Ammboooiiii....
BUKAN MAIN SERONOK LAGI SAYA ni haa.. maklumlah biasanya saya tulis entri memasak. Kali ni tentang peplum. BETOL..SAYA JAHIT PEPLUM. Niat hati dah lama nak pakai peplum. Orang lain dah bosan dengan peplum tapi saya baru ada peplum. Bukan tak nak beli....Malangnya bila ke kedai ada yang banyak-banyak saiz S... kadang-kadang ada saiz M dan L..jarang-jarang ada saiz L dan susah nak cari saiz XL...apatah lagi saiz XXL... Kadang-kadang di bahagian tubuh dah elok, lengan pulak sendat..maklumlah bodybuilder... Akhirnya hanya boleh cuci mata ajalah. Peplum ni sesuai untuk mereka yang kurus dan tinggi. Kalau nak berfesyen dan nak tunggu kurus..entah bilalah...... Memang nampak teruk sikit bila saya memakai peplum...patutlah ada saiz kecil aja.. Orang besar macam saya akan nampak lagi kembang dan pendek. Saya boleh bergaya di rumah..ya dalam rumah... tak salah kan? Macam Ustaz Azhar cakap.. Kalau dalam rumah sendiri nak pakai seluar sendat dan baju bareback pun boleh...untuk suami. In shaa Allah lusa bolehlah saya pakai sebab belum dikelim bahagian dalamnya.
Saya belajar menjahit ni dari pemerhatian dan cuba jaya. Saya pernahlah lihat arwah mak saya menjahit tetapi tak pernah ingin untuk belajar pada masa itu. Tetapi semenjak berumahtangga barulah saya berani mencuba jahit baju kurung dan baju anak-anak. Saya tak pernah belajar....jeling-jeling aja. Cara saya belajar ni pelbagai...Cara pertama. Pernah semasa saya di Kelantan dulu, saya buka balik jahitan sehelai baju dan gunakan sebagai patern..hehehe. Menjadikkk....Selepas itu saya belilah kain pasang sutera, konon-kononya CONFIDENT tahap tinggi... rupanya tak semudah memotong dan menjahit kain biasa..hasilnya baju berharga ratusan ringgit itu lebur... rosak tahap kritikal....parah...maka jadilah pakaian di rumah. Itu pertama dan terakhir saya menjahit pakaian sutera sendiri.
Cara kedua saya belajar melalui buku, saya pinjam buku di perpustakaan dan ikut langkah demi langkah sehinggalah siap baju anak-anak. Saya pernah menjahit gaun, seluar anak, sarung bantal, langsir dll melalui buku.
Kali ni saya menggunakan cara ke-3, saya belajar melalui internet...melalui blog Che Su. Saya dapat rasakan keikhlasan Che Su ni mengajar pembaca.... Pergilah ke blog beliau... berbaloi....sangat membantu. Saya ikut langkah demi langkah dan dalam masa tak sampai separuh hari dah dapat menjahit peplum ni. Mana hasilnya???
... Taraaaaa.......
WOOOW...kembangnya...:) Esok nak beli belt atau[un lace untuk bahagian pinggang. |
Inilah peplum XXL saya...saya beli kain 3meter tetapi hanya gunakan 2 1/4 meter sahaja. Itupun saya tak mahir nak letak patern yang telah dilukis.
Ni patern yang telah saya gunakan berpandukan blog Che Su tadi
bahagaian badan dan peplumnya |
Lengan |
(sambil senyum sorang-sorang dan hidung pun sedikit kembang :P)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan