sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Khamis, 28 Mac 2013

KACANG PANJANG GORENG BERDAGING

"UNTUNGLAH MAT GEBU... sehari 4 kali bini i ni sebut nama dia..." itulah kata cik suami... nak tergelak saya. Hahahahahaaaaa Tak tahan... rupa-rupanya....
Wahai masyarakat KAMPUNG MARI MASAK MARI MAKAN... ADA ORANG JEALOUS TU... Bila dipuji masakan saya sedap... spontan aja saya sebut... "ni belajar dengan Mat Gebu". Bila saya outstation, saya berpesan, "Abang, kalau tak terfikir nak masak apa... rujuk blog Mat Gebu aja". Bila suami saya cakap, sedap kek u masak ni..lain sikit rasanya.. "Dari Blog Mat Gebu". Saya pulak lupa hitung berapa kali sehari saya sebut nama tu. Nasib baik empunya blog tak ada di depan mata... kalau tidak ada yang kena cubit oleh suami saya tu. Begini bang, saya cuba mengalah "kalau nak elakkan saya rujuk kepada tukang masak lain... macam Mat  Gebu (ishhh... tersebut lagi nama Mat Gebu) abang kena beri resepi atau ajar saya masak atau abang yang masak... hehehe.. ok yer bang... nanti 6 kali sehari saya sebut nama abang tau...". Selamba aja dia menjawab," Kalau gitu tak apalah.. u sebut ajalah nama dia acap kali pun..i tak marah.. yang i tak suka GEBU dekat belakang tu..tang mana gebunya?" Ke situ pulak ...lari tajuk...confirm lari tajuk... Nak berdalihlah tu...
**** Ada satu lagi kisah tau**** TUNGGGUUUU.....
Apa2 pun kek mat gebu masak sangat gebu... Tapi hari ni saya tak nak masak kek. Saya berkenan dengan daging masak kicaplada hitam yg di post kan oleh Mat Gebu..Tapi saya nak masak kacang + daging =KACANG PANJANG GORENG BERDAGING. Inilah rupanya.

Dr Fouziah
10 urat kacang panjang
1/2 cawan daging lembu (kalau nak gantikan dengan isi ayam/udang/ bilis/ udang kering/sotong/ kerang pun apa---> ikut selera masing-masing)
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
6 sudu besar kicap
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
2 biji cili merah
garam
minyak utk menumis
Tumis bawang besar yang telah dimayang
Bila dah wangi, masukkan bawang putih yang telah dihiris Tumis lagi sehingga wangi.
Masukkan kicap, lada hitam yg telah ditumbuk dan serbuk cili.
Masukkan daging... kacau sehingga separuh masak
Selepas itu, giliran kacang panjang yang telah dipotong pula dimasukkan ke dalam kuali.
Akhir sekali, jangan lupa cili potong, goreng seketika rasakan garam.
Teruskan menggoreng sehingga masak..elakkan daripada terlalu lama memasak sayur. 
***Soalan apa beza diantara daging goreng kacang panjang dan kacang panjang goreng berdaging?
***SILA JAWAB*** NAK HADIAH TAK?

RENDANG PUCUK UBI IKAN KERING

Bila makan pucuk ubi ni teringat kisah dulu-dulu..memang banyak nostalgialah saya ni :)
Kesusahan hidup suatu ketika dahulu... pucuk ubi menjadi sayur istimewa dalam hidangan seharian... pagi makan ubi rebus cicah kelapa dan ikan kering... sambil bermain makan kerepek ubi...tengah hari masak lemak pucuk ubi atau celur pucuk ubi + budu... petang makan pengat ubi.. malam makan lempeng ubi...pendek kata buang angin pun berbau ubi. Bila masa tidur... masing-masing duk membedil sambil keluar angin...puuuut....pput.. putput....(orang cakap ubi ni boleh jadi angin...heeeeee...tutup hidung)...itulah kisah yang arwah emak saya cerita. Zaman saya dah masuk kategori zaman 'sombong tahap sedikit'... makan ubi rebus sambil jeling aja, tak sudi bertentang mata.Tapi arwah emak saya tak ceritakan pulak tentang rendang pucuk ubi kayu ni...yang pernah diceritakan selain daripada yang ditulis di atas ialah lepat ubi, beka ubi, ubi goreng, ubi sira, tapai ubi, puli ubi, kerabu kulit ubi, ubi bakar... Pada masa tu kalau ada rendang seperti yang saya masak ni lagi mantoop nama ubi kayu pada zaman mereka.
Dr Fouziah
 Resepi ni saya ubah sendiri setelah meneliti beberapa resepi di alam maya. Apa yang pasti resepi ini ada kelainannya...Acu tengok resepi ni haaa... 
3 mangkuk pucuk ubi yang telah dihiris halus
1 cawan santan pekat
1 cawan ikan kering
4 sudu gula
4 batang serai
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
7 biji cili api
1 sudu besar serbuk cili
sedikit minyak untuk menumis
2 keping asam keping
 Dah sedia belum bahan-bahannya? Jom kita memasak
p/s: bab basuh dan bersihkan menjadi perkara utama yang tak saya nyatakan..tapi wajib dilakukan..ok...
Mula-mula kisar bawang merah, bawang besar, cili api
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili... Kacau...kacau..kacau lagi  dan lagi... sehingga wangi mencucuk ke hidung... 
Masukkan pucuk ubi yang telah dibasuh bersih, serai yang diketuk, asam keping, gula, ikan kering dan santan pekat.
Kacau sehingga agak kering.
Kalau tak cukup manis, boleh tambah gula sikit lagi. 
***Please jangan letak garam....ikan kering dah masin tau.
*** Saya hidangkan bersama-sama ikan aya singgang dan daging goreng berkacang.

 ***Tampal satu lagi gambar... nampak tak pinggan mangkuk lama saya tu? ( ..nauzubillah..jgn ada riak.. just nak share jika ada yang nak jual corak yang sama...saya nak beli untuk tambah koleksi)

Dr Fouziah
selamat mencoba yaa.....



Rabu, 20 Mac 2013

GULAI IKAN TONGKOL

Dr Fouziah
Ikan aya atau ikan tongkol memang sohor di negeri saya.  Hidangan yang paling sinonim ialan Gulai Ikan Aya  dan Nasi Dagang.  Jarang sekali kami makan nasi dagang dengan ikan merah, ikan tengiri, daging atau ayam.  Ikan aya ni pula ada jenis-jenisnya... antaranya ikan aya hitam dan ikan aya kurik. Saya lebih gemar ikan aya hitam disebabkan isinya yang lembut (isi seperti ikan tengiri).Kali ini pun saya gunakan ikan aya hitam yang segar.
Kalau ada belimbing besi atau nenas muda lagi best.  Apakan daya buka peti ais, semua benda tu tak ada (penggunaan sumber yang maksimum....tanpa perlu bersiap ke kedai untuk membeli bahan mentah yang lain di kala semangat berkobar-kobar untuk memasak).
4 potong ikan tongkol
3 keping asam gelugur (saya letakkan lebih asam untuk menghilangkan hanyir..bila dah letak nenas/ belimbing..sila abaikan asam keping..)
2 cawan santan pekat
8 ulas bawang merah
1sb serbuk kunyit
6 biji cili api hijau
1 biji cili merah
2 inci lengkuas
garam 
bersihkan ikan
Kisar cili dan bawang merah
potong nipis-nipis lengkuas
masukkan ikan ke dalam periuk
masukkan asam gelugur, garam, serbuk kunyit,  bawang merah dan cili yang dikisar,
masukkan santan cair/ air sehingga tenggelam ikan
rebus sehingga masak
masukkan pati santan
kacau sehingga mengelegak seketika
...dan bolehlah rasa masam masin
... dan bolehlah dihidangkan
**** apa yang menambah selera bila masakan dihidangkan di dalam PINGGAN MANGKUK LAMA-- CORAK BUNGA KANGKUNG


Isnin, 18 Mac 2013

Pisang Bakar Berkastard

Pisang abu yang mengadap pintu dapur saya tu.. rajin bebenor berbuah..Alhamdulillah.. semenjak tahun lepas jarang sangat tak ada buah dipokok, silih berganti. Baja apa? Tak ada baja spesifik pun.. baja campak-campak sisa makanan aja.  Bila masa mengutip hasil ( ceewahhh..mcm lah ladang 10 ekar.. walaupun hanya seperdu shj..) adalah sampai ke sana sikit.. ke sini sikit.. rezeki orang ramai, jiran tetangga. Ada yang cadangkan saya jual aja kepada penjual pisang goreng di kampung ni.  Tak apalah... Biar sama-sama merasa, lagipun kami tak jaga sangat pisang tu..dah jenis rajin BERANAK-PINAK...,kalau manusia.. jenis SUBUR...  beranak setahun 2 kali kot. Kegemaran anak-anak saya ialah pisang goreng, kalau dimasak pengat..menjauh semuanya... akhirnya isi pisang sahaja  yang tertinggal di dalam mangkuk..yang habis hanya kuah pengat tu. Macam-macam hal.  Lagi satu yang anak saya suka jika dijadikan kek dan cekodok aka jemput-jemput. Cik suami saya pula sukakan pisang rebus---> taste antik ni... hehehehehe... kalau cicah gula lagi dia suka. Resepi paling senang, sebab dia pun yang rebuskan bukannya saya. Saya tumpang makan aja pisang rebus tu. Hari ni nak cuba kelainan... PISANG BAKAR BERKASTARD ...rasanya ok..dan lepas ni nak cuba dengan pisang lain spt pisang emas atau lemak manis. 
Dr Fouziah
 Nak cuba? Ini bahan-bahannya:
3 biji pisang abu/ pisang lain yg disukai
1 cawan susu cair
2 biji telur
3 sudu mentega
6 sudu besar gula- kalau pisang yg dah manis---> tak perlu tambah gula( ** pisang abu tawar)
potong pisang jgn terlalu nipis
sapu mentega pd loyang dan susun pisang
lebihan mentega diletakkan ke atas pisang
pukul telur, susu dan gula hingga sedikit kembang
curahkan bancuhan tadi ke atas pisang
bakar dgn suhu 160 selama 25 minit
Dr Fouziah
 DAH SIAP?
Ya... dah siap....
CEPATNYA SIAP...
Ya... anak-anak dah nak balik daripada latihan memanah... nak makanlah tu. Saat-saat sibuk macam ni sesuai disediakan hidangan ni.
MUDAHNYA NAK SEDIA...
Ya..memang mudah dan sesuai untuk ibu-ibu yang bekerjaya macam saya..sambil makan sambil berbual dengan anak-anak... last-last tinggal loyang kosong.
SEDAP TAK?
Ya.. sedap.. ada kelainan... kena cubalah sendiri...
Nanti ada resepi PISANG versi lain pulak, saya kongsi kemudian ..jumpa lagi
***TAHUKAH ANDA***

Kulit pisang boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan parut.
Kulit pisang juga boleh dijadikan baja--> potong kecil-kecil dan ditanam sekeliling pokok.
Kambing atau lembu suka kulit pisang :)

Rabu, 13 Mac 2013

UDANG KETAK MASAK SAMBAL LEMAK


UDANG KETAK TOTALLY BERWAJAH LAIN DENGAN UDANG LIPAN- pernyataan yang  jelas.
Menurut Uncle  Wikipedia"Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in), atau panjang karapas 8 cm (3.1 in).Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah
Tepat sekali.. dah kurang sangat saya jumpa udang ketak ni... kalu kawan lama... boleh kata...hello.. long time no see. Bila terlihat udang ketak ni semasa ke pasar terus saya beli. Terkenang semasa dulu.. kisah dulu-dulu... semasa saya masih kecil, maklumlah anak nelayan, makan ikan yang fresh dan besar. Ada suatu hari tu ayah saya, bawa pulang udang ketak.. udang ketak sama macam udang kara yang beza tak ada sepit depan. Besar dan segar sungguh udang ketak tu dulu.. saiz seekor sebesar pinggan nasi. Itulah untungnya anak nelayan. Kami adik-beradik mewah dengan ikan, sotong dan udang segar. Kali ni walaupun udang ketak yang  agak kecil... tetap saya beli... sambil makan sambil saya bercerita kisah arwah saya membawa pulang udang ketak....malah pelbagai jenis ikan yang lain.
Dr Fouziah
500g udang letak
2 Labu bawang besar
1 sudu halia cincang
sedikit asam jawa- jadikan air perahan
2 sudu serbuk cili
1 sk serbuk kunyit
1 cwn pati santan
minyak untuk menumis
daun sup
cili hijau
gula
garam
Cara-caranya:
Kisar bawang besar.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar kisar tadi + halia+ serbuk kunyit + cili hingga wangi. 
Masukkan air asam jawa
Masukkan  pati santan+ garam + gula
Last sekali masukkan udang ketak, daun sup dan cili hijau yang telah dipotong.
Dr Fouziah
DUNIA anak-anak:
Anak saya tanya "Kenapa udang yang ni kecik?" 
Saya menjawab: "Ini anak udang .. mak dia larang usah main jauh-jauh nanti kena tangkap tapi dia tak dengar... tengoklah..dah kena tangkap..menangis mak dia"

GURU RAJIN..atau GURU CEMERLANG

Ramai yg bercakap tentang guru cemerlang (GC).Ramai yang berusaha untuk mendapat pangkat GC 44, 48, 52, ...macam macam.. siapa anda? Kemana arah anda?
Adakah saya betul-betul cemerlang? Suatu ketika dahulu saya pernah juga jalan mengepak sebab GC.., apa taknya semua kerja yg ada 'class' semua saya dan rakan-rakan lakukan. Sekejap terbang sana-terbang sini .. meeting usah ceritalah.  Ceramah bersusun. Pendapat kami amat berharga utk semak sukatan, wujudkan kursus baru, nilai buku teks, semak modul dll. Pendek kata berada dalam kelas yang tersendiri.
Pengalaman dan ilmu yang dicurahkan kepada anak murid Ibarat ..terus masuk ke telinga ..masuk ke minda dan terus parking...
Hebatnya 
Adakah saya betul-betul cemerlang?
Atau saya hanya rajin sahaja?
Ada beza?
SITUASI 1
Saya ada fail untuk nota kuliah, nota pelajar, modul,statistik, koleksi soalan yang tersusun kemas dan semua yang berkaitan perkhidmatan.
Rakan guru boleh merujuk bila-bila masa sahaja.
Saya masuk ke kelas umpama 'belum dipanggil sudah datang'.
Setiap kali pelajar bertanya saya ada jawapannya
Paling tidak saya ada caranya...
Saya sediakan latihan untuk mematangkan pelajar
Saya bersedia menerima pelajar sepanjang masa
Pelajar seronok berjumpa dengan saya
Saya menyemak fail pelajar
Saya menyemak latihan pelajar
Saya  memantau kerja pelajar termasuklah kerja amali
 Saya  akan mengulangi topik yang diperlukan oleh pelajar
Saya besedia mengulangi apa yang pelajar tidak faham
Jika pelajar tak faham..saya akan..ulang..ulang..
dan ulang lagi sehingga jelas dan semua pelajar faham
BAGAIMANA PULA JIKA...
Mari sama-sama kita baca SITUASI 2
Situasi 2: Saya melakukan semuakehendak untuk memenuhi kriteria GC sebagaimana Situasi 1 tetapi dalam pengajaran dan pembelajaran saya tidak suka mengulang-ulang PdP saya...
Saya mengajar mengikut kemampuan pelajar
Saya mengubah strategi dan teknik pengajaran supaya PdP berlangsung dengan lancar 
dan menepati masa
Saya sentiasa mencipta sesuatu kaedah yang baru untuk PdP,
Saya mencari dan mengamalkan jalan mudah yang memudahkan pelajar faham tanpa perlu mengulangi... ulang dan ulang sehinggalah pelajar faham
saya ubah kaedah.. bina kaedah.. ubah strategi.. gabung strategi
dalam masa yang dihadkan
Saya CEMERLANG atau RAJIN?
PAKEJ SAYA SEBAGAI GURU CEMERLANG TERDAPAT DALAM SITUASI 1 ATAU 2
jika hanya berbekalkan kerajinan sahaja itu belum mencukupi pakej sebagai guru cemerlang.
Renungan untuk diri saya.. saya RAJIN tetapi bukanlah CEMERLANG  jika saya tidak mengamalkan mencari kaedah atau pendekatan baru agar kefahaman pelajar menjadi lebih cepat. Saya hanya berbekalkan kerajinan dalam mengulang-ulang agar pelajar saya dapat mengingati apa yang diajar dan lulus peperiksaan dengan cemerlang.

Dalam diri saya masih belum cemerlang
hanya ada rajin.
ANDA BAGAIMANA? 
Jika Cemerlang dan rajin ada dalam diri anda

jadilah 
 guru cemerlang yang rajin atau
guru rajin yang cemerlang





Rabu, 6 Mac 2013

TART MANGGA


Rentetan 'termenjadinya' tart mangga ni setelah majlis pertunangan anak saudara saya Fendy. Keluarga tunang Fenday ni hadiahkan 2 jenis tart.. satu tart nenas.. satu lagi tart buah-buahan.  Maklumlah perberian sebagai tanda hati.. cukuplah sebiji sorang.  Anak-anak saya pulak... sepertimana pembaca tahu... kalau sebiji tart hanya untuk pemanis kata sahaja... heeeee ala-ala lekat celah gigi, 2 biji baru sedar apa isi dalamnya... 3 biji baru tahu apa rasanya.... 4 biji baru ceria... bak kata saya..." cukup-cukuplah makan....Mama bukan kedekut dan sayangkan makanan, ... tapi sayangkan diri anak-anak mama." Berbalik kisah tadi, dalam perjalanan pulang, maka.. berhentilah di sebuah  bakeri..mencari tart buah-buahan. TAK ADA dijualnya...( kalau  sy buat bisnes ni... tak menang tangan ni..). Berhenti sekali lagi di bakeri di bandar.. pun tak ada. Tup... tup... Sampailah ke rumah tapi hati seorang ibu rasa terkilan bila melihat anak menjilat tangan bekasan inti tart tadi. Maka itulah kisah yang mendorong sy mencari resepi dan menokok tambah sana sini sehingga menjadi resepi TART MANGGA...
2 Cwn susu segar
1 cwn pes isi mangga***
1 biji mangga ( ***1/2 biji  dijadikan 1 cawan pes mangga dan 1/2 lagi dijadikan hiasan)
4 sb gula
secubit garam
4 sb tepung jagung
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Kulit
220 g tepung gandum
1 biji telur
80g gula aising
100 g mentega
Gaul tepung gandum,gula aising, mentega 
Pecahkan telur dan masukkan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan seketika.
Ambil doh dan canai dengan beralaskan plastik atas dan bawah.
Pilih acuan yang lebih besar daripada acuan tart anda (sy guna acuan utk telur banjo/ mata kerbau)
Saya bentukkan corak pada bhg tepi kulit tart dengan garfu (... kalau tak buat corak, lagiii..cantik..percayalah......)
*** kalau nak terus leperkan dengan tangan dan tekan ke dalam acuan pun boleh... no problem punya....
*** Saya gunakan kertas cup cakes sebagai pengalas.
Bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit. suhu 170C.
Kemudian, saya bakar dengan api atas sahaja selama 5 minit lagi... biar rangggggguuup...krukk..krukk....
keluarkan daripada acuan dan sejukkan
Utk isi tart
Masukkan kesemua bahan untuk isi tart kecuali pewarna merah dan hijau ke dalam periuk --> bancuh hingga rata/ sebati
Bila dah sebati  barulah di letakkan di atas dapur dan dipanaskan .... kacau sehingga masak
Jangan sampai terlebih masak-- cukup sekadar tidak melekat pada periuk
Kalau terlalu lama rasa lemak-lemak tu menjadi kurang dan terlalu kental dan menjadi seperti puding mangga pulak...
Semasa inti masih panas masukkan ke dalam kulit tart.. hias dengan mangga segar dan warnakan sedikit inti dengan warna merah dan hijau utk menceriakan tart itu.
***SOALAN CEPUMAS
"Mama, mana buah kiwi yang macam ari tu?"
Jawapan jujur seorang ibu " buah mangga ni lebih sedap, lagi pun buah tempatan (** penipuan fakta..buah ini dari Thailand..) dan khasiat pun sama macam buah kiwi jugak.


Selasa, 5 Mac 2013

Jadilah HELANG yg NELANG

JANGANG  JADI NELANG SANGAT GOK...
NELANG NYA  MUNG....
PESENGANG ORANG NELANG TU...
KALU NELANG, MARILAH BERLAWANG
ORANG NELANG TAK APE BELAKER...

WALAUPUN MAKSUD berbeza mengikut tersurat tetapi kenapakah orang kampung saya... orang Teganung menyamakan NELANG dengan GAGAH... KUAT... PERKASA... BERANI... TAK PUTUS ASA... adakah sama dengan cerita yang saya dengar... Ada benarnya apa yang saya baca...  Mungkin ada kisah tersirat yang mengaitkan NELANG dengan HELANG...
 Helang mampu hidup sehingga 60 hingga 70 tahun dalam kitaran hayatnya. Bagaimanapun untuk hidup selanjut itu banyak cabaran dan perubahan perlu dibuat dan ditempuh oleh seekor helang. Apabila seekor helang mencapai umur 40 tahun tiga perkara besar berlaku dalam hidupnya. Pertama kukunya sudah menjadi terlalu panjang dan agar sukar untuk lebih cekap dan mantap mencengkam mangsa. Kedua, paruhnya menjadi semakin bengkok dan agak sukar untuk mengoyak dan menggigit mangsa. Ketiga, sayapnya dan bulu semakin berat dan ini menyebabkan pergerakan menjadi lembab dan kurang pantas.
 Dalam situasi ini helang ini mempunyai dua pilihan. Terus hidup atau mati. Keputusan perlu diambil. Perubahan perlu dilakukan. Jika pilihan untuk terus hidup menjadi keputusan maka helang akan terbang ke pergunungan . Di sana nanti demi untuk survival ia perlu menanggung segala kesakitan dan kepayahan. Helang tadi akan mencari batu yang kuat dan akan mematahkan paruhnya. Kemudiaan ia menunggu beberapa lama sehingga tumbuh paruh baru yang kuat. Dengan paruh baru itulah helang akan mencabut kukunya yang panjang. Sekian waktu kuku baru yang kuat pula akan tumbuh. Dengan paruh dan kuku baru ia akan mencabut bulu sayap dan badannya. Tempoh sukar itu akhirnya berakhir yang memakan masa selama lima bulan. Selepas itu ia mampu hidup dengan gagah untuk tiga puluh lima tahun akan datang.


ADAKAH ANDA...
 SAMA NELANG DENGAN BURUNG HELANG
ATAU 
MENARIK DIRI 
DAN 
TERUS HILANG..
TAK NAMPAK BAYANG...