Entri tertangguh.
Selamat Hari GURU kepada semua guru... saya pasti Guru meraikan Hari Guru setiap hari tetapi murid mengingati guru hanya paa 16 Mei sahaja. (saya sangat mengharapkan tekaan saya ini meleset...).Apa yang mesti dilakukan bagi memastikan keharmonian sekolah dan seluruh warganya terjamin? Siapa yang bertanggungjawab. Jika tanggungjawab itu umpama larian 4x400 meter... maka masing-masing melepaskan baton kepada pihak tertentu. Jika tersilap maka gagallah dalam acara itu.
Senang dan mudah cerita.. tanggungjawab semua tetapi yang paling utama ialah ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa zaman sekarang ni agak berat sebab punca masalah disiplin bermula seawal usia kanak-kanak itu. Di mana bermula? Di rumah.... Penilaian dan tanggapan baik ibu bapa terhadap sekolah, guru dan pendidikan menjadi contoh kepada anak-anak. Jika sehari dalam setahun anak dan ibu bapa berat untuk menghargai guru..usah fikirlah hari-hari yang selebihnya.
Apa ingatan sempena hari guru diberikan kepada para guru mereka? Sebagai ibu bapa kenalah ingatkan anak-anak, guru tak perlukan sesuatu yang mahal atau berharga tetapi keiklasan dan hormat anak murid pasti mengembirakan mereka.
Jenuh saya memberi kuliah kepada anak-anak saya... semoga mereka ingat sampai bila-bila...
Setelah berkhutbah panjang lebar.... berbalik kepada Kraf hari ni, memang ada kaitan dengan hari guru sebab penanda buku ini dihadiahkan oleh anak-anak saya kepada guru mereka.
Sangat mudah dan murah namun praktikal.Guru dan buku tidak dapat dipisahkan, cuma untuk penanda buku kali ini saya sediakan lebih panjang agar sepadan dengan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran guru. Jika pembaca nak yang lebih pendek, ok aja. :)
Saya gunakan:
kain felt
riben
benang
jarum/ mesin jahit
gam
gunting
Kain felt untuk menghasilkan rama-rama- saya guna gam panas untuk melekatkan bahagian bulat kepada sayap rama-rama. Jika pembaca ada masa dan rajin, lebih baik jahit tangan...lagi halus ...lagi berkualiti
kain felt yang dipotong berbentuk bunga
Kain felt untuk menghasilkan rama-rama- saya guna gam panas untuk melekatkan bahagian bulat kepada sayap rama-rama. Jika pembaca ada masa dan rajin, lebih baik jahit tangan...lagi halus ...lagi berkualiti
Ini bahagian yang telah dipotong untuk penanda buku yang biasa berbentuk panjang
inilah hasilnya penanda buku pelbagai corak
Gambaran keseluruhan termasuklah riben dan bahagian bawah penanda buku-
Penanda buku berbentuk panjang
Lagi cantik sekiranya pembaca jahit dengan tangan, saya nak cepat jadi guna mesin jahit aja.
Untuk penanda buku GEISHA tu ada di entri seterusnya
Cuba lihat apa yang anak saya tulis di bahagian luar sampul surat kad ucapan dan hadiah kepada gurunya
Pasti pembaca lebih kreatif

Tiada ulasan:
Catat Ulasan