sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Khamis, 13 Jun 2013

OTAK-OTAK


Semalam saya masak otak-otak untuk berbuka puasa.Teringat kisah semasa kecil dulu. Mak saya seorang yang gigih berniaga dan ayah atau saya panggil Cik seorang nelayan.... Arwah Cik ada sebuah bot  sendiri walaupun tak sebesar bot orang lain. Arwah mak saya ni rajin, selain daripada berniaga kedai runcit, sempat lagi menjual pisang goreng, ABC dan pada bulan puasa menjual otak-otak. Bila balik sekolah saya dan kakak-kakak membantu ibu membungkus dan membakar otak-otak ni... sekejap aja..licin ... habis dijual. Ligat betul arwah ibu ayah saya mencari rezeki untuk membesarkan kami 10 beradik ni..tak cukup dengan satu sumber sahaja. Otak-otak yang arwah mak saya jual dulu dibungkus dalam daun kelapa. Daun kelapa tu arwah Cik yang ambik dari pokok kelapa yang ada sekeliling rumah kami.. Semasa bulan puasa Cik tak ke laut. Arwah Cik potong daun kelapa dan ada beberapa orang kampung yang bantu cuci daun kelapa,potong lidi untuk menyemat bahagian hujung otak-otak, siang ikan dan bungkus otak-otak tu. Tapi bab mengadun ni arwah mak saya tak serah kepada orang lain dan pastikan kelapa yang digunakan muda sedikit, ikan yang segar. Dulu arwah mak saya letak isi  ikan segar seketul di dalam otak-otak.
Dr Fouziah Mohd

Kali ni saya buat otak-otak gaya baru tanpa daun kelapa, tanpa lidi tapi dibungkus dalam kulit popia. Lebih praktikal tetapi aroma daun kelapa tak adalah.....Tak ada isi ikan di dalam sebab saya adun sekaligus. 
Dr Fouziah Mohd

3 cawan isi ikan
2 cawan kelapa muda- parut
4 sb tepung kanji
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sb serbuk cili
2 sb rempah rendang ADABI
1 sb halia potong
6 sudu besar gula perang
1 sb pes asam jawa
 3 sk garam
sedikit serbuk perasa
Untuk membungkus:
Kulit popia
sedikit tepung gandum- lekatkan kulit
Caranya:
Kisar bawang besar, bawang putih, halia.
Gaul bahan kisar dengan kesemua bahan untuk inti
Bungkus di dalan kulit popia.
Lekatkan dengan kemas dengan gandum yang dicampur engan sedikit air
Goreng dengan minyak yang sederhana panas.

2 ulasan:

ayda zack berkata...

saya dah cuba, sedap. Nanti nk masak lagi

kakbesah berkata...

akk tringi nk cuba, mohon copy rspi yer! trimakaseh...