Cuaca yang tak menentukan turut mempengaruhi mood saya. Biasanya saya gemar buka tingkap bila berada di rumah, dah 2 hari rumah tertutup. Kalau buka, bukannya udara segar yang masuk... udara berjerebu yang melemaskan dan memedihkan mata. Mood nak memasak pun,merudum, apatah lagi bila memikirkan anak-anak balik jam 6.30 petang. Nak atau tak nak tengahari tadi saya merajinkan diri memasak, bukan apa... balik nanti boleh baring-baring sebelum berkemas untuk ke Temerloh esok.. Rupa-rupanya bulan lepas dah ke Temerloh dan bulan ni pun akan ke sana juga.
Saya nak masak ikan pari, petang nanti baru goreng sayur.Sudah lama ikan pari pemberian jiran saya ni menghuni peti ais saya. Kalau duduk alam peti ais dan pandai bayar bil ...ok jugak.... Pari sedap dibakar ataupun dimasak asam pedas. Saya pernah makan pari yang dicelup tepung dan digoreng...ok lah... tapi bila dah terbau hanyir.... bye-bye. Bagi menghilangkan bau hanyir pari, saya basuh dengan tepung gandum dan selepas tu rendam dengan air asam jawa. Kalau masak asam pedas... lebihkan daun kesum. Tapi... Asam pedas juga jadi pilihan kami sekeluarga.....
2 inci lengkuas (... budak-budak sekarang tahu tak unit inci ni...?)
9 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar halia
1 cawan air asam jawa (saya guna 3 sudu besar asam jawa)
3 sb belacan- bakar seketika
2 batang serai
1 cawan daun kesum
1 kuntum bunga kantan
5 sudu besar serbuk cili/cili boh
minyak untuk menumis
Kisar lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia dan 1 batang serai.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi serta serbuk cili sehingga betul-betul masak/garing.
Selepas itu, masukkan belacan dicampur dengan sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan tadi.
Masukkan air asam jawa dan teruskan menumis sehingga naik minyak sekali lagi.
Masukkan air anggaran tenggelam ikan pari tadi.
Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan pari...garam...dan serai yang diketuk
Kemudian masukkan daun kesom...bunga kantan.
Tunggu sehingga masak....
Rasakan garam...
...MAKA SAYA MAKAN SENDIRIAN......Alhamdulillah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan