Pisang abu yang mengadap pintu dapur saya tu.. rajin bebenor berbuah..Alhamdulillah.. semenjak tahun lepas jarang sangat tak ada buah dipokok, silih berganti. Baja apa? Tak ada baja spesifik pun.. baja campak-campak sisa makanan aja. Bila masa mengutip hasil ( ceewahhh..mcm lah ladang 10 ekar.. walaupun hanya seperdu shj..) adalah sampai ke sana sikit.. ke sini sikit.. rezeki orang ramai, jiran tetangga. Ada yang cadangkan saya jual aja kepada penjual pisang goreng di kampung ni. Tak apalah... Biar sama-sama merasa, lagipun kami tak jaga sangat pisang tu..dah jenis rajin BERANAK-PINAK...,kalau manusia.. jenis SUBUR... beranak setahun 2 kali kot. Kegemaran anak-anak saya ialah pisang goreng, kalau dimasak pengat..menjauh semuanya... akhirnya isi pisang sahaja yang tertinggal di dalam mangkuk..yang habis hanya kuah pengat tu. Macam-macam hal. Lagi satu yang anak saya suka jika dijadikan kek dan cekodok aka jemput-jemput. Cik suami saya pula sukakan pisang rebus---> taste antik ni... hehehehehe... kalau cicah gula lagi dia suka. Resepi paling senang, sebab dia pun yang rebuskan bukannya saya. Saya tumpang makan aja pisang rebus tu. Hari ni nak cuba kelainan... PISANG BAKAR BERKASTARD ...rasanya ok..dan lepas ni nak cuba dengan pisang lain spt pisang emas atau lemak manis.
Nak cuba? Ini bahan-bahannya:
Nak cuba? Ini bahan-bahannya:
3 biji pisang abu/ pisang lain yg disukai
1 cawan susu cair
2 biji telur
3 sudu mentega
6 sudu besar gula- kalau pisang yg dah manis---> tak perlu tambah gula( ** pisang abu tawar)
potong pisang jgn terlalu nipis
sapu mentega pd loyang dan susun pisang
lebihan mentega diletakkan ke atas pisang
pukul telur, susu dan gula hingga sedikit kembang
curahkan bancuhan tadi ke atas pisang
Ya... dah siap....
CEPATNYA SIAP...
Ya... anak-anak dah nak balik daripada latihan memanah... nak makanlah tu. Saat-saat sibuk macam ni sesuai disediakan hidangan ni.
MUDAHNYA NAK SEDIA...
Ya..memang mudah dan sesuai untuk ibu-ibu yang bekerjaya macam saya..sambil makan sambil berbual dengan anak-anak... last-last tinggal loyang kosong.
SEDAP TAK?

Ya.. sedap.. ada kelainan... kena cubalah sendiri...
Nanti ada resepi PISANG versi lain pulak, saya kongsi kemudian ..jumpa lagi
***TAHUKAH ANDA***
Kulit pisang boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan parut.
Kulit pisang juga boleh dijadikan baja--> potong kecil-kecil dan ditanam sekeliling pokok.
Kambing atau lembu suka kulit pisang :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan