berada dalam alam persekolahan.

“JPN Selangor menyiasat kes ini dan masih menunggu laporan daripada pusat tuisyen berkenaan bagi mengenal pasti status guru berkenaan.

“Kami memutuskan tindakan seterusnya selepas laporan penuh diterima dan jika guru berkenaan bergantung kepada status sama ada berdaftar di bawah JPN atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak lelaki berumur empat tahun, Issac Chan Yi Bing lebam dan luka di badannya selepas dipukul guru tuisyennya akibat gagal menghafal susunan abjad di Sri Gombak, Selasa lalu.


Menurut ibu mangsa, Ong Mei Li, 30, sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada Jumaat ini disambut sugul berikutan anaknya sering menangis pada lewat malam kerana terbayangkan peristiwa yang menimpanya.

“Saya syak guru berkenaan pernah memukulnya sebelum ini kerana Issac sering menangis setiap kali saya menghantarnya ke pusat tuisyen tetapi saya tidak mengendahkannya kerana beranggapan dia hanya malas ke sana.

“Namun kini saya menyesal kerana tidak mendengar masalah anak saya dan selepas ini saya lebih berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.

Menurut Mei Li, dia sanggup membelikan anak kesayangannya itu permainan kepala singa bagi mengembalikan semangat anaknya itu selepas kejadian itu.

Sementara itu, Pakar Pediatrik dan Kardiologi Kanak-kanak, Dr Yong Junina Fadzli menyifatkan kejadian yang menimpa mangsa tidak sepatutnya berlaku memandangkan perkembangan otaknya belum bersedia menerima pengajaran yang terlalu mendalam.


“Kanak-kanak berumur empat tahun sepatutnya diberi peluang bermain seperti kanak-kanak lain dan bukannya belajar mengenai susunan abjad sehingga lancar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Tiada ulasan: