Saya kurang suka baking. Tak tahu kenapa...mengapa. Tapi semenjak dua menjak ni, agak rajin sikit. Apa yang malang lagi bila dah buat kek, gambar kek ada tapi resepi entah ke mana. Kali ini saya search balik asal-usul resepi ni. Kek kali ini agak luar biasa sebab meleleh..apa yang meleleh?... toppingnya....topping ni resepi yang saya ubahsuai sendiri. Air liur pun meleleh jugak bila hias kek ni awal-awal tapi tak makan lagi.. maklumlah ibu... nak makan... tunggu anak-anak balik dan ada semuanya. Sambil menunggu tu...topping sama naik meleleh dengan air liur ni haa.....
Resepi ni saya ceduk daripada Jintanmanis
Adalah tokok-tambah tapi idea dari situlah. Tkasih JINTAMANIS.
Anak-anak dan suami suka sangat. Mari KITA KE DAPUR....
1 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bicabonat
- ayak agar teradun rata
2 sudu besar susu tepung
1 cawan gula pasir
1 sk esen vanila
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air sejuk dari peti ais
1 sudu besar cuka
Masukkan susu tepung, esen, minyak masak dan air sejuk - kacau sebati dan masukkan bahan yang telah diayak.
Campurkan cuka- kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan ke dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu.
dan bakar selama 30 minit dengan suhu 160oC.
bahan topping
5 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu segar
2 sudu marjerin
1 cawan coklat masakan cincang
adunkan susu segar, susu pekat dan panaskan dengan kaedah double boiler
bila dah panas, masukkan coklat masakan
kacau sehingga larut dan sebati
masukkan marjerin dan kacau sehingga berkilat dan likat
Ni sepotong untuk anda
saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Jumaat, 19 Julai 2013
Salam Ramadhan
Sekejap sahaja masa berlalu, terasa baru beberapa bulan berpuasa, rupanya dah bertakup setahun. Bila difikir dan dikenang .. Apa yang sempat saya buat dalam masa setahun?
Hari ini 10 Ramadhan.seperti hari-hari yang berlalu, Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk melakukan solat tarawih di Masjid UniSZA. Perbezaan agak ketara berlaku kali ini, bilangan jemaah agak cepat menyusut berbanding tahun-tahun lepas. Entah-entah esok saya pun menjadi sebahagian daripada meraka, mohon perlindungan daripada Nya. Husnu zhon.... mungkin mereka memilih untuk berjemaah bersama-sama keluarga atau ke surau dan masjid yang berhampiran. Tak kisahlah asalkan ibadah khusus bulan Ramadhan ini disempurnakan. Rebutlah OFFER dari Nya sebelum mengejar OFFER DARI PUSAT MEMBELI-BELAH... Hukum solat tarawih ni adalah sunat muakkad, sangat dituntut, lakukanlah di mana-mana sahaja secara sendirian atau jemaah. Bila berjemaah ni lagi bersemangat.
Banyak perubahan positif yang terkedepan dilakukan oleh Pengurusan Pusat Islam di UniSZA. Saya tertarik dengan pasukan sukarelawan yang diwujudkan. Bila kaki melangkah ke tangga, sapaan dan ucapan salam sudah cukup mengembirakan. 'Penyakit' meletakkan selipar/ kasut di atas tangga juga sudah tiada. Sukarelawan menegur dengan sopan. Hebatnya sukarekawan ni, bukan sahaja menjaga dan menegur tatsusila yang wajar dilakukan tetapi turut mengambil peranan menjaga anak kecil yang dibawa oleh jemaah. Sukarelawan menjadi babysitter. Mana nak cari? Saya tidak sempat meninjau ke tempat jagaan kanak-kanak, maklumlah anak dah besar. Apa yang dilakukan di sini sangat bagus dan membantu para jemaah untuk menjalani ibadah tanpa ada rasa gangguan atau risau.
Pasukan Keselamatan UniSZA juga membuat kami sekeluarga percaya untuk tinggalkan kereta, mereka bertugas sepanjang masa dengan rondaan dan kawalan trafik sebelum, semasa dan selepas solat tarawih. Syabas sekali lagi.
Para imam pula mempunyai kekuatan tersendiri, bacaan, suara dan tugas imam bertukar setiap malam.
Terasa amat sangat tarikan suara merdu dan yang paling penting adalah janji Allah swt seolah-olah memanggil saya untuk meneruskan solat berjemaah.
Moga kekal untuk bulan-bulan yang lain.
Selamat berpuasa dalam fasa ke dua Ramadhan.
Ahad, 14 Julai 2013
Yong tau fo
Bila makan yong tau fo, paling penting ialah SOS nya. Kalau sos kurang sedap....maka tak seleralah. Saya dah cuba acap kali dalam menyediakan sos. Seringkas-ringkasnya ialah dengan mencampur sos tiram + sos cili + sos ikan, masak sehingga mendidih, kalau suka manis tambah sedikit gula. Tapi kali ni agak sukar sedikit tapi yang penting sedap. Hidangan kami semasa berbuka puasa. Apa-apa pun perut anak-anak dan suami nak juga nasi, layan aja lah.... penuh meja dengan lauk nasi dan kuah tom yam, yong tau fu dan tambahan ada mee kuning serta kue teow untuk dimakan bersama kuah tom yam.
Sos Yong Tau Fu
1 1/2 cawan gula melaka yang diracik
2 cawan cili kering potong
3 sudu besar taucu kisar/halus
4 sudu besar belacan
1 senduk kacang tanah yang telah digoreng
4 sudu kicap manis
400 ml air
1 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak bijan
1/4 cawan minyak masak
Kangkung celur
Bijan goreng
Panaskan minyak dan goreng cili kering sehingga keperangan dan garing.
Kisar cili kering + kacang tanah + belacan dengan 400ml air
Masukkan ke dalam periuk bahan kisar tadi + taucu dan kicap
Bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan minyak bekas mengoreng cili tadi
kacau sehingga masak dan berkilat
Masukkan minyak bijan.
*** Jika terlalu pekat boleh ditambahkan air. Sos ini enak dimakan jika agak pekat.
- Jika sukakan rasa manis boleh ditambah gula/ gula melaka
- pastikan agar rasa masin dikurangkan sebab dalam fish ball dll dan banyak garam.
- Hidangkan bersama kangkung celur.

BAS TERHUMBAN KE DALAM GAUNG
KISAH NGERI YANG SERING MENGHANTUI PENUMPANG BAS EKSPRES MALAM TERUTAMANYA.
Dalam akhbar semalam terpampang kisah sebuah bas yang mengelakkan daripada lori lalu terhumban ke dalam gaung pada pukul 4 pagi di Pulau Serai Terengganu. Allhamdulillah, semuanya selamat. Apa-apa pun pada awal pagi, jalan lengang, nak cepat sampai, berlumba-lumba menjadi kebiasaaan bagi pemandu. Belum masuk bab mengantuk lagi. Bulan puasa ni nak mengejar waktu sahur lagi. Inilah bas yang pernah saya naik. Semua kenderaan memecut pada waktu malam sehingga awal pagi. Ini kenyataan yang hanya dapat dilihat oleh mereka yang tidak tidur semasa perjalanan tersebut sahaja.

| tidurlah wahai permaisuri.... |
SIAPA PEDULI? GELANDANGAN? PILIHAN SIAPA?
Bulan Ramadhan ni hati mudah tersentuh, buka sensitif tak tentu. Cuba lihat foto yang saya ambil daripada Harian Metro semalam
Beri masa untuk membuat analisis. Renung..... apa pendapat anda?
Usah tanya soal makan dan minum mereka.
Mengapa mereka memilih untuk tinggal di situ?
Apa nasib si anak yang berada di atas ribaan ibu?
Apakah pekerjaan mereka?
Siapa yang akan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Nya.
selepas tu baca kisahnya DI SINI
SAYA TERSENTAK BILA PERISTIWA INI BERLAKU DALAM NEGARA KITA YANG AMAN DAN MAKMUR.
DI MANA PINCANGNYA MASYARAKAT KITA?
di mana sikap peduli kita semua?
Saya pernah terbaca satu kisah yang seumpama dengan kisah ini tetapi tindakan keluarga tersebut mungkin lebih baik. Mereka berteduh di sebuah masjid. Maka AJK masjid pun memberilah ruang stor untuk mereka tinggal dan pada masa yang sama boleh menjaga dan mengemas kawasan masjid.
Keputusan di tangan kita semua dan jika perlu kitalah yang perlu menasihati mereka.
Mereka sebahagian daripada kita.
Terasa kaki ini untuk menziarahi mereka, semoga tercapai.
Jumaat, 12 Julai 2013
AYAM HITAM MANIS
Masakan saya hari ini ialah Ayam Hitam Manis ini disediakan oleh si Hitam Manis ... ( eheeemmm...sayalah tu... bukan hitam legam yer...).
Langkah Pertama....mari menyanyi
Hayatilah lirik lagu ni sebelum memasak. Tak nak cerita panjang hari ni...
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Paras mu cantik buat hatiku
Siang dan malam selalu kurindu
Di waktu bulan terang cuaca…
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat pandang pertama
Aku teringat pandang pertama
(lirik oleh Emilia Contessa)
Langkah ke 2... mari memasak sambil menyanyi
500 g isi ayam
1/4 cawan kicap lemak
2 sudu kicap pekat
6 sudu besar gula perang
2 sudu besar serbuk rempah rendang Adabi
2 st garam
3 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos cili
lidi/pencucuk satay
perap ayam yang telah dipotong kecil dengan semua bahan perapan (jika suka saiz agak besar..pun boleh...)
perap sekurang-kurangnya selama 4 jam.(biar meresap elok...)
cucuk isi ayam seperti satay dan bakar sehingga masak.
saya bakar dalam oven.
Semestinya tidak mengecewakan.
Ayamnya hitam dan ada rasa manis... adik manissss bolehlah cuba resepi ini untuk berbuka puasa..
ooopsss..jangan lupa langkah ke 3
Kemas dapur....
.
.
dan...
.
.
langkah ke 4
jom solat maghrib dan berjemaah tarawih sempena bulan Ramadhan ini.

Ahad, 7 Julai 2013
KAMBING PANGGANG TEMERLOH- Abang Spek
Kambing Panggang Abang Spek di Temerloh.
Semasa berada di Temerloh saya berpeluang merasa kambing panggang yang best. Dari Bandar Temerloh menghala ke Lebuhraya terdapat 2 penjual kamning panggang, namun saya hanya sempat ke tempat yang berhampiran dengan Taman Semantan sahaja. Satu lagi tempat, betul-betul sebelum masuk lebuhraya, yang masuk dalam berita TV tu.
tarikan utama, pastinya tergolek seekor kambing... dipanggang dengan bara api...
Menurut penjual ni, namanya Ijam, berumur 27 tahun, beliau mencipta sendiri resipinya agar berbeza dengan kambing panggang yang lain. Ijam @ Abang Spek ni pernah bekerja di hotel terkenal di Labuan dan Kuala Lumpur katanya. Turut membantu Ijam ialah bapa saudaranya. Inilah rupa Ijam..si Abang Spek tu.. Kenapa dia pakai spek?... entahlah... Indentiti Kot... Kambing Panggang Abang Spek. Kalau dia tak pakai spek... bagi aja kambing tu pakai spek..pun lawa jugak.
Harga kambing panggang ni, satu bekas polistrin, lebih kurang 1 cawan penuh RM 10.00. Kambing ni di steambath dulu kemudian barulah disapu rempah dan dipanggang. Bila pelanggan beli, isi kambing tu dipotong kecil-kecil dan dipanaskan di atas kuali burger.. cuba lihat tu..dan digaulkan dengan rempah-ratus..resepi rahsia tu. Saya agak dia campur..bawang merah..bawang putih..halia..kunyit..ketumbar..
Memang berbaloi dan sedap. Kalau dekat dengan rumah saya ni.. keraplah saya bertandang ke sana.
Rasanya yang cukup... saya makan sambil memandu dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur... makan begitu sahaja. Selebihnya saya habiskan pada jam 11 malam, masih elok dan LEMBUT dan TIDAK BERLEMAK. Hasrat hati nak ke Temerloh lagi, rugi jika tidak merasa kambing panggang yang berhampiran dengan tol lebuhraya tu. Lain kali saya nak beli tulang + isi kambing panggang...
TEMERLOH..tunggu kedatangan saya lagi.
BILA? Moga dikurniakan Nya rezeki dan kesihatan. Aamiin.
Semasa berada di Temerloh saya berpeluang merasa kambing panggang yang best. Dari Bandar Temerloh menghala ke Lebuhraya terdapat 2 penjual kamning panggang, namun saya hanya sempat ke tempat yang berhampiran dengan Taman Semantan sahaja. Satu lagi tempat, betul-betul sebelum masuk lebuhraya, yang masuk dalam berita TV tu.
tarikan utama, pastinya tergolek seekor kambing... dipanggang dengan bara api...
Menurut penjual ni, namanya Ijam, berumur 27 tahun, beliau mencipta sendiri resipinya agar berbeza dengan kambing panggang yang lain. Ijam @ Abang Spek ni pernah bekerja di hotel terkenal di Labuan dan Kuala Lumpur katanya. Turut membantu Ijam ialah bapa saudaranya. Inilah rupa Ijam..si Abang Spek tu.. Kenapa dia pakai spek?... entahlah... Indentiti Kot... Kambing Panggang Abang Spek. Kalau dia tak pakai spek... bagi aja kambing tu pakai spek..pun lawa jugak.
Memang berbaloi dan sedap. Kalau dekat dengan rumah saya ni.. keraplah saya bertandang ke sana.
Rasanya yang cukup... saya makan sambil memandu dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur... makan begitu sahaja. Selebihnya saya habiskan pada jam 11 malam, masih elok dan LEMBUT dan TIDAK BERLEMAK. Hasrat hati nak ke Temerloh lagi, rugi jika tidak merasa kambing panggang yang berhampiran dengan tol lebuhraya tu. Lain kali saya nak beli tulang + isi kambing panggang...
TEMERLOH..tunggu kedatangan saya lagi.
BILA? Moga dikurniakan Nya rezeki dan kesihatan. Aamiin.
LOBAK MASAK LEMAK
Rupa sama dengan lobak merah tetapi berlainan warna... lobak merah kaya dengan vitamin C... KHASIAT LOBAK PUTIH...? Berpandukan percakapan dengan suami ( ..yang suka lobak putih..), lobak bagus untuk mereka yang menghadapi masalah batu karang dan buah pinggang. Daripada pembacaan, antara khasiat lain ialah:
1. Mengubati bisul- pupur isi lobak + cuka
2. Melecur- letak isi lobak yg diparut/ kisar
3. Asma- minum jus lobak + halia yg direbus +madu semasa nak minum
4. Batuk- rebus + oren
5. radang paru-paru
6. Menambahkan susu bagi ibu yang menyusu
7. selsema
8. Kembung
9. Darah tinggi
10.Rendahkan kolestrol
11. Lawaskan sistem pencernaan
12. Turunkan paras gula
13. Gout
waahhhh...banyaknya senarai yang menyebabkan saya tidak menolak daripada memakan lobak putih. Arwah emak saya dulu dia ada masakkan tumis air (....ini istilah Orang Terengganu... sama macam sup...atau masak bening). Kalau di kedai mamak.. lobak putih digoreng dengan kunyit.
Anak-anak kurang gemar akan baunya tetapi lobak putih yang ditanam di Cameron Highlands tidak lagi mempunyai bau yang...semacam.... kalau lobak kampung ada bau yang agak kuat... susah nak terangkan bau macam mana... kena beli dan hidu sendiri... itulah bau lobak...Hari kali ini (bukan hari ni...dah berminggu-minggu entri tertangguh ini ditulis)masakan simple orang Pantai Timur iaitu Lobak Putih Masak lemak.
2 ekor ikan kembong
1 batang lobak putih ( besar)
2 mangkuk santan pekat
6 ulas bawang merah
1/2 batang lobak merah.
2 biji cili hidup
1 cawan air/santan cair
garam
- Rebus atau panggang ikan
- Asingkan isinya dan tumbuk sehingga hampir hancur.
- potong lobak merah dan lobak putih dan masukkan kedalam periuk dengan secawan air/santan cair.
Bilakan sekitar 10 minit ( saya suka lobak yang lembut, jika tak suka, hanya perlu celur seketika sahaja)
-Masukkan isi ikan tumbuk, bawang merah mayang, santan pekat.
Jika perlu kuah yang banyak, tambahkan air mengikut keperluan.
- masukkan cili potong dan garam.
-Apa lagi...ambil mangkuk.. hidangkan.
-
1. Mengubati bisul- pupur isi lobak + cuka
2. Melecur- letak isi lobak yg diparut/ kisar
3. Asma- minum jus lobak + halia yg direbus +madu semasa nak minum
4. Batuk- rebus + oren
5. radang paru-paru
6. Menambahkan susu bagi ibu yang menyusu
7. selsema
8. Kembung
9. Darah tinggi
10.Rendahkan kolestrol
11. Lawaskan sistem pencernaan
12. Turunkan paras gula
13. Gout
waahhhh...banyaknya senarai yang menyebabkan saya tidak menolak daripada memakan lobak putih. Arwah emak saya dulu dia ada masakkan tumis air (....ini istilah Orang Terengganu... sama macam sup...atau masak bening). Kalau di kedai mamak.. lobak putih digoreng dengan kunyit.
Anak-anak kurang gemar akan baunya tetapi lobak putih yang ditanam di Cameron Highlands tidak lagi mempunyai bau yang...semacam.... kalau lobak kampung ada bau yang agak kuat... susah nak terangkan bau macam mana... kena beli dan hidu sendiri... itulah bau lobak...
2 ekor ikan kembong
1 batang lobak putih ( besar)
2 mangkuk santan pekat
6 ulas bawang merah
1/2 batang lobak merah.
2 biji cili hidup
1 cawan air/santan cair
garam
- Rebus atau panggang ikan
- Asingkan isinya dan tumbuk sehingga hampir hancur.
- potong lobak merah dan lobak putih dan masukkan kedalam periuk dengan secawan air/santan cair.
Bilakan sekitar 10 minit ( saya suka lobak yang lembut, jika tak suka, hanya perlu celur seketika sahaja)
-Masukkan isi ikan tumbuk, bawang merah mayang, santan pekat.
Jika perlu kuah yang banyak, tambahkan air mengikut keperluan.
- masukkan cili potong dan garam.
-Apa lagi...ambil mangkuk.. hidangkan.
-
How To Get A PhD
Keheningan malam bertukar menjadi sayu...sesayu-sayunya... Saya risau bila memikirkan nasib generasi akan datang jika anak saya mewakili keseluruhan remaja yang ada di seluruh Malaysia.'REMAJA YANG KURANG MEMBACA... MEMBACA BAHAN YANG TERLALU SANTAI... humor semata-mata... gosip... artis... bahan yang tidak mencabar minda untuk berfikir. Youtube hiburan menjadi kegilaan mata dan akal, artis Korea jadi ikutan dan lagu pop menjadi latar setiap perbuatan. Belum cerita lagi tentang computer games....
Soalan yang dilontarkan kepada saya: "Mama, kenapa mama masih membaca buku tu.. kan dah dapat PhD?" (sambil merujuk kepada buku yang akan saya perkenalkan nanti)
Saya tersentak, saya terfikir...Adakah saya membaca untuk ijazah semata-mata? Sudah pasti jawapannya TIDAK. Persekitaran yang disediakan oleh saya seperti buku yang pelbagai jenis, rak buku, tempat membaca dan contoh realiti daripada saya masih tidak mampu mengubah tanggapannya. Dia melihat BUKU= PEPERIKSAAN=LULUS = MERDEKA DARIPADA BUKU. Sedihnya......

Saya mengambil masa yang agak panjang untuk menerangkan kepadanya. Semoga ianya kekal dalam sanubari dia selamanya. Anak saya keluar daripada bilik saya dengan muka yang masam-masam-manis..(Muka menyesal bertanya... agaknya.. alamakk... silap laaaa tanya mama tadi... kan dah kena dengar khutbah...)
Berbalik kepada buku yang saya baca... saya telah berulang-ulang kali membaca buku ini. Tidak kurang daripada 10 kali saya membacanya. Inilah buku yang saya maksudkan.
Setiap kali memerlukan panduan atau pendapat saya utarakan kepada rakan atau mereka yang pakar, selepas itu saya merujuk pula kepada buku-buku untuk pengukuhannya. Buku ini sangat bermakna bukan sahaja kepada pelajar malah turut membincangkan peranan penyelia/supervisor bermula daripada sebelum mendaftarkan diri sehinggalah perancangan selepas bergraduasi. Turut dibincangkan pemilihan jantina supervisor yang kekadang saya anggap tidak penting tetapi ianya sangat mempengaruhi perjalanan pengajian.
Salah satu penyakit ketika menyiapkan Phd ialah..was-was.. setiap hari terasa dan terfikir.. betul atau tidak apa yang aku buat ni??? Boleh atau tidak jika begini? Kekadang turut terfikir.... aku dah buat research selama bertahun-tahun.. RASA MACAM SILAPLAH.. ADA YANG TAK KENA NI... begitulah... selagi tidak menghadapi viva dan menghantar naskah berkulit keras.
Memahami nature pengajian PhD turut menjadi topik utama. Buku ini membincangkan sikap yang perlu ada bagi setiap pelajar. Cara menjaga hubungan dengan penyelia dan rakan sepengajian agar tak terputus hubungan.
Pastinya turut dimuatkan tentang pengendalian kajian tetapi tidak secara terperinci.
Cara menetapkan matlamat sepanjang pengajian agar momentum kekal. Mematuhi 'deadline',pengurusan masa.
Pengendalian pengajian bagi pelajar sepenuh masa dan separuh masa.
Tips menghadapi peperikasaan lisan /viva turut dimuatkan.
Antara yang menarik dikongsi dalam buku ini ialah penekanan yang dibincangkan bukan sahaja bertumpu kepada pelajar sahaja. Peranan institusi dalam menyediakan kemudahan turut dibincangkan agar memberi faedah kepada pelajar seperti kumpulan sokongan dan pemantauan kemajuan pengajian.
Buku ini memberi makna yang tersendiri kepada saya terutamanya Chapter 8: How to manage your supervisor. Apa jangkaan SV terhadap pelajar. SV memerlukan pelajar yang independent, menulis artikel, berjumpa dengan mereka, jujur dalam melapor dll... sebab bagi saya bila hubungan baik dengan SV terjalin, perjalanan anda akan mudah dalam pengajian PhD.
Dapatkan buku ini dari perpustakaan terdekat. Kempen tanpa pendapatan di dunia, moga ada faedah di sana..paling tidak " Ya Allah.. selamatkan penulis ini di dunia dan di akhirat" :)
*** Terima kasih kepada SV saya PM Dr Ruhizan dan Prof Datin Dr Amla.

Isnin, 1 Julai 2013
KARI IKAN U
Bila saya lihat atau terbaca atau makan ikan U, pasti teringatkan jiran kami semasa
tahun 70 an-80an... namanya Awang Nah Tan, isterinya Mek dan anaknya
ada 3 atau 4 orang..antaranya Mek In, Awang Tan... kerja mereka ni ialah
memproses sirip ikan U. setiap hari ramailah orang kampung ke rumahnya
untuk bekerja. Saya pulak tak pernah rasa sirip yang dijadikan sup. Semasa tu saya di sekolah rendah dan sering juga menjengah melihat bagaimana mereka bekerja. Dari tingkap saya nampak berguni-guni sirip yang tersimpan dan ada yang direndam, selepas itu direbus. Bila tahu mahal harga sirip ikan U.... dalam hati saya cakap.... ada ke makanan mahal macam tu... ala-ala tak percaya.
Hari ini , Ini ikan I..bukan ikan U.....
Ini I punya... walaupun ikan U...
I nak masak ikan U
Selepas ni I bagi U makan ikan U yang I punya
Apa-apa pun ramai betul penghuni rumah I ni bermusuh dengan ikan U. Bermula dengan rupa ikan U pun dah tak lalu nak pandang... usah cakap nak makan....Malang sungguh nasib Si Ikan U.
Dalam bulan Jun...ini kali kedua saya memasak kali ikan U. I pula suka ikan U.
Cukup-cukuplah bergaduh tentang ikan U. Dah penat.. marilah tolong I memasak... U kena sediakan bahan-bahan ni dan ikut semua arahan I..OK... :)
1 ekor ikan yu saiz kecil
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 1/2 inci halia
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga pelaga
2 sk halba campuran
2 sb asam jawa- dicampurkan dengan air
2 cawan santan pekat
3 sudu rempah kari
1 sk serbuk kunyit
2 sb serbuk cili
secawan daun kesom
3 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
3 keping asam gelugur
Garam secukupnya
- Potong ikan yu kepada bahagian yang sesuai-
- Rebus ikan bersama garam dan asam gelugur
- Sejukkan dan buang kulit sehingga bersih.
*** masalah utama ikan U ialah kulitnya yang keras... boleh minta penjual ikan tu siangkan tetapi arwah emak saya ajar supaya rebus.... Seterusnya cara nak memasak kari.
- Panaskan minyak
Tumis bawang merah sehingga wangi
masukkan halba campuran, kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bawang putih tumbuk, halia tumbuk.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan pes cili + rempah kari+ kunyit
Masukkan air asam jawa dan tumis lagi sehingga pecah minyak
Tambahkan santan pekat- masukkan air jika perlu
Masukkan isi ikan yang telah dibuang kulit
Masukkan juga daun kesom, garam, gula, perasa
*** Dah siap
*** Saya beri semangkuk kepada jiran tadi..harap-harap mereka suka
*** di rumah ni hanya saya dan anak lelaki yang cukup berselra dengan ikan U.. yang lain hanya makan sekadar mengambil hati saya aja....
Tetapi semasa saya memasak kali ke dua, semuanya makan kecuali anak perempuan. Ikan U yang kali kedua lebih kecil dan isinya selembut ikan tengiri. Kedua-dua masakan ini langsung tiada bau yang hanyir.

Langgan:
Catatan (Atom)