Rentetan 'termenjadinya' tart mangga ni setelah majlis pertunangan anak saudara saya Fendy. Keluarga tunang Fenday ni hadiahkan 2 jenis tart.. satu tart nenas.. satu lagi tart buah-buahan. Maklumlah perberian sebagai tanda hati.. cukuplah sebiji sorang. Anak-anak saya pulak... sepertimana pembaca tahu... kalau sebiji tart hanya untuk pemanis kata sahaja... heeeee ala-ala lekat celah gigi, 2 biji baru sedar apa isi dalamnya... 3 biji baru tahu apa rasanya.... 4 biji baru ceria... bak kata saya..." cukup-cukuplah makan....Mama bukan kedekut dan sayangkan makanan, ... tapi sayangkan diri anak-anak mama." Berbalik kisah tadi, dalam perjalanan pulang, maka.. berhentilah di sebuah bakeri..mencari tart buah-buahan. TAK ADA dijualnya...( kalau sy buat bisnes ni... tak menang tangan ni..). Berhenti sekali lagi di bakeri di bandar.. pun tak ada. Tup... tup... Sampailah ke rumah tapi hati seorang ibu rasa terkilan bila melihat anak menjilat tangan bekasan inti tart tadi. Maka itulah kisah yang mendorong sy mencari resepi dan menokok tambah sana sini sehingga menjadi resepi TART MANGGA...
2 Cwn susu segar
1 cwn pes isi mangga***
1 biji mangga ( ***1/2 biji dijadikan 1 cawan pes mangga dan 1/2 lagi dijadikan hiasan)
4 sb gula
secubit garam
4 sb tepung jagung
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau
Kulit
220 g tepung gandum
1 biji telur
80g gula aising
100 g mentega
Gaul tepung gandum,gula aising, mentega
Pecahkan telur dan masukkan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan seketika.
Ambil doh dan canai dengan beralaskan plastik atas dan bawah.
Pilih acuan yang lebih besar daripada acuan tart anda (sy guna acuan utk telur banjo/ mata kerbau)
Saya bentukkan corak pada bhg tepi kulit tart dengan garfu (... kalau tak buat corak, lagiii..cantik..percayalah......)
*** kalau nak terus leperkan dengan tangan dan tekan ke dalam acuan pun boleh... no problem punya....
*** Saya gunakan kertas cup cakes sebagai pengalas.
Bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit. suhu 170C.
Kemudian, saya bakar dengan api atas sahaja selama 5 minit lagi... biar rangggggguuup...krukk..krukk....
keluarkan daripada acuan dan sejukkan
Utk isi tart
Masukkan kesemua bahan untuk isi tart kecuali pewarna merah dan hijau ke dalam periuk --> bancuh hingga rata/ sebati
Bila dah sebati barulah di letakkan di atas dapur dan dipanaskan .... kacau sehingga masak
Jangan sampai terlebih masak-- cukup sekadar tidak melekat pada periuk
Kalau terlalu lama rasa lemak-lemak tu menjadi kurang dan terlalu kental dan menjadi seperti puding mangga pulak...
Semasa inti masih panas masukkan ke dalam kulit tart.. hias dengan mangga segar dan warnakan sedikit inti dengan warna merah dan hijau utk menceriakan tart itu.
***SOALAN CEPUMAS
"Mama, mana buah kiwi yang macam ari tu?"
Jawapan jujur seorang ibu " buah mangga ni lebih sedap, lagi pun buah tempatan (** penipuan fakta..buah ini dari Thailand..) dan khasiat pun sama macam buah kiwi jugak.
1 ulasan:
nak order
Catat Ulasan