sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Sabtu, 29 Jun 2013

Siput Kechar Masak Lemak Kuning


Apa nama siput ni? Biasanya saya beli belitung...yang berbelang-belang tu. Tapi kali ni saya terjumpa seorang pak cik yang jual siput ni. Dia ada beritahu nama siput tapi bila tak catat.. lupa daaaa....  Ini rupa dia..kalau tak silap.....KECHAR....tolong betulkan...ada yang cakap ini siput gondang...ada yang panggil KECAU...kacau fikiran saya duk memikir.... :)

Bila beli siput atau lain-lain makanan bercengkerang, pasti ada masalah nak bersihkan kulitnya. Bagi saya taklah susah sangat sebab saya guna hampas kelapa. 

Dr Fouziah Mohd
Gaul dan ramas-ramas hampas kelapa tu dengan siput atau kerang. Pasti bersih bersinar-sinar... mudah aja kan?
Dr Fouziah Mohd

2 mangkuk siput
2 cawan santan pekat
8 ulas bawang merah- ditumbuk
5 biji cili api- ditumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai- diketuk
garam
- masukkan  bahan yang telah ditumbuk +siput + santan + serai + serbuk kunyit + garam + santan
- masak dia atas api yang sederhana sehingga mengelegak seketika dan padamkan api
Inilah hasilnya:
Dr Fouziah Mohd

Soalan yang menghangatkan telinga semasa makan..  " Mama... siput ni sama macam SIPUT BABI kan?" jujurnya soalan seorang anak yang meloyakan tekak mama dan seluruh ahli meja makan.... riuh seketika di meja makan. Nasib baik deria rasa mengatasi cubaan dan gangguan deria bunyi. :)

Tiada ulasan: