Ikan aya atau ikan tongkol memang sohor di negeri saya. Hidangan yang paling sinonim ialan Gulai Ikan Aya dan Nasi Dagang. Jarang sekali kami makan nasi dagang dengan ikan merah, ikan tengiri, daging atau ayam. Ikan aya ni pula ada jenis-jenisnya... antaranya ikan aya hitam dan ikan aya kurik. Saya lebih gemar ikan aya hitam disebabkan isinya yang lembut (isi seperti ikan tengiri).Kali ini pun saya gunakan ikan aya hitam yang segar.
Kalau ada belimbing besi atau nenas muda lagi best. Apakan daya buka peti ais, semua benda tu tak ada (penggunaan sumber yang maksimum....tanpa perlu bersiap ke kedai untuk membeli bahan mentah yang lain di kala semangat berkobar-kobar untuk memasak).
4 potong ikan tongkol
3 keping asam gelugur (saya letakkan lebih asam untuk menghilangkan hanyir..bila dah letak nenas/ belimbing..sila abaikan asam keping..)
2 cawan santan pekat
8 ulas bawang merah
1sb serbuk kunyit
6 biji cili api hijau
1 biji cili merah
2 inci lengkuas
garam
bersihkan ikan
Kisar cili dan bawang merah
potong nipis-nipis lengkuas
masukkan ikan ke dalam periuk
masukkan asam gelugur, garam, serbuk kunyit, bawang merah dan cili yang dikisar,
masukkan santan cair/ air sehingga tenggelam ikan
rebus sehingga masak
masukkan pati santan
kacau sehingga mengelegak seketika
...dan bolehlah rasa masam masin
... dan bolehlah dihidangkan
**** apa yang menambah selera bila masakan dihidangkan di dalam PINGGAN MANGKUK LAMA-- CORAK BUNGA KANGKUNG
**** apa yang menambah selera bila masakan dihidangkan di dalam PINGGAN MANGKUK LAMA-- CORAK BUNGA KANGKUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan