sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Memaparkan catatan dengan label ulat buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulat buku. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2013

What Got You Here, Won't Get You There

**HOW SUCCESSFUL PEOPLE BECOME EVEN MORE SUCCESSFUL**
Saya membeli buku ini selepas saya diminta untuk bertugas di tempat baru.  Tajuk buku yang CATCHY menjadi tarikan utama. Tarikan utama yang lain ialah... buku serta hasil penulisan MARSHALL GOLDSMITH menjadi rujukan serta panduan ramai induvidu yang berjaya. MENGAPA TIDAK SAYA MILIKINYA? Memiliki dan membaca adalah perkara yang brbeza (sy sudah lama memiliki tapi baru ada masa untuk membaca, ada buku yang sy tak miliki tapi dah habis baca)
Dr Fouziah
 Perubahan tempat kerja yang baru pasti mendebarkan sesiapa sahaja yang mempunyai semangat tinggi untuk berjaya. Adakah perlu diteruskan dengan sikap yang dan kepercayaan yang lama? Tidak ada salahnya sebab dengan sikap begitu telah membawa anda ke tahap kejayaan. ADAKAH BENAR?
buku setebal 238 muka surat terdiri daripada 14 chapters. yang dibahagikan kepada 4 bahagian/section utama iaitu:
1. The trouble with success
2. The 20 habits that hold you back from the top 
3. How we can change for the better
4. Pulling out the stops
Pengupasan setiap tajuk berjaya dilakukan secara santai beserta contoh yang mudah difahami.Sebagai contoh,turut di sertakan habit yg tidak sesuai antaranya ialah:
1. winning too much
2. adding too much value
3. speaking when angry
4. telling the world how smart we are
5. making excuse
......hanya 5 contoh daripada 20 habit yg perlu dihindari
 Dalam section three pula seolah-olah mengikat saya dengan tajuk seperti Feedback, Apologizing, telling the world, or advertising, listerning, thanking, following up and practicing feedforward.
Tidak rugi memiliki buku yg memberi panduan yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya kita.
 




Rabu, 13 Mac 2013

UDANG KETAK MASAK SAMBAL LEMAK


UDANG KETAK TOTALLY BERWAJAH LAIN DENGAN UDANG LIPAN- pernyataan yang  jelas.
Menurut Uncle  Wikipedia"Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in), atau panjang karapas 8 cm (3.1 in).Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah
Tepat sekali.. dah kurang sangat saya jumpa udang ketak ni... kalu kawan lama... boleh kata...hello.. long time no see. Bila terlihat udang ketak ni semasa ke pasar terus saya beli. Terkenang semasa dulu.. kisah dulu-dulu... semasa saya masih kecil, maklumlah anak nelayan, makan ikan yang fresh dan besar. Ada suatu hari tu ayah saya, bawa pulang udang ketak.. udang ketak sama macam udang kara yang beza tak ada sepit depan. Besar dan segar sungguh udang ketak tu dulu.. saiz seekor sebesar pinggan nasi. Itulah untungnya anak nelayan. Kami adik-beradik mewah dengan ikan, sotong dan udang segar. Kali ni walaupun udang ketak yang  agak kecil... tetap saya beli... sambil makan sambil saya bercerita kisah arwah saya membawa pulang udang ketak....malah pelbagai jenis ikan yang lain.
Dr Fouziah
500g udang letak
2 Labu bawang besar
1 sudu halia cincang
sedikit asam jawa- jadikan air perahan
2 sudu serbuk cili
1 sk serbuk kunyit
1 cwn pati santan
minyak untuk menumis
daun sup
cili hijau
gula
garam
Cara-caranya:
Kisar bawang besar.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar kisar tadi + halia+ serbuk kunyit + cili hingga wangi. 
Masukkan air asam jawa
Masukkan  pati santan+ garam + gula
Last sekali masukkan udang ketak, daun sup dan cili hijau yang telah dipotong.
Dr Fouziah
DUNIA anak-anak:
Anak saya tanya "Kenapa udang yang ni kecik?" 
Saya menjawab: "Ini anak udang .. mak dia larang usah main jauh-jauh nanti kena tangkap tapi dia tak dengar... tengoklah..dah kena tangkap..menangis mak dia"

Khamis, 6 Disember 2012

Buku: Kit Pembelajaran Geometri Untuk Topik Penjelmaan Tingkatan 2


Membaca sudah menjadi amalan saya setiap hari tetapi kesukaran untuk berkongsi apa yang telah atau sedang dibaca menjadi halangan lantaran sikap. Keinginan untuk berkongsi ilmu membuak-buak. Halangannya ialah saya gemar menghurai panjang lebar, akhirnya tak tertulis. Saya mengambil keputusan agar setidak-tidak selepas ini saya akan menulis secara ringkas mengenai buku-buku yang telah saya baca.  Sharing is caring.   Buku yang saya nak kongsi kali ini merupakan sebuah kit pembelajaran  matematik bagi tajuk PENJELMAAN Tingkatan 2.

Buku ini digunakan bersama-sama dengan Geometer's Sketchpad (GSP). Buku yang diterbitkan ini memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari tajuk penjelmaan melalui  5 fasa pembelajaran geometri Van Hiela iaitu Fasa informasi, orientasi terarah,  penjelasan, orientasi bebas dan fasa intergrasi.

 Penulis berjaya mengolah modul ini sehinggakan ianya menjadi santai dan menarik. Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami. Latihan yang diberikan dapat menguji pelajar dalam sub-tajuk. 
Manakala grafik berbentuk rajah, jadual dan menu komputernya yang menarik. Grafik yang disertakan bag setiap langkah dan penerangan membantu pelajar memahami konsep yang diajar. Buku ini saya kategorikan kepada "MESTI MILIK" kepada semua guru dan pelajar matematik. Tahniah kepada En Abdul Halim Abdullah dan Prof. Madya Dr Effandi Zakaria.

Ahad, 10 Jun 2012

Buku Lanskap 1-

Dah lama tak post tentang buku.. terutama setelah saya kemas buku di dalam rak... kemas-kemas.  Tapi, semenjak kebelakangan ni saya sering membaca majalah yang berkaitan dengan lanskap.  Maka..terjumpalah sebuah buku yang telah lama berada dalam simpanan saya.  Saya sempat membelek dan membaca sekali lalu sahaja... (2 tahun lepas) tetapi semenjak minat bunga ros ni.. saya mencari idea untuk susunan taman yang indah. Saya mencari ruang masa untuk meneliti kembali buku ni. HOME LANDSCAPING.

Buku ni pemberian seorang kawan yang berpindah pejabat, dia berikan buku ni.. "Ambiklah untuk U yang minat pokok.." (Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan....memang saya minat pokok... dia tak tahu... lalang pun saya tanam di laman rumah heeee ). Selepas tu di hulurkan satu lagi buku yang berkaitan dengan taman jugak, nanti saya perkenalkan."Nanti dah buat cantik-cantik, ajak saya makan-makan.. BBQ" selepas tu "Ehhh..ada lagi satu ni yg related...." 3 buah semuanya.  Sebagai seorang rakan yang memahami minat saya, dia (RM) dengan senang hati menyerahkannya (kalau tunggu saya beli buku lanskap yang berharga beratus-ratus ni..mungkin tidak)
Bahagian dalamnya ada menceritakan tentang kesesuain taman depan rumah, sisi dan belakang rumah.

Contoh-contoh taman untuk depan rumah
Saya duk membayangkan..alangkah cantiknya jika depan rumah saya macam dalam pic di atas ni.. ros keliling pagar...
Cadangan  taman edible pun cantik, tapi saya ubahsuailah, letak kangkung, serai, lengkuas, kadok, pandan dll.  Kalau nak colour macam dalam buku tu ...kena hijrah ke UK gamaknya (bukan Ulu Kelantan...)
Ada lagi..yang ni cadangan untuk bahagian belakang rumah, cantik kan?
Saya gunakan ilmu ni untuk depan rumah saya..next time saya upload gambar.  Kita kena sesuaikan apa yang dilihat dan dipelajari dengan situasi, lokasi, masa, kos dan bahan yang ada.( usah lupa bebanan penyenggaraan).  Kalau bina taman hanya cantik untuk 2 minggu pertama tak berbaloi, selepas tu entah mana bunga..entah mana rumput :)

Nak buatlah macam ni, cantik kan kalau ada arch..
Buku ni turut menunjukkan step by step cara nak bina pagar, arch, deck, bench dll.. sangat berguna kepada saya.Nak buatlah macam ni, cantik kan kalau ada arch..Letak ros.. .kemudian ros memanjat.. wangi harum semerbak tamanku (harap-harap jadi kenyataan, Aamiin)
Banyak lagi  projek kayu untuk taman yang ditunjukkan secara detail.  Saya pun dah lama tak bertukang, dulu pernah mengajar kerja kayu dan kerja bata di politeknik. Bila dah berpuluh tahun tak guna ilmu...dah keras tangan ni..

Helaian demi helaian saya belek.. tenung.. fikir... rasanya boleh apply dikawasan rumah saya ni.
semoga dikurniakan umur, masa, kesihatan dan rezeki untuk mereliasasikannya..
Bila agaknya ya????
Insya Allah..soon..

Selasa, 10 April 2012

PETUA ORANG YANG BERJAYA(1-6)

Petua 1,2,3,4 5 dan 6

Senang saja nak berjaya.  Antara kata-kata yang masih saya ingat semenjak tahun 1984 dalam majalah GILA-GILA (kepada golongan muda... ini majalah HUMOR KARTUN.. bukan cara nak jadi GILA..).Ungkapannya ialah:
BUKAN SUSAH NAK SENANG
NAK SUSAH MEMANG SENANG


Saya teringatkan majalah ni sebab menjadi majalah pertama yang menyiarkan pendapat saya....bukan main seronok lagi pada masa tu..kalau ada banyak duit pada masa itu...mahunya saya beli 5 majalah tu...harga pada masa itu RM1.50.



Berbalik kepada petua untuk berjaya yang intipatinya saya perolehi daripada buku 55 PETUA ORANG YANG BERJAYA oleh Dato' Dr Hj Muhamad Fadzilah Kamsah.


PETUA 1
Sentiasa tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa anda bukan gagal tetapi BELUM BERJAYA. Terus berusaha agar tiada istilah bahawa kita gagal. Orang yang menang tidak akan berhenti..orang yang berhenti tidak akan menang.


PETUA 2

Perlu berubah jika mahukan perubahan. Perubahan tersebut adalah usaha sendiri bukannya daripada pertolongan orang lain.Mulakan perubahan yang diingini dengan melakukan dan mengamalkannya dimana-mana sahaja organisasi..di rumah.. di tempat kerja...di  luar rumah...di mana-mana sahaja.

PETUA 3
Berfikir seperti juara....Dalam apa sahaja yang dilakukan samada bekerja, pembentangan, perbincangan dll...bayangkan anda seorang juara. Oleh itu, berfikirlah berkenaan kejayaan dan menolak kemustahilan.


PETUA 4
Jadikan seorang yang sangat berjaya. Petikan kata-kata daripada buku tersebut,"BERTEKADLAH SUPAYA TIDAK LAGI MENOLEH KE BAWAH. PANDANG KE ATAS DAN LIHAT PUNCAK KEJAYAAN YANG BAKAL DIDAKI OLEH SAUDARA SEMUA". Islam suka orang yang sangat berjaya. Tips untuk menjadi orang yang sangat berjaya
- Tetapkan matkamat yang tinggi
- Tetapkan tumpuan
- Kemahiran 4M-membaca, mendengar, menulis , membentang
- Jadilah jurulatih
- Jangan hangat-hangat tahi ayam

PETUA 5
Perlu ada ketetapan yang jelas..... umpama pemain bola yang akan menjaringkan GOL... Matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang perlu dibentuk. Usah terpesong daripada sasaran yang telah ditetapkan. Petikan daripada buku, "ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP ADALAH ORANG YANG NAMPAK TUJUANNYA DENGAN JELAS DAN MENJURUS KEPADANYA TANPA MENYIMPANG".

PETUA 6
Matlamat perlu jelas...dan perlu mempunyai matlamat dan sasaran dalam apa juga perkerjaan/aktiviti yang dilakukan.  Usah lupa atau lalai dengan matlamat yang diingini dengan mengingati diri sentiasa..setiap detik...Matlamat perlu ditulis/ digambarkan dengan detail..apa... dimana...bagaimana nak apa...bila nak capai...



kita sambung lagi selepas ini......; )

Jumaat, 24 Februari 2012

HOW TO SELL YOUR SELF

HOW TO SELL YOUR SELF

rm 300...rm 10...rm 5..rm 10400.... rm 0.50...rm 4020. 
rm 15199999 

Bagaimana anda menjual diri anda
berapa harga yang diletakkan
berapa harga yang dinilai oleh orang lain terhadap anda

ANDA YANG TENTUKAN 

Saya menerima buku ini daripada seorang rakan yang saya amat kagumi dan kali pertama melihat tajuk buku ini membuat saya terus membelek helaian demi helaian.  Tarikan sub  tajuk dalam buku bagaikan irama yang mengulik dan sesekali bagaikan hempasan ombak yang kuat di dalam diri saya yang membuat saya tersedar. Saya terfikir dan terus berfikir, membanding dan menilai diri daripada setiap bait dan umpama yang diutarakan. Saya di mana dan apa yang saya inginkan. Insya Allah penjualan yang baik (imej yang sempurna) di mata manusia bila berhadapan khalayak membawa seribu kebaikan secara langsung mahupun tidak.  Inilah  buku yang saya maksudkan:

 Antara sub tajuk yang dibincangkan ialah:
  • Selling  yourself
  • Selling your competence
  • Selling your likability
  • Selling with the right signal
  • Selling yourself as a speaker
  • Selling your  in confrontation and media interviews
  • Selling your in the classroom
  • Selling your product
  • Selling yourself in the job interviews
  • Selling yourself in a meeting
  • Selling yourself in negotiation
  • Selling your leadership
  • The luck factor 
Apa yang dipaparkan dalam buku ini adalah perkara asas yang  dianggap remeh tetapi perkara sebegini  menjadikan diri anda sebagai anda yang sebenarnya. 
Pamerkan kebolehan dan keupayaan diri dengan tepat- "What you say" dan "How you say it" 
Cara  mengawal pemikiran ketika menghadapi audien adalah gambaran keupayaan/ kemampuan anda dan dapat dilihat melalui gambaran wajah, tubuh dan suara yang dilontarkan.
Matlamat utama komunikasi  untuk penyampaian maklumat yang berkesan dan menjadi penyampai yang disukai. Oleh itu gunalah wajah sebagai gambaran positif yang pertama kepada audien. Peningkatan tahap keyakinan memerlukan latihan demi latihan. Wajah yang ceria, pergerakan tubuh badan dan suara yang bersesuaian adalah gambarannya. Turut dibincangkan tentang persediaan sebelum berucap seperti persediaan, tahu keperluan audien, ketahui kekuatan diri, gangguan dalam percakapan, contoh-contoh yang baik, eye contact, cara berdiri, duduk, memandang audien dll. Banyak perkara menarik yang dibincangkan dengan mendalam. Buku setebal 256 muka surat ini tidak menjemukan dan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua golongan masyarakat.

**** Teringat kata-kata seorang pelajar saya dulu, Cikgu, cikgu, membaca itu jambatan ilmu tak membaca jambatan DUNGU.  Saya pun cakap " macam-macam awak ni kalau dalam hal merepek, mahir sangat...". Tetapi selepas itu saya terfikir juga tentang kebenarannya, ada benarnya.***

Isnin, 30 Januari 2012

 Selamat Tinggal Januari



Dah sebulan 2012 berlalu...tup..tup..tup...bye bye Januari...jumpa lagi tahun depan (kalu panjang umur)
matlamat untuk tahun ni tak tetap elok lagi,.....goyang lagi..goyah...kelam sikit.


Semasa duk mengemas buku-buku semalam. Nahhhhh kau... jumpa buku ni... beli bulan november 2011. Penulis hebat, idola saya lagi Dato'Dr Mohd.Fadzilah Kamsah.
 Pagi tadi dah masukkan ke dalam beg laptop..niat dah baik, nak baca satu bab dua. Di ofis tak sempat jugak nak buka. But, saya janji saya akan baca dan share isi-isi penting dengan kawan-kawan. Dengar tu saya berjanji, bila dah janji kena tunai, kalau tak ....DOSA


.