sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 13 Mac 2013

UDANG KETAK MASAK SAMBAL LEMAK


UDANG KETAK TOTALLY BERWAJAH LAIN DENGAN UDANG LIPAN- pernyataan yang  jelas.
Menurut Uncle  Wikipedia"Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in), atau panjang karapas 8 cm (3.1 in).Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah
Tepat sekali.. dah kurang sangat saya jumpa udang ketak ni... kalu kawan lama... boleh kata...hello.. long time no see. Bila terlihat udang ketak ni semasa ke pasar terus saya beli. Terkenang semasa dulu.. kisah dulu-dulu... semasa saya masih kecil, maklumlah anak nelayan, makan ikan yang fresh dan besar. Ada suatu hari tu ayah saya, bawa pulang udang ketak.. udang ketak sama macam udang kara yang beza tak ada sepit depan. Besar dan segar sungguh udang ketak tu dulu.. saiz seekor sebesar pinggan nasi. Itulah untungnya anak nelayan. Kami adik-beradik mewah dengan ikan, sotong dan udang segar. Kali ni walaupun udang ketak yang  agak kecil... tetap saya beli... sambil makan sambil saya bercerita kisah arwah saya membawa pulang udang ketak....malah pelbagai jenis ikan yang lain.
Dr Fouziah
500g udang letak
2 Labu bawang besar
1 sudu halia cincang
sedikit asam jawa- jadikan air perahan
2 sudu serbuk cili
1 sk serbuk kunyit
1 cwn pati santan
minyak untuk menumis
daun sup
cili hijau
gula
garam
Cara-caranya:
Kisar bawang besar.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar kisar tadi + halia+ serbuk kunyit + cili hingga wangi. 
Masukkan air asam jawa
Masukkan  pati santan+ garam + gula
Last sekali masukkan udang ketak, daun sup dan cili hijau yang telah dipotong.
Dr Fouziah
DUNIA anak-anak:
Anak saya tanya "Kenapa udang yang ni kecik?" 
Saya menjawab: "Ini anak udang .. mak dia larang usah main jauh-jauh nanti kena tangkap tapi dia tak dengar... tengoklah..dah kena tangkap..menangis mak dia"

Tiada ulasan: